Thursday, 5 July 2018

THE PROMISED LAND : PAKATAN MULA KEPANASAN ???

Bismillahhirrahmannirrahim.

"MAHATHIR BUKA JALAN DENGAN SADIS"
"NAJIB ADALAH "ASBAB" MELAYU HILANG 'MARUAH;" DAN
 "ORANG MELAYU ADALAH PERINTIS MERUBAHNYA".

Dr Mahathir kata kes mengunakan text Bahasa Mandrin Lim Guan Eng adalah kecil. Namun apabila Tommy Thomas melakukan sidang media berbahasa Inggeris dikhalayak ramai terutaman dihadapan 'press' telah mendapat bantahan olih 'pendukong Najib mahupun kelompok Melayu UMNO, namun, komen dari Dr Mahathir belum lagi kedengaran.

Berbalik kembali kepada Pakatan Harapan yang 'menabur' bermacam macam janji kepada orang ramai sekira berjaya 'menumbangkan' kerajaan 60 tahun UMNO serta Najib dan BN, namun, selepas 60 hari 'orang Melayu' dan rakyat marhean merasakan tiada apa yang berubah. Hanya yang ketara dan nyata hanyalah rakyat tidak lagi perlu membayar 6% untuk cukai GST.

Bagi kelomopok Melayu pula 'umpanan' dari manifesto yang dijanjikan Pakatan , hanyalah janji janji yang 'seindah kabar' dan jauh dari kenyataan untuk menjadi realitI. Dan kini kebanyakkan orang Melayu mula 'merasakan' diri mereka telah diperdaya atau ditipu didalam terang.

Antaranya, kos sara hidup masih lagi tinggi, harga barangan masih kekal seperti dahulu ditambah burukkan lagi kegagalan melunaskan janji untuk  memansuhkan bayaran Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPN), memansuhkan bayaran tol dan menurunkan kadar harga minyak dengan tampungan subsidi kerajaan menyebabkan sebilangan besar pengundi terutama orang Melayu mula kesal.

Ketidakpuasan hati kelomopok Melayu ini bakal belarutan untuk tempoh yang panjang sehingga PRU 15 namun kehadiran 'diri Dr Mahathir' dalam Pakatan tidak akan bertahan lama kerana 'masa tidak bersama beliau'.

Dengan hujahan serta sindiran yang menujah mahupun yang dilontarkan olih puak Pro Pakatan terutama Ahli DAP serta segelintir bukan Melayu dalam PKR ,terutama terhadap ' isu isu' yang sensitif' yang melibatkan 'maruah Melayu', serta 'pengolahan isu' yang dipaparkan kepada rakyat terutama orang Melayu, tidakkah orang Melayu mahu sedar?

Kalau dahulu ketika Dr Mahathir menerajui negara ini dengan sifat 'lemah hati' terhadap orang Melayu, BERTUJUAN, agar orang Melayu berubah untuk lebih berjaya namun kali ini 'lemah hati' Mahathir telah bertukar menjadi lebih 'sadis' dan 'membiarkan'apa yang akan berlaku. Tidakkah kita 'melihat' keadaan ini?

Tujuan beliau adalah untuk menyadarkan orang Melayu sebenarnya bukan sebaliknya. Kerana apabila 'pemimpin Melayu dalam UMNO' dah merusakkan 'apa yang dibina dan terpahat' ajendanya sejak azalinya.  Maka, untuk 'membentuk kembali perkumpulan terbesar orang Melayu' kejalan sebenar, maka, tiada jalan lain selain 'membenamkan UMNO berserta pemimpinya yang korup' dengan bantuan 'lawan'.

Kini perkumpulan orang Melayu yang peka dan 'berjati diri' perlu 'mengangkat' semula Bangsa Melayu ke persada kuasa,inshaallah, orang Melayu akan bantu.  Dengan 'mengungguli isu isu berbangkit' terutama yang melibatkan hak hak orang Melayu, Agama Islam serta Raja Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, perlulah dijadikan tonggak keutamaan .

Perlu diingat 51 kerusi Parlimen  dimiliki sepenuhnya 'olih' Melayu. 
51 Kerusi ini perlu digerakkan untuk perjalanan 'baru' ini. 
Menghapuskan 'perosak perosak' atau anai anai perlu dilakukan dari masa ke masa. Ungkapan ' Presiden' selalu 'benar' atau ' betul' atau 'tidak bolih ditegur' perlu disuling. Kebenaran perlu dijadikan asas 'pembinaan' dalam kekuatan.

Cahaya Al Majid.

# janganmarahMahathir

No comments:

Post a Comment