Wednesday, 3 October 2018

THE PROMISED LAND : KEM PKR DAH MULA TERDESAK?

Bismillahhirrahmannirrahim.

MASIH MEMERLUKAN MAHATHIR???

Yang menentang Anwar Ibrahim hanyalah Isa Samad, calon PAS, Saiful Bukhari serta beberapa kerat individu yang tidak dikenali, tetapi...ketakutan mereka seolah olah kiamat negara ni, kalau Anwar Ibrahim tak menang!!!!

Tidak memadaikah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah, Presiden Amanah Abang Mat Sabu serta Azmin Ali dan Kulasegaran dari DAP yang berkempen demi meyakinkan orang Port Dickson tentang  Anwar Ibrahim?
Atau perlukah diangkat semua batalion Pakatan Harapan ke Port Dickson?

Tidak cukupkah dengan aura Anwar Ibrahim ? mahupun tentang Jawatan Perdana Menteri yang disogokkan?

TK Chua is an FMT reader:- 

So if PH is for the country, it should stay united despite the differences in personalities. Where is the resolve of PH after the May 9 election? In this regard, I concur with Zaid Ibrahim that our prime minister should go to Port Dickson for an hour or so and perhaps speak for 20 minutes. That would be more than enough to send the right message to the nation.


Jangan ambil mudah PRK PD - Azmin

PORT DICKSON: “Anda mengundi calon Perdana Menteri.”

Mat Sabu: Jika MP PD jadi PM, kebajikan pesara tentera lebih terjaga



DAP boikot kenduri percuma PD.


atau ada 'kuasa lain' yang ditakuti olih Kem Anwar Ibrahim???

Cahaya Al Majid.

5 comments:

  1. Memang telah menjadi tradisi sejak zaman BN lagi, sesuatu PRK itu akan ditangani oleh TPM dan bukan PM sendiri.

    Ketidakhadiran Tun M ke PD tidak boleh dituduh sebagai sengaja memulaukannya. Ia adalah tradisi puluhan tahun dan DS Anwar yang pernah menjadi TPM juga tahu mengenainya.

    Kebetulan pula TPM kerajaan PH adalah daripada parti PKR dan demikian PPBM tidak terkait dengan bertandingnya Anwar di PRK PD dan secara tradisi Pengerusi PPBM yang juga PM adalah tidak berkewajipan turun berkempen.

    Kebetulan juga, PPBM N9 bergolak dan mengakibatkan PPBM negeri ini dibatalkan. Demikian ahli-ahlinya tidak dihalang untuk membantu calon lain di luar parti PH kerana secara teknikalnya mereka bukan lagi ahli PPBM.

    PPBM telah 'diselamatkan' daripada kewajipan membantu Anwar (bukan bantu PKR tetapi bantu Anwar secara peribadi) di sini.

    Demikianlah bagaimana Perancang Yang Maha Hebat membuat rancangan dan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNya yang beriman.

    Oh ya.. Kenapa mahu bersusah-payah memanggil Tun M berkempen untuk DS Anwar. Bukankah calon Timbalan Presiden PKR yang 'disokong' DS Anwar, si Rafizi pernah berkata Tun M bukanlah faktor kemenangan PH dan telah memberi gambaran bahawa sebahagian besar faktor kemenangan disumbangkan oleh INVOKE? Turunkan saja INVOKE di PD dan ikut kata-kata Rafizi ini sudah tentu usaha INVOKE ini akan membuatkan DS Anwar menang besar.

    Lagipun mengapa mahu memanggil Pengerusi PPBM berkempen untuk mereka apabila keputusan YB Daniel mengosongkan kerusi langsung tidak dibincangkan oleh Majlis Presiden PH, dan malahan diakui oleh kedua-dua team dalam PKR termasuk Rafizi sendiri bahawa ia adalah keputusan yang dibuat oleh hanya beberapa orang penting dan utama di sisi Anwar dalam PKR.

    Sekiranya keputusan sebegini penting pun dibuat melalui perbincangan dengan orang-orang tertentu sahaja di dalam PKR, maka 'orang-orang tertentu' itulah yang mesti berusaha untuk menjayakan langkah mereka selepas langkah Pauh membuatkannya terlontar jauh dan langkah Kajang membuatkannya kejang.

    Adakah langkah PD for Port Dickson akan membuktikan si dia itu hanyalah ular lidi yang menyangka dirinya dragon? Sama-sama kita nantikan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik... Tajam lg berbisa..

      Delete
    2. kenyataan yang luar dr kebiasaan oleh tuan john doe. Tapi sangat menusuk

      Delete
  2. Best from john doe

    ReplyDelete
  3. dats my bro selalu berbisa dgn hujahnya..

    salam dari hujung dunia bro.

    ReplyDelete