HOI RAKYAT !!! LU PIKIRLAH SENDIRI MACAM MANA NAK HIDUP KAMI PEMIMPIN DAH KAYA RAY |
Terngiang telinga apabila membaca 'komen' Nazri Aziz terhadap saranan Rafizi "Bafia". Suka mak bapak dia saja mengatakan orang lain bodoh. Yang dia tu bodoh 'bertingkek-tingkek' tak sedar pula.
Masih teringat lagi 'kebodohan' Nazri apabila 'Namawee' diberikan 'kelebihan melampau' olih Nazri satu ketika dahulu dan akhirnya 'mangkok ayun Namawee' sekali lagi menghina Melayu sewaktu bantahan 'filem Cina' yang sememangnya saya tak nak sebut nama nya.
Kebodohan Nazri sekali terserlah apabila menamakan anaknya sebagai Pegawai Khas dikementerian yang disangkan Nazri milik 'mak bapak' dia, alih-alih kena sound ngan Najib, terus menamakan anaknya sebagai Pegwai Khas untuk Padang Rengas lepas tu dengan 'bangga diri' mengiyakan 'anaknya yang entah dari mana punca kewangan ' memandu kereta mahal'.
Tak usahlah mendebik diri atas kekayaan sendiri , kalau kita sebagai manusia gagal membentuk anak sendiri untuk menjadi orang baik atau manusia berguna, apa 'standard kita' nak 'memimpin orang lain.
Lain kali cakap jangan ikut sedap mulut, 'cermin diri dulu', apakah kita sebenar-benarnya 'pandai" atau 'pandai ampu'?
adakah Nazri berjaya sebagi khalifah di rumah???
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bersetuju dengan rakan Kabinetnya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk memulakan cadangan di pihak mereka terlebih dahulu bagi mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk peruntukan wang petrol.
Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, oleh kerana cadangan itu datang dari pihak PR maka mereka yang harus melaksanakannya terlebih dahulu.
Mohamed Nazri turut menyelar Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli kerana cadangannya meminta menteri dan timbalan menteri melaksanakan perkara tersebut sebagai satu cadangan bodoh.
"Budak itu (Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah.
"Kita tidak cadang itu. Perkara itu datang dari mereka, jadi merekalah yang buat, saya sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," katanya kepada media dalam majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Kuala Lumpur malam ini.
Rafizi awal hari ini mendesak menteri dan timbalan menteri membayar wang petrol sendiri ekoran menyifatkan langkah Putrajaya menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter sebagai menghukum rakyat yang sudah sedia bergelut dengan kesempitan kewangan.- 3 September, 2013.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment