Bismillahirrahmanirrahim.
TAK DA ROTAN..AKAR PUN OK LAH!!
Tukang gelembung mahupun tukang propaganda UMNO kebanyakkanya terdiri dari mereka yang tidak dilantik oleh perwakilan mahupun dari kalangan mereka yang menang dalam pemilihan UMNO.
Najib amat bertuah kerana tidak perlu untuk bertanding bagi menjawatPerdana Menteri sebaliknya diangkat olih pemimpin terdahulu melalui desakan kelompok Mahathir.
Selain dari itu Ku Nan, Rahman Dahalan, Salleh Keruak, Annuar Musa mahupun Fuad Zarkashi semuanya dilantik atau dipileh sendiri olih Najib dana bukan melalui pemilihan dalam UMNO.
Ku Nanti dilantik untuk menjadi Setiausaha agung UMNO. Tidak perlu bertanding atau bersusah payah.
Rahman Dahalan dipileh olih Najib bagi mengisi kuota UMNO Sabah untuk menjadi Menteri. Sebelum ini tiada siapa kenal pun.
Begitu juga dengan Salleh Keruak. Beliau hanya berstatus Ahli Dewan Negeri namun diangkat sebagai Senator olih Najib untuk mengisi jawatan Menteri. Cuma diera Dr Mahathir beliau diangkat sebagai Ketua Menteri itupun untuk 2 tahun saja. Lepas tu senyap.
Manakala Annuar Musa hanya berstatus Ahli Parlimen yang telah "malap" tetapi diangkat sebagai Ketua Penerangan UMNO olih Najib. Baru kini suara dia semakin kuat apabila Najib lantik sebagai ketua penerangan.
Ini adalah antara barisan pemimpin yang " terkucil" yang diangkat kerana " angkatan ampuan" yang bertaraf lima bintang bagi Najib.
Kalau sebelum era Najib watak watak ini amat jarang sekali diketahui kewujudanta namun kerana keserakahan politik dalam membodek Najib maka kini nyawa mereka seakan-akan hidup semula.
Dalam ramai ramai ini hanya Ku Nan saja yang sering dilihat kelibatnya dalam pentas UMNO Pusat.
Nama Annur Musa memang telah ujud lebih lama iaitu diera Dr Mahathir lagi dan pernah diangkat sebagai Menteri tetapi disebabkan beberapa skandal yang meliputi diri beliau maka namanya digugur kan.
Tetapi diera Dr Mahathir wajah Ku.Nan hanya akan terlihat ketika Dr Mahathir mempengerusi Mesyuarat iaitu kelibatyang akan menarikkan kerusi buat Dr Mahathir mahupun tukang menyediakan peralatan untuk seperti meletak air mahupun gelas untuk Dr Mahathir.
Diera Pak lah pula watak Rahman Dahalan Salleh Keruak dan Annuar Musa langsung tidak timbul.
Tetapi yang sedih nya hanya Fuad Zarkashi yang kalah dipetik undi. Tetapi Najib tetap mengangkat beliau untuk menerajui JASA iaitu Jabatan Propaganda UMNO. Namun suara lantang kelibat yang kalah dipeti undi tambahan pula dikawasan kuat UMNO membuat kan beliau dijadikan bahan belasahan masyarakat.
Walau segagah mana atau selantang mana pun suara mereka ini dalam memperlekeh Dr Mahathir, namun, sekali Mahathir bersih, tercungap-cungap mereka ini macam ikan kelemasan di daratan.
Namun begitu kelibat inilah yang disandarkan Najib dalam mempertahankan imej Najib yang telah merudum dimata rakyat .
Nak buat cam mana itu saja yang UMNO ada, belasah saja LA..
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment