Thursday, 26 October 2017

THE PROMISED LAND: BOLIHKAH KELIBAT RAHMAN DAHALAN, SALLEH KRUAK MAHUPUN BUNG MOKHTAR MENANDINGI SHAFEI AFDAL??

Bismillahirrahmanirrahim.

ADAKAH.UMNO SENASIB USNO
MAHUPUN PBS

Shafei Afdal merupakan orang yang bertanggung jawap dalam menjemput UMNO untuk bertapak di Sabah.

Kalau sebelum ini tiada UMNO diSabah tetapi disebabkan Barisan Nasional telah menabur dana yang banyak kepada pemimpin pemimpin Sabah untuk membeli jiwa rakyat namun akhirnya usaha itu berjaya juga.

Usaha UMNO dan BN dalam mencantas dan menabur racun dibumi Bawah Bayu bagi "mengkasi' PBS dan Parti Kecil lain yang seangkatan dengan nya telah berjaya.

Permainan mencucuk jarum dan menabur baja benih dari pokok UMNO yang diimport dari Semenanjung  dijadikan umpanan maka, pokok UMNO mula hidup dengan rendang dan bercambah di Sabah.

Dan dari dahan itu ia mula bercambah menjadi ranting dan akhirnya pucuk pucuk itu mula menghasilkan buah. Ada yang berbuah di batang dan ada juga buah diranting selain dari pucuk.

Kini selain Shafei Afdal ,siapa lagi nak watak yang paling hebat dan paling berpengaruh dibumi Sabah dari UMNO?
Adakah Rahman Dahlan, Salleh KRUAK mahupun Bung Mokhtar?

Episod pokok UMNO Sabah yang ditanam Shafei Afdak yang mahu ditebang, diracun hingga ke akar dan dibakar semuanya sedang berlangsung.

Shafei Afdal yang dibarisi oleh anak anak watan Sabah yang mahukan keseimbangan pembangunan setara Semenanjung  serta yang meinginkan kerancakan ekonomi bagi kemaslahatan rakyat dibumi Sabah seperti Semenanjung dijadikan tekad dalam menendang UMNO.

Keterbukaan rakyat Sabah dalam menyatakan sokongan terhadap tujuan ini dilihat positif dan diterima.

Namun proses percepatkan usaha ini berlaku tanpa diduga bilamana Shafei Afdal ditahan, di lokap serta disiasat olih SPRM kerana didakwa terlibat rasuah.

Usaha yang dibuat SPRM ini dilihat olih orang Sabah sebagai usaha UMNO dan Najib untuk.mencemar nama dan kredibiliti Shafei Afdak yang dilihat telah berjaya "mengawal" Sabah.

Kini kerusi Parlimen yang dicop sebagai "simpinan tetap" Barisan Nasional atau keutuhan kerusi UMNO dalam Barisan Nasional di Parlimen terlihat kegoyahanya.

Samaada Rahman Dahalan atau Salleh Keruak mahupun Bung Mokhtar berjaya mengawal "gelombang" yang dibawa Shafei Afdal berjaya membadai bumi Sabah, PRU 14 adalah " medan" nya.

         ......Cahaya Al Majid





2 comments:

  1. Rakyat sabah hanya boleh dibeli dan dijual oleh orang sabah, pemimpin sabah..

    Pemimpin sabah dibeli oleh pemimpin semenanjung..

    Apa jawapan rakyat sabah?
    Mahu kekal bah..
    Atau berubah bah...

    ReplyDelete
  2. Bro. Kalau menyakat ni u memang world. Terkedu masyarakat Sabah. Apa.pun harap Sabah berubah.p

    ReplyDelete