Thursday 26 November 2015

THE PROMISED LAND : TERKEJUT BERUK DIBUAT OLEH BERUK BERUK MAT YEH..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Penyakit yang amat sinonim dengan orang Melayu adalah " terkejut", sehinggakan perbuatan ini samaada berlaku secara spontan atau terkedu @ tergamang , ianya dipanggil atau diungkap sebagai "terkejut beruk". Tetapi bagaimanalah rupanya "terkejut beruk" ini agaknya ya?

Rakyat Terkejut Beruk apabila perkara ini diumumkan :

Subsidi beras dan gula ditarik
GST tergalas dibahu rakyat
Kos sara hidup melambung
Barang keperluan harian meningkat
Harga rokok meletup naik hingga rm4

Tetiba meletop isu 1MDB berhutang RM42 bilion
Meletop isu 1MDB melalui EDRA beli IPP swasta melebihi harga pasaran.
Terkejut beruk lagi tanah sekangkang kera milik 1MDB dibeli oleh Tabung Haji. Meletop hati pendeposit TH.
Meletus lagi hati rakyat , tetiba 1MDB tak mampu bayar hutang bank, menyalak jumpa Ananda pinjam plak 2 billion.
Meletop lagi..kerajaan kena bagi pinjam 900 juta lagi kepada 1MDB..senak perut rakyat..

Tekinchit berak rakyat..tetiba akaun Najib masyuk RM2.6 billion, muntah lagi rakyat duit juta juta masuk akaun Najib yang kata WSJ dari SRC International. Muntah hijau rakyat bila Najib kata itu wang derma..Pak Arab..

Lemah jantung rakyat apabila Muhyiddin dan Shafei kena pecat . Sebab tanya lebih pasal hutang 1MDB mencanak langit..
Rakyat disahkan diabetis apabila team penyiasat  1MDB disergah lalu terkejut beruk dan Gani Petail disuruh pencen.

Doktor sahkan jantung rakyat lemah dan terpaksa menaikkan pangkat ahli jemaah PAC menjadi Menteri..ICU rakyat 3 bulan nasib baik belum koma lagi.

Ibu mithali pula dapat 2 juta ringgit dalam akaun dikata tukang tilek duit dari berniaga dengan orang bunyian..bertambah "beruk" rakyat nasiblah umur panjang.

Tak cukup lagi " terkejut beruk" dan mungkin kena sawan babi pula, "nothing to hide" dah jadi " everything must hide".
Program "anti rasuah" juga dia tak berani datang sebab takut di "kejutkan oleh raja raja Beruk" sebab sifat dia macam " beruk dapat bunga".

Disebabkan rakyat dah terkena  sindrom "terkejut beruk" ini, maka kerana tindakan  beruk beruk ini maka nilai matawang dan pasaran saham merudum. Disebabkan itu maka" jiwa rakyat" mula kacau berakibat dari " terkejut beruk kerana dikujutkan oleh "beruk beruk  matyeah..ni..".

                Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment