APABILA SESEORANG ITU MERASAKAN DIRINYA TERLALU HEBAT MAKA BERMULALAH BERBAGAI KEPERCAYAAN BAGI MENJURUS MENCALONKAN DIRI SEBAGAI 'PEMBUKA JALAN UNTUK AL MAHDI' DUNIA SYIAH TERAMAT TAKSUB |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Syukur alhamdullilah,dipenghujung dibulan Syawal yang mulia ini dimana seluruh warga Islam masih lagi merasakan kehangatan 1 Shawal yang berlalu dengan begitu cepat tanpa kita dapat mengingati apakah saat-sata manis dan pahit yang yang kita lalui sepanjang 30 hari ini. Kemungkinan melalui gambar-gambar yang diabadikan saja yang dapat mengambarkan semua peristiwa pahit dan manis tersebut.
Agak lama saya tidak menulis berhubung isu Islam tetapi disebabkan e-mail ini, saya, terpanggil dan merasakan 'wajib' menerangkan sebelum ada pihak-pihak lain yang terpengaruh atau terpesona dengan 'mainan syaitan' yang menjanjikan 'kesesatan' kepada manusia seperti yang di'lafaskan' di depan Allah SWT sebelum dinyahkan dari syurga.
Kemungkinan disebabkan isu' syiah' amat panas, alhamdullilah, Allah SWT memberikan kesempatan untuk saya 'meluahkan' pandangan berhubung 'isu' dibawh ini.
" BACA DENGAN SABAR , SAMPAI AKHIR UNTUK MEMAHAMI "
Daripada :- Muhammad Adli Abdul Aziz
Assalamualaikum Warahmatullah
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah
Maafkan saya kerana ini mungkin menggangu Tuan. Hati saya tergerak untuk menghantar emel kepada tuan. Tidak tahu mengapa
Namun saya ingin menyampaikan sesuatu berkaitan dengan Rohul Kudus seperti yang dijelas oleh Imam Ahmad Al-Hassan
APAKAH RUHUL QUDUS (HOLY SPIRIT)?
Ruhul Qudus adalah Roh Kesucian atau Kemaksuman.
Apabila seorang hamba mengabdikan diri dengan niat untuk Allah,Yang Maha Agung, Maha Kuasa, dan ingin menghadap Allah, Allah akan mencintainya dan Allah akan menugaskan untuknya seorang malaikat yang mendorongnya kepada semua kebaikan dan mengeluarkannya dari semua kejahatan, dan memimpinnya menuju Akhlak Mulia, dan Ruhul Qudus akan menjadi perantara untuk menurunkan ilmu kepada manusia tersebut yang mana ia [RuhulQudus] telah diamanahkan.
(Kita tidak bolih dengan sewenang-wenangnya ,mengguna perkataan 'ruhul kudus' kerana watak tersebut ialah "Jibrail" dan tugasan Jibrail adalah 'menyampaikan'Wahyu, kepada yang bertaraf dan bergelar nabi dan Rasul.)
( Ilmu yang disampaikan kepada manusia tidak 'dikategorikan' sebagai 'wahyu' tetapi 'berbentuk 'petunjuk' dan ianya sampai dalam keadaan perantaraan yang ' terhijab atau sebalik tabir') .
Dan Ruhul Qudus itu ada banyak dan bukan [hanya] satu.
Dan yang ada dengan Isa (as) dan dengan para Nabi tidak sama dengan yang ada bersamaMuhammad (saaw), dan Ali (as), dan Fatimah (as), dan para Imam (as), dan [Ruhul Qudus] iniadalah Ruhul Qudus Teragung; yang tidak diturunkan kepada siapa pun kecuali Muhammad (saaw), dan setelah kewafatannya ia diserahkan kepada Ali (as), dan kemudian kepada paraImam (as), dan kemudian setelah mereka kepada dua belas Mahdi.
Penjelasan saya :-
Ruhul Quddus hanya satu iaitu Jibrail. Tiada Ruhul Quddus lain selain dari Malaikat Jibrail. Untuk nabi nabi yang lain kebanyakankanya wahyu diterima melalui 'utusan" atau 'malaikat' samaada secara berdepan mahupun disebalik tabir. Bagitu juga dengan Nabi Ibrahim, beliau didatangi olih dua orang Malaikat untuk pemberitaan kepadanya, serta kejadian disebaliktabir mimpinya ketika 'menyembelih' anaknya.
Tetapi bagi Rasullulah kejadiannya amat berbeza, baginda senantiasa 'berdampingan' dengan Jibrail. Olih itu setiap Firman Allah yang dikumpulkan semuanya dengan kata-kata Jibrail sebagai berkata "Firman Allah"". Tugasan Muihammad s.a.w adalah 'menyampaikan' Kata Kata Allah kepada semua manusia melalui perantaraan ' Jibrail' kecuali ketika baginda 'mikraj' meninggalkan Jibrail dilangit ketujuh lalu naik 'bertemu' Allah SWT tanpa ditemani Jibrail.
Bagi Isa putra Mariam, beliau amat berbeza sekali, olih sebab itu beliau dijadikan tanda bagi manusia. Penjelasan dibawah menjelaskan.
Yang membezakan diantara Muhammad s.a.w dan Isa Putra Mariam ialah 'roh'. Roh Muhammad dicipta sebelum segala sesuatu bermula . Allah SWT mencintai dan mengasihinya lebih dari yang lain dan Isa Putra Mariam 'dirohkan dengan roh suci Ruhul Kuddus" itu yang membezakan.
Tetapi selain dari yang disebut itu semua 'roh' adalah biasa dan tiada istemewa seperti yang didakwa olin Imam Ahmad Hassan. Yang membezakan diantara manusia ini hanyalah "darjat keilmuan ' serta 'amalan' yang dimiliki atau di'berikan 'petunjuk' Allah SWT.
Baca ayat-ayat dibawah dan fahami siapakah yang "dilahirkan" olih Maryam? Anak yang diberinama Isa Al Masih atau 'Jibrail" yang dilahirkan sebagai 'Isa Al Masih". Perhatikan ayat-ayat adakah Jibrail mengatakan bahawa ini adalah 'firman Allah"?kecuali pada ayat 19 iaitu kejadian sewaktu Maryam dikabarkan akan melahirkan anak lelaki:-
19. Ia (Jibril) berkata: “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Rabbmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci”. (QS. 19:19)
23. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (besandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan”. (QS. 19:23)
24. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Rabbmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. (QS. 19:24)
25. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. (QS. 19:25)
26. maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini”. (QS. 19:26)
27. Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya berkata: “Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. (QS. 19:27)
28. Hai saudara perempuan Harun , ayahmu sekali-kali bukanlah seorang penjahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina”. (QS. 19:28)
29. maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata: “Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih dalam ayunan”. (QS. 19:29)
30. Berkata Isa: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi. (QS. 19:30)
31. dan Dia menjadikan aku seorang yang berbakti di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup, (QS. 19:31)
32. dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. (QS. 19:32)
33. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali”". (QS. 19:33)
34. Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. (QS. 19:34)
35. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka hanya berkata kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia. (QS. 19:35)
36. Sesungguhnya Allah adalah Rabbku dan Rabbmu, maka sembahlah Dia oleh kamu sekalian. Ini adalah jalan yang lurus. (QS. 19:36)
37. Maka berselisihlah golongan-golongan (yang ada) di antara mereka . Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir pada waktu menyaksikan hari yang besar. (QS. 19:37)
38. Alangkah terangnya pendengaran mereka dan alangkah tajamnya penglihatan mereka pada hari mereka datang kepada Kami. Tetapi orang-orang yang zalim pada hari ini (di dunia) berada dalam kesesatan yang nyata. (QS. 19:38)
39. Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara telah diputus. Dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman. (QS. 19:39)
40. Sesungguhnya Kami mewarisi bumi dan semua orang-orang yang ada di atasnya, dan hanya kepada Kamilah mereka dikembalikan. (QS. 19:40)
[Diriwayatkan] dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah, Maha Pemberi Rahmat, Maha Tinggi: {Dan Kami telah mewahyukanmu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} {QuranSuci, Surah Al-Syura 42:52} Maka beliau (saaw) berkata, "Ini adalah ciptaan dari penciptaan Allah Yang Maha Suci dan Maha Agung, yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail (as), ia bersama Nabi Allah (saaw), yang memberitahu dan menegakkannya, dan ia bersama para Imam setelahnya.' "
Berpandukan kepada penyataan diatas terdapat beberapa kekhilafan didalam jawapan yang diberi olih Abu Abdullah :-
Mengikut turutan surah ini Allah SWT memfirmankan kepada Muhammad s.aw melalui Jibrail tentang :-
i. tiada manusia yang berkata-kata secera terus dengan Allah SWT melainkan melalui :-
i. wahyu (ketua malaikat iaitu Jibrail ) ii. tabir iii. utusan (pembawa berita- malaikat)
Contoh :-
Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira,
Malaikat itu berkata: “Jangan kamu takut, sesungguhnya kami adalah yang diutus kepada kaum Luth.”
“Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhannya telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa, ‘Ya Tuhanku, tampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau…” (QS. Al-A’raf: 143)
42-51: Dan tidak ada bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan wahyu, atau di belakang hijab (tabir), atau diutuskan utusan lalu diwahyukan dengan izin-Nya (Allah) apa yang Dia (Allah) kehendaki. Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-‘Aliyy (Maha Tinggi), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
42-52: Dan demikianlah Kami (Allah) wahyukan kepada engkau satu Roh daripada urusan Kami (Allah). Padahal tidaklah engkau mengetahui apakah kitab dan tidak (juga mengetahui apakah) iman itu, tetapi Kami (Allah) menjadikannya nur (cahaya), yang Kami (Allah) berikan petunjuk dengannya sesiapa yang Kami (Allah) kehendaki daripada hamba-hamba Kami (Allah). Dan sesungguhnya engkau benar-benar memimpin kepada jalan yang lurus.
[Diriwayatkan] dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah, Maha Pemberi Rahmat, Maha Tinggi: {Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, "Roh itu adalah urusan Tuhanku."} {Quran Suci, Surah Al-Isra’ 17:85}. Maka beliau (saaw) berkata, "Ini adalah ciptaan yang lebih besar dari Jibrail dan Mikail (as), ia bersama Nabi Allah (saaw), memberitahunya perkhabaran dan ia bersama para Imam dan ia dari Kerajaan Langit' (al-Malakut) " Al-Kafi: Jilid 1, halaman 273.
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".(Al-Israa' 17:85)
TETAPI
Hadith yang sambungan ini adalah dari Syiah, yang bertujuan untuk membenarkan Imam-Iman
serta kepercayaan mereka.
Maka beliau (saaw) berkata, "Ini adalah ciptaan yang lebih besar dari Jibrail dan Mikail (as), ia bersama Nabi Allah (saaw), memberitahunya perkhabaran dan ia bersama para Imam dan ia dari Kerajaan Langit' (al-Malakut) " Al-Kafi: Jilid 1, halaman 273
Dengan penjelasan diatas saya kira perkara yang dibangkitkan dibawah ini tidak perlu saya ulas lagi.
[Diriwayatkan] dari Abu Hamzah yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) tentang ilmu, adakah ia merupakan ilmu yang dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari mulut manusia, atau adakah ia di dalam Kitab yang bersamamu, kamu membacanya dan kemudian mempelajari darinya? Dia (as) berkata, 'Perkara ini adalah lebih besar dari itu, dan amat penting, tidakkah kamu mendengar Allah, Yang Maha Agung dan Maha Tinggi, berfirman, {Dan Kami telah mewahyukanmu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} {Qur'an Suci, Surah Al-Syura 42:52}' Kemudian beliau (as) berkata, 'Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah mereka setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan Iman itu?" Lalu aku berkata, "Aku tidak tahu, semoga aku menjadi tebusanmu, apa yang mereka katakan." Maka dia (as) berkata kepadaku, 'Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu, maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia telah mengajarnya kefahaman' "Al-Kafi: Jilid 1, halaman 274.
Jadi Rasulullah Muhammad (saaw) ketika beliau diturunkan ke dunia jisim (al-‘alam al-jasmani)ini untuk memulai ujian kedua setelah ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr), beliau ditutupi dengan tubuh fizik ini, tetapi apabila beliau mengabdikan diri kepada Allah, Yang Maha Agung, Maha Mulia, dengan pengabdian yang tidak pernah diketahui Bumi sepertinya, Allah, Yang Maha Agung, Maha Kuasa, mencintainya dan menugaskan untuknya Ruhul Qudus Teragung, dan beliau merupakan pemenang dalam perlumbaan di dunia ini sepertimana beliau juga adalah pemenang perlumbaan ini dalam ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr).
Dan Ruhul Qudus Teragung ini dahulu ada bersama Rasulullah (saaw), maka apabila pembukaan [hijab] berlaku untuknya, Ruhul Qudus Teragung ini berpindah dari Rasul kepada Amirul Mukminin (as), kerana Rasulullah (saaw) sudah sempurna dalam pelunasan (al-tasdiq) yang muncul melalui pembukaan (al-fath) tadi [lebih] daripada pelunasan melalui Ruhul Qudus Teragung.
Dan begitu juga Imam Al-Mahdi (as) sudah sempurna pelunasan daripada Ruhul Qudus Teragung pada masa kezuhuran, kerana pembukaan [dari hijab] terjadi untuknya pada masa keghaiban kecil, maka Ruhul Qudus Teragung ini berpindah kepada Mahdi pertama. Jadi sepertimana "diri kami dan diri kamu" dihubungkan pada Nabi Allah (saaw) dan Ali (as), begitu juga ia dihubungkan di sini pada Imam Al-Mahdi (as), dan Mahdi pertama (as), dari aspek jubah yang dipakai oleh Rasulullah saaw dan Amirul Mukminin, dan itu adalah: Ruhul Qudus Teragung.
Jika tidak, mereka tidak sama kecuali dari aspek ini, kerana Rasulullah (saaw) lebih utama dari Ali (as), dan begitu juga Imam Al-Mahdi (as) adalah lebih utama daripada Mahdi pertama, dan kesetaraan [antara mereka] dalam aspek ini adalah aspek pakaian, dan itu adalah Ruhul Qudus Teragung, yang dipakai oleh Mahdi pertama, kerana sesungguhnya dia memerlukan pelunasan dan pembukaan belum terjadi untuknya.
Manakala, pembukaan telah terjadi pada Imam Al-Mahdi (as), maka pelunasannya adalah dari pembukaan tersebut, kerana ada ketikanya di mana tidak ada apa pun yang tersisa kecuali Allah, Yang Satu, Maha Penakluk. Adapun bagi Mahdi pertama pembukaan belum terjadi padanya, maka oleh sebab itu dia diperkasa oleh Roh Qudus Teragung ini, dan kita harus berdoa untuknya [dengan mengatakan]: "bahawa dia menyembah-Mu dan tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu" bererti, bahawa dia bahkan tidak melihat "aku" yang ada antara belahan tubuhnya, sehingga dia tidak dapat melihat atau mengenali selain Allah, kerana menyembah adalah mengenali.
Menyembah-Mu bererti Mengenali-Mu, dan tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu [bererti] tidak mengenali selain Engkau, bahkan [tidak] dirinya sendiri, bererti Pembukaan yang Jelas (al-fathul mubin) terjadi padanya.
Begitu juga para sahabat al-Qa'im, selain Mahdi pertama, diperkasa oleh ruhul qudus, akan tetapi ruhul qudus ini, bukan Roh Qudus Teragung, dan masing-masing sesuai dengan [tahapmereka]. Atas alasan tersebut mereka dijadikan maksum: "Perjanjian-mu di telapak tangan-mu." [1], "Allah meletakkan tangan-Nya di kepala para penyembah, maka fikiran mereka akan dikumpulkan bersamanya dan impian mereka akan disempurnakan oleh-Nya…" [2]
* * *
_[1] Dari Dala'il Al-Imamah oleh Al-Tabari (Al-Syi'i) halaman 467, dan Al-Ghaibah oleh Al-Nu'mani halaman 319. [Diriwayatkan] dari Al-Baqir (as) yang berkata: "Ketika al-Qa'im bangkit dia akan mengirimkan ke jajahan-jajahan di Bumi, di setiap jajahan [dia akan mengirimkan] seorang lelaki [yang mana Imam akan berkata], 'Perjanjianmu di telapak tanganmu, maka jika ada sesuatu yang kamu tidak faham muncul atau kamu tidak tahu pengadilan di dalamnya, maka lihatlah di telapak tanganmu dan laksanakan dengan apa yang di dalamnya.' "
[2] [Diriwayatkan] dari Abu Ja'afar (as) yang berkata: "Ketika al-Qa'im kami bangkit Allah meletakkan tangan-Nya di atas kepala para penyembah, maka fikiran mereka akan dikumpulkan bersamanya dan impian mereka akan disempurnakan olehnya." Al-Kafi: Jilid 1, halaman 25.
Diterjemahkan dari rencana What is Holy Spirit/Ma Huwa Ruhul Qudus
Dengan penjelasan diatas saya kira perkara yang dibangkitkan ini tidak perlu saya ulas lagi.
MARYAM berkata: “Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang penzina? Jibril berkata: Demikian Tuhanmu berfirman “Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat bagi Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan. (Maryam: 20-21)
Apa yang dimaksud sebagai
" suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat bagi 'rahmat bagi Kami" kepada siapa ayat ini tujukan?? fikirkan!!!!!!
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
terus terang bila membaca dan difikir fikir makin keliru saya dibuatnya...
ReplyDeletedr fikiran yg tenang jadi bercelaru bila memikir ayat demi ayat..
kerana itu dlm firman Allah Al Quran.. Allah menggunakan kata Aku dan Kami... jika kita tak memahami erti sebenar kata Aku dan Kami.. kita boleh terpesong maknanya..
Dimanakah Allah menggunakan kata Aku???? begitu juga Kami????? apabila kita belajar dgn org yg tepat dan benar ilmunya.. maka terjagalah iman kita..
salam hamba Allah
tak dak masalah pa pun, kami pun selalu guna 'kami' sebagai ganti nama 'aku' bila cakap dengan adik-bradik kami...
Delete