Sunday 24 February 2019

THE PROMISED LAND: MUSUH YANG MENJATUHKAN TETAPI ALLAH MENGANGKATNYA

Bismillahhirrahmannirrahim.

BN menjunam dan merudum pada PRU14 tetapi UMNO tetapi maintain walaupun kekurangan beberapa kerusi.

Gara gara kemarahan terhadap tuduhan salahlaku Najib serta rakyat termakan akan "janji janji" palsu yang ditaburkan maka peralihan kuasa telah berlaku.

Semua menjangkakan bahawa nama Najib akan terkubur sekali sepertimana terkuburnya kuasa BN dikerajaan Pusat.
Itulah realiti yang  diinginkan MUSUH MUSUH pilitik beliau.

Telah banyak kali saya ungkapkan bahawa Mahathir dan Najib hanyalah 'asbab' kepada permulaan kepada semua .''kebangkitan".

Kebangkitan yang paling nyata kini adalah kelantangan kaum BUKAN Islam dalam menentang Hak orang Islam Dan MELAYU.
Penghinaan terhadap agama Islam dan Raja Raja MELAYU tetap berlaku berulang ulang.

Walauapapun semua ITU tidak Akan terhenti setakat ITU malah ISU ini akan menjadi lebih buruk dan parah.

Tetapi antara sedar atau tidak dan berlaku tanpa perancangan manusia, WATAK atau aura Najib tetiba diangkat Allah SWT .

Tetiba Najib kini menjadi iKON Dan gilaan rakyat dan anak anak untuk menyertai program atau perjalanan beliau.

Perancangan Allah SWT tidak pernah khilaf. hi

Cahaya Al Majid.

8 comments:

  1. Najib jadi ikon SIAPA.....?
    Ikon orang Melayu kah....??
    Bagaimana org yg TAK TAHU MALU boleh jadi icon MELAYU ISLAM sedangkan sabda Nabi mempunyai sifat MALU itu sebahagian dpd Iman. Bukankah perancngn Allah tak perbah lhalif....?

    ReplyDelete
  2. Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلا اللَّÙ‡ُ (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan-ganguan yang menyakitkan di jalanan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman."

    (Hadith riwayat al-Bukhari, No. Hadith : 9 ,Muslim, No. Hadith : 35)

    Bila seseorang itu tiada sifat MALU, sedangkan MALU itu sebagahian daripada IMAN, bagiamana boleh kamu katakan ini adalah perancangan Allah ..??????

    APA MALU BOSSKU.....Ini cuma tagline NAJIB to boost up his own moral. Kenapa kamu boleh terperangkap dengan tagline bodoh ini sedangkan kamu sentiasa bercakap pasal ISLAM dan Melayu penuh kebanggan dan kesombongan. Adakah kamu nak semua MELAYU memiliki sifat tidak tahu malu ini....??????

    Jangan biarkan perasaan benci kepada kaum lain sampai merosakkan akidah. Kalau nak berbangga pun, berbanggalah dengan sifat-sifat mulia akhlak Nabi (saw) yg sentiasa merendah diri dan MALU. Bukan berbangga kerana Najib berjaya mempengaruhi orang bodoh dengna tagline bodoh ini.

    ReplyDelete
  3. Apa malu al majid. Dah jangkit dah memuliakan sifat keji. Sama lah dulu ada yg berkata Allah pon mencarut. Syabas al majid. Apa malu al majid.

    ReplyDelete
  4. ISLAM APA kita Melayu ni, sebenarnya, En. al-majid ??? DI satu sisi, kita sokong dan kagum dgn sifat tak tahu MALU BOSSKU. Di sisi lain, kita beria-ia nak demo mintak kerajaan bunuh mamat yg hina Nabi (saw) padahal, kita bukan ikut sgt sifat-sifat Nabi. Kita cuma guna Nabi (saw) utk dapatkan milage politik. Kita marah kerajaan kerana tak pegang janji manifesto. Adakah kita nak kerajaan amalkan perbuatan mencuri dan menipu yg diamalkan kerajaan BN yg kita buang dulu..? Jika demikian, apa tujuan kita menukar kerajaan...? Adakah kerana janji Manifesto semata-mata, bukan kerana mahukan kerajaan yg telus dan bersih...? Kalau mahu kerajaan yg lebih baik. kenapa kita langsung tidak mampu bersabar...? Rome bukan boleh dibina dalam sehari. Kita gunakan agama dan rasis utuk capai matlamat kita. Kita sebenarnya adalah PENIPU & PENCURU yg bertopengkan ISLAM.

    ReplyDelete
  5. Salam Topic nya MUSUH Yang menjatuhkan Najib..kenapa Allah angkat beliau semula. Yang kau orang merapu meraban kenapa??Adakah Najib MENGANGKAT diri nya sendiri? Tidak bukan! itu persoalan yang perlu dipertimbang.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete