Monday, 30 October 2017

THE PROMISED LAND: PASTI KAH SARAWAK AKAN BERSAMA BN SEKIRANYA PAKATAN HARAPAN MENANG PRU14

Bismillahirrahmanirrahim.

Kelangsungan kemenangan kerusi Parlimen BN pada PRU 13 lepas disumbangkan kebanyakkanya dari calon BN dari Sabah dan Sarawak.

Sabah menyumbang 22 kerusi Parlimen kepada BN dari 25 kerusi yang ditandingi.

Begitu juga dengan Sarawak, 25 dari 31 kerusi yang dimenangi adalah dari pelbagai komponen yang bernaung dibawah Barisan Nasional.

Untuk itu dari keseluruhan kerusi Parlimen yang berjumlah 222 itu, Sabah dan Sarawak menyumbang 47 kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional.

Namun dari apa yang berlaku kebelakangan ini, ukuran kemenangan BN pada PRU13 tidak bolih lagi dijadikan sandarkan bagi menjamin kemenangan BN pada PRU 14 ini.

Walaupun pada masa kasarnya pemimpin Sarawak dilihat tidak banyak masaalah terhadap BN pusat namun dari desahan rakyat marhean tentang kos sara hidup yang tinggi diburukkan lagi.dengan cukai GST yang dikenakan terhadap setiap.diri warga , sedikit sebanyak penentangan rakyat secara senyap.sedang berlaku.

Keresahan pemimpin serta warga nya tentang isu royalti minyak, autonomi serta kelembapan dana yang disalur kepada kerajaan Sarawak juga sudah mula berbunyi disana sini.

Ketidak puasan hati terhadap kelemahan penyaluran dana dari Kerajaan Pusat dalam frasa pembangunan infrastruktur terhadap negeri ini juga sudah kedengaran dan mula dijaja  di kedai kedai kopi.

Kelantangan suara Pemimpin Sarawak juga telah mula dibentis secara biadap olih pemimpin UMNO iaitu Nazri Aziz baru baru ini.

Kebiadapan tingkahlaku Nazri Aziz yang merupakan orang kuat Najib dalam meremehkan pemimpin Sarawak juga telah "meluluhkan" hati orang Sarawak.

Namun diSabah senarionya berbeza sekali.

UMNO adalah tunjang bagi kerajaan.BN diSabah. Semenjak.Shafei Afdal meninggalkan parti itu dan menubuhkan. Parti Warisan , gelombang perubahan dan penerimaan orang tempatan terhadap parti Warisan Sabah mula berlaku.

Dengan isu Sabah untuk.Sabah serta mengungkit bahawa Sabah dipinggir kan serta ketinggalan dari segi ekonomi dan pembangunan dan lain lain, kini Barisan Nasional hanya tinggal nyawa nyawa ikan dan semakin melemah.

Najib, UMNO dan Kerajaan Barisan. Nasional ketika ini sedang "menggelupur". Keresahan serta ketakutan akan hilang kuasa dan kepercayaam olih dua negeri ini terhadap kata kata Najib juga mula "diperleceh' olih rakyat.

Kekuatiran Najib, UMNO dan BN pusat terhadap " sumbangan kerusi untuk BN" olih Sabah dan Sarawak sudah amat jelas.
Apa yang berlaku ini memberi impak  dan kesan yang amat besar kepada Kerajaan pimpinan Najib.

Kegelunsuran serta kegelinciran dipeti peti undi buat UMNO dan BN di Sabah dan Sarawak bakal mengheret Najib dan gerombolannya bertukar kerusi iaitu dari pemerintah menjadi pembangkang.

Adakah Sabah dan  Sarawak tetap bersama Najib dan BN sekiranya Pakatan Harapan mengungguli kerusi parlimen diSemenanjung?

Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment