Friday, 5 October 2018

THE PROMISED LAND: ADAKAH ANWAR SEMAKIN TERDESAK BHG 1.

Bismillahhirrahmannirrahim.

BERAT BERAT BERAT TETAPI INSHAALLAH ALLAH SWT
AKAN MERINGANKAN.

Seperti yang yang saya ulas serta yang saya yang perhati secara dekat di Port Dickson bahawa 'aura' Anwar Ibrahim mahupun angkatan PKR dan Amanah tidak dapat menembusi 'hati' orang Melayu di Port Dickson.

Kekhawatiran terhadap kurangnya sambutan masyarakat tempatan, terutamanya kelompok orang Melayu, terhadap siapa diri Anwar Ibrahim menyukarkan lagi kem Anwar Ibrahim.
Atas alasan tiada berlaku  'hubungan dingin" antara Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim, memaksa Perdana Menteri untuk turun berkempen.


Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai kempen Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Port Dickson. 
beliau biasanya tidak turun berkempen sebagai perdana menteri.
Keputusan itu dibuat di tengah-tengah khabar angin berkaitan hubungannya dengan calon HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Seperti yang saya jangkakan, kem Anwar Ibrahim sebenar benarnya  mengharapkan kelibat Dr Mahathir untuk 'mencerahkan' peluang Anwar Ibrahim untuk menang diPort Dickson.

Allahhuakbar, Allahuakbar, Allahhuakbar.

Ingatkan hanya untuk menafikan kemenangan Anwar Ibrahim, rupa rupanya 'kerja' semakin berat. Walaupun saya tidak 'berseteru' dengan Dr Mahathir seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini, namun, kerana Dr Mahathir sendiri telah 'menyarungkan tangan dan mencecahkan kaki' bagi memenangkan Anwar Ibrahim, maka, tiada istilah 'mengundurkan diri' buat saya.

Inshaallah dengan doa kengkawan, perjuangan tetap diteruskan, walaupun saya bukan 'calon' di Port Dickson.
Menafikan kemenangan Anwar Ibrahim walaupun disertai Dr Mahathir, inshaallah, keyakinan ' benar tetap benar' dan memerangi  'kebhatilan' dari terus berleluasa, adalah ajenda utama saya.
Inshaallah..
Hanya pada Mu aku pohonkan perlindungan.

Cahaya Al Majid.

2 comments:

  1. Insyaallah. Moga Allah SWT melindungi negara ini dari mala petaka. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Kesian Saiful jadi bahan bashing, sedangkan hak dia untuk jadi calon.
    Tak mahu pilih dia, sudah, tapi kenapa kutuk dia seolah-olah cuam dia saja yang berdosa, Anwar tidak ......?????
    Yang kutuk ni bukan pengundi PD tapi penyokong Anwar.
    Sedar tak mereka, segala kutukan itu menggambarkan pribadi masing-masing...?
    Pelacor pun Allah ampunkan dan dapat masuk Syurga.
    Takda sebab kita harus mengutuk Saiful semata-mata kerana he got the gut untuk mengaku.

    ReplyDelete