Friday, 27 October 2017

THE PROMISED LAND: BUDGET NAJIB : POKET.RAKYAT TETAP KEMPIS!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Malas nak kira dah tentang berapa kali dah Najib telah bentangkan "BUDGET"Atau belanjawan .

Dari dahulu hingga sekarang cuma angka saja yang berbeza tetapi halatuju nya tetap sama. Tak da beza pun.

Apa yang ketara setiap tahun penambahan BUDGET pengurusan tetap meningkat tetapi yang paling tak tahan BUDGET pengurusan tetap melebihi dari BUDGET pembangunan.

Nampaknya budget dibawah pentadbiran tetap naik setiap tahun macam kenaikan harga barangan. Bukan sikit tapi berbillion.

Lagi banyak BUDGET pengurusan lagi tinggi geraf  penyelewengan. Begitu juga sebaliknya dengan BUDGET pembangunan. Ketirisan dan pembaziran tetap melangit namun dalam diam diam ubi itu tetiba saja yang kaya raya. Begitulah lazim nya.

Namun usaha untuk meringankan bebanan rakyat terutama tentang peningkatan kos sara hidup dan kenaikan kos barangan tidak diberi keutamaan.
Tiada usaha langsung dipihak kerajaan dalam mencari.jalan untuk membendung kenaikan ini.

Begitu juga dengan kemeruduman nilai matawang serta kejatuhan ekonomi poket rakyat, apa yang diusahakan oleh Najib dan kerajaan untuk membendungnya?

Sebenarnya banyak aspek kos penghidupan rakyat tidak di sentuh olih Najib tetapi apa yang diutamakan adalah "picisan berupa sedekah" yang didapati dari cukai yang dipungut dari rakyat , dan itulah yang banggakan Najib.

Kebanggaan dan kegembiraan Najib tahap gaban kerana masih terdapat 7 juta penerima BRIM yang dikategorikan sebagai " miskin" dan mungkin jumlah penerima nya akan bertambah kerana kegagalan dan kebebalan beliau dalam mengurus serta mentadbir negara bakal menyebabkan ramai lagi rakyat negara ini akan jatuh miskin atau kedana.

Cahaya Al Majid








1 comment:

  1. Saya ada bela ayam, itik dan kambing..

    Untuk membuatkan mereka lebih senyap...saya taburkan lebih dedak...

    Saya namakan bajet.

    ReplyDelete