Tuesday, 31 October 2017

THE PROMISED LAND : BERERTIKAH PANGKAT DAN GELARAN??

Bismillahirrahmanirrahim.

GELARAN ATAU PANGKAT
RASUAH, TIPU ORANG, BELASAH ORANG, CURI BINI ORANG, BOHONG SANA TIPU SINI ..ALIH ALIH DAPAT.. DATO'

Malaysia adalah satu satunya negara didalam dunia ini yang kemaruk memberi berbagai panggilan "gelaran" ataupun "pangkat" kepada sesiapa saja.

Kalau dizaman Kesultanan dahulu sememangnya gelaran mahupun pangkat hanya diberi kepada mereka mereka yang benar benar berjasa kepada Sultan mahupun Rajanya. Itupun tertakluk dan tidak sesuka hati.

Gelaran Dato' yang dipakai dahulu kala hanya diberikan kepada pembesar pembesar atau wakil Raja dijajahan jajahan takluk sesebuah kerajaan dan tiada panggilan terpakai untuk siisteri.

Tetapi kalau didalam Istana Sultan atau negeri berRaja hanya gelaran seperti Dato' Laksamana, Dato' Memanda Menteri serta Dato' Paduka Menteri saja yang digunakan.

Tetapi kini walaupun negara kita bukanlah berpaksikan kepada Kesultanan mahupun diperintah oleh Raja Raja secara mutlak tetapi pemakaian darjah kebesaran ini dilihat semakin menjadi jadi pula.

Tetapi adakah gelaran yang diberikan ini memberikan gambaran sebenar tentang perilaku , budibahasa mahupun adap seseorang?

Negara kita memperuntukkan bahawa gelaran Tun dan Tan Sri adalah hak persekutuan untuk penganugerahanya dan gelaran Tun ini adalah gelaran buat mereka yang benar benar " menghambakan diri" kepada negara dan kemaslahatan negara.

Dan sepatutnya pemakai yang menyarung gelaran ini juga tidak bolih dihina mahupun dicaci olih sesiapa saja.
Anugerah ini adalah anugerah dari negara yang dipakaikan olih Yang Di Pertuan Agong iaitu lambang Raja Raja Melayu yang berdaulat yang mendukung kewujudan negeri Beraja dan Bersultan.

Tun adalah anugerah tertinggi negara dan Tan Sri adalah yang kedua tertinggi.

Manakala buat semua negeri didalam negara samada yang Beraja atau Bersultan serta yang bertaraf Gabenor semuanya mempunyai anugerah masing masing. Ada yang bergelar Dato'seri, Dato'Sri Utama, Dato' Paduka Seri , Dato' Sri Panglima, Dato' Petinggi dan bermacam macam itu tak termasuk gelaran Dato' yang bertingkat. Ada Dato' kelas pertama dan ada Dato' kelas kedua.

Tetapi apa maknanya gelaran tersebut sekiranya penerima terlibat dalam bermacam macam skandal mahupun rasuah.

Bukan itu saja ada juga dikalangan mereka ini perangai macam "gangster" dan kemungkinan ahli kongsi gelap pun ada yang dapat pangkat ini.

Tun Mahathir digelar dengan bermacam macam panggilan yang buruk. Ada Tan Sri yang didakwa rasuah . Ada. Tan Sri sedang disiasat kerana salah guna kuasa dan bermacam macam lagi.

Ada Dato'Seri yang didakwa terima billion ringgit dan digelar pencuri atau penyamun. Ada Dato' Seri yang " try" bini orang sampai cerai. Ada Dato' seri seludup duit dan bermacam macam lagi.

Namun dengan segala gelaran yang terpakai dan yang dianugerahkan ini ada yang benar benar layak terima kerana jasanya.  Tetapi layakkah bagi mereka yang membeli anugerah ini diangkat sama?

Untuk itu gelaran yang exclusive ini akhirnya akan ditertawakan rakyat dan tidak dihormati lagi.

So..Siapa yang dapat nama.buruk???
Raja raja dan sultan.

Cahaya Al Majid.



2 comments:

  1. Di negara luar, James Bond 007 diberi lesen untuk membunuh.

    Tetapi dia dapat dikawal dari salahguna kerana pemberi lesen mempunyai mission yang jelas untuk kebaikan dunia.

    Saya tidak pasti missi apa gelaran² itu di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya segelintir yang menerima gelaran tersebut seiring dengan "taqwa" gelaran yang diberi oleh Allah.

      Delete