Bismillahirrahmanirrahim.
"MATILAH MAK...NAK!!!"
INI BARU SATU GAMBARAN
BELUM LAGI KAWASAN FELDA LAIN??
Gegak gempita seluruh dewan kerana kegembiraan pihak kerajaan bilamana Najib melontar kan kata kata akhir dalam pembentangan BUDGET.
Antara sedar atau tidak mahupun sengal kepala otak mereka samaada faham atau tidak tentang apa yang telah dibentang Najib tempoh hari.
Memang gah bunyi nya angka yang dibentang Najib untuk belanjawan tahun 2018 iaitu lebih kurang RM280 billion tetapi adakah ahli Yang Berhormat sedar bahawa perolehan hasil kutipan kerajaan hanya lebih kurang RM230 billion?
Tetapi sedarkah ahli ahli yang berhormat bahawa angka yang diunjurkan Najib untuk perbelanjaan 2018 itu tidak mencukupi. Kekurangan RM40.Billion dari jumlah yang akan dikutip iaitu RM230 Billion. Mana Najib nak "raba"??
Namun angka belanjawan RM280.billion itu dikatakan olih YB YB Barisan Nasional sebagai belanjawan.yang terhebat kerajaan UMNO dan BN setelah memerintah 60 tahun.
Peergh..Gila meroyan betul seluruh Ahli UMNO dengan pembentangan Najib kali ini seolah olah segala MASAALAH yang ditanggung rakyat selepas dikenakan GST.selesai semuanya.
Begitulah "hampeh" nya Kerajaan kini.
Tetapi selalu nya apabila makin tinggi peruntukan yang diberikan kepada sesebuah kementerian maka semakin tinggilah "ketirisan" atau " laba" yang bakal diperolehi olih puak ini.
Macam kes KBS, RM100.juta ..Apa jadi?
Scorpene ..Komisen Razak Baginda pun dah cecah RM500.juta..Dan banyak lagi.. Tak terkira. Tetapi sehingga kini..Dakwaan atau diheret ke mahkamah pun tak da.
Itu tak termasuk lagi skandal 1 MDB.
Inilah standard Kerajaan Najib kini. Tetapi yang menjadi mangsa adalah rakyat.
Nak dijadikan cerita, saya baru balik dari Bandar Baru Jengka . Tiga malam saya disana. Dapatlah cerita hangat dari penduduk setempat sendiri.
Punyalah takutnya Kerajaan Najib terhadap Dr MAHATHIR , sehinggakan ketika.Dr Mahathir kesana tempohari bagi "road show" nya , PDRM telah membuat beberapa sekatan jalan raya disemua laluan kesana.
Tujuannya amat mudah untuk dibaca iaitu untuk mengurangkan kedatangan peneroka dari menghadiri road show Dr Mahathir Bandar Baru Jengka.
Namun begitu , walaupun dengan sekatan Polis yang cuba melengahkan setiap pemandu selama 5 minit , kejadian itu tidak "mengubah" niat mereka untuk bersama sama dengan Dr Mahathir.
Malam tersebut terdapat lebih dari 2000 orang memenuhi ceramah tersebut.
Nah...Nak kata apa lagi.
Dr Mahathir laku, tak dapat aura,
Dari apa yang diluahkan kengkawan di Jengka itu, ternyata kehidupan mereka sekarang ini semakin tertekan dengan peningkatan kos hidup dan GST.
Jaminan bahawa kehidupan diluar bandar tidak terkesan dengan kelembapan ekonomi adalah meleset.
Kini Deretan kedai kedai yang dimiliki orang Melayu dibandar Baru Jengka, semakin sedikit dan telah ramai peruncit mahupun usahawan tempatan sudah gulung tikar.
Event yang di kelola usahawan tempatan sudah semakin suram dengan pengunjung kerana kuasa membeli pengunjung sudah semakin kecil.
Kengkawan peneroka juga merasakan bahawa FGV telah memiskin dan menyusahkannya kehidupan mereka.
Kalau dahulu bayaran diterima dua kali sebulan tetapi kini bayaran diterima hanya sekali sebulan dan ini memeritkan kehidupan mereka seharian.
Begitu lah kemakmuran yang dijaja Najib dan UMNO kepada Melayu diluar Bandar agaknya.
Walauapapun, kebarangkalian peneroka memileh untuk bertukar arah sudah semakin dirasai olih Najib mahupun UMNO dan kegusaran kehilangan kuasa semakin menekan dan amat digeruni pemimpin olih UMNO dan BN kini.
Berada di lapangan, baru tahu kesusahan yang dihadapi peneroka.
Semoga peneroka memilih kebenaran berbanding kemungkaran mahupun kemudaratan.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment