JANGAN BODEK KERANA UPAH
TAPI BODEKLAH DEMI KEBENARAN
Alhamdullilah, syukur kehadrat Illahi, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang tetap memberikan limpah kerahmatan kepada setiap manusia walaupun ada dikalangan makhluk ciptaan Nya , masih, tetap dan ada yang 'menafikan' akan keEsaanya.
Pembaharuan yang tiada barunya!!!
Khutbah bertajuk Tanggungjawab Kepimpinan itu sempena pemerintahan Malaysia baru selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
Pertanyaan : Tetapi kenapa text khutubahnya menetapkan pula agar rakyat yang wajib taat kepada Pemimpin sedangkan tajuk yang dibaca adalah "Tanggungjawap Kepimpinan".
Kenapa pula rakyat yang disasarkan??
Adakah rakyat yang memimpin atau Pemimpin itu yang memimpin?
KHUTBAH | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyeru rakyat agar menunjukkan contoh baik dengan mentaati pemerintah dan negara.
Pertanyaan : Kenapa pula rakyat yang perlu mentaati pemerintah? Bukankah sepatutnya pemimpin yang seharusnya mentaat '"sumpahnya dan sedia berkhidmat kepada rakyat".
Mimbar berkata negara hari ini menyaksikan pembentukan kepimpinan barisan kabinet baru yang akan menentukan arah tadbir demi keamanan dan pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.
Menurut mimbar, penting untuk semua rakyat menghormati pemimpin kerana ia selaras dengan pandangan disepakati majoriti ulama - tafsir, fuqaha dan sebagainya - yang menyifatkan rakyat menderhaka kepada pemerintah bermakna mereka menderhaka terhadap Allah SWT.
Pertanyaan :- Apa pula pandangan Mimbar terhadap penderhakaan yang dilakukan olih para pemimpin mahupun pemerintah terhadap 'penderhakaan mereka mahupun mereka yang "mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat" ?
"Justeru sebagai rakyat, kita wajib mentaati pemimpin yang adil sebagaimana disepakati majoriti ulama tafsir dan fuqaha," teks khutbah itu dipetik.
Pertanyaan : Wajibkah rakyat mentaati pemerintah yang tidak berlaku adil dan curang serta menipu rakyat?
Memetik Surah an-Nisa ayat 59, kata mimbar ketaatan rakyat itu dituntut kerana jika tidak mereka akan dianggap tidak beradab di sisi Allah.
"Rakyat wajib taat kepada pemerintah dan negara. Jika mereka cuai dan tidak bertanggungjawab, maka mereka tidak beradab di sisi Allah.
Maksud Al Nisa Ayat: 59
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya".
"Inilah tugas rakyat yang paling asas terhadap pemimpin seperti yang difirmankan Allah melalui ayat tersebut," kata mimbar.
Khutbah bertajuk Tanggungjawab Kepimpinan itu sempena pemerintahan Malaysia baru selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
Pada masa yang sama, mimbar berkata hubungan antara umara’ (pemerintah) dan ulama sememangnya tidak wajar dipisahkan.
Bahkan kata mimbar umara’ perlu menjadikan ulama sebagai rujukan semasa menjalankan sistem pemerintahan atau melantik ulama iaitu para cendekiawan muslim, lebih-lebih lagi dalam urusan berkaitan hal ehwal agama Islam.
"Banyak hal dalam pentadbiran negara yang memerlukan kepada pandangan dan ijtihad ulama. Di sinilah pentingnya hubungan akrab antara dua institusi ini,' kata mimbar.
Sebenarnya pihak ulama mahupun pihak berkuasa agama lah sebenarnya yang telah gagal dalam 'menjunjung amanah' berhubung perihal agama Islam.
Kerana kegagalan menegur salah laku pemerintah atau ulul amri yang berlaku sehingga ada diantara ulama atau Mufti terpaksa 'sujud' dan ' takut' akan kehilangan 'kuasa dan pangkat' serta 'imbuhan dunia', maka, 'menelan salah laku atau menutup mata' kesalahan 'pemerintah atau ulul amri' dijadikan 'ritual' seharian.
Jadi, siapa yang tidak menjunjung amanah? Atau adakah Jakim masih ditahap pemikiran 'menjaga' periok nasi sendiri??
Adakah rakyat? atau...????
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment