Bismillahirrahmanirrahim.
Pakatan Harapan yang dipimpin dan diterajui olih Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr Mahathir telah menggariskan beberapa inisiatif dalam menangani usaha untuk membetulkan ekonomi dan poket rakyat.
Mengambil iktibar atas kesusahan rakyat yang diakibatkan dari kegopohan Najib dalam cubaan untuk membangunkan ekonomi negara namun kelompok yang paling banyak meraih laba dari perancangan Najib ini adalah kelompok eletis yang rapat dengan kepimpinan termasuklah syarikat besar yang bertaraf internasional.
Perhatikan dibawah Najib berapa banyak projek Mega yang dahulukan, semuanya beralasan untuk kepentingan orang ramai. MRTlah ECRLlah dan sebagainya. Tetapi yang pelik dan hairan kenapa projek mega ini tidak ditender dan kenapa diberi ruang "direct nego".
Ruang ruang ketirisan didalam pemberian tender atau projek ini mengakibatkan kerugian berbillion ringgit. Contoh seperti projek Kapal Selam Scorpene dan penubuhan syarikat 1MDB.
Kedua dua entiti ini mendatangkan kerugian dipihak kerajaan dan rakyat namun disebabkan penghalalan ketirisan olih pemimpin Kerajaan, tiada tindakan dikenakan keatas mereka yang mengambil kesempatan.
Jadi bagaimana?
22 tahun Dr Mahathir memerintah. Bermacam macam perkara berlaku dari kemelesetan ekonomi hinggalah kepada serangan mata wang namun kesusahan yang ditanggung rakyat tidaklah seburuk yang ditanggung olih rakyat masakini.
Kalau dizaman dahulu ramai dikalangan anak tempatan diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma mahupun Ijazah diUniversiti, dalam negara mahupun luar negara, namun, diera selepas Dr Mahadir, hutang PTPTN untuk ke Universiti adalah "kemestian' untuk ditanggung pelajar. Adakah ini dinamakan" transformasi"?
Pernahkah belanjawan 22 tahun yang dibentangkan olih Dr Mahathir ' menyusahka rakyat ? sepertimana belanjawan yang "digah"kan Najib?sebelum ini?
Cuba imbau kembali telah berapa kali Najib " adjust" belanjawan yang beliau bentangkan setiap tahun.
Belanjawan yang dibentangkan beliau selalunya "lari" atau tidak mengcukupi.
Alih alih.kita dengar banyak peruntukan yang diluluskan kebanyakkanya dipotong. Kenapa?
Setiap kementerian dan jabatan kerajaan semuanya mengeluh . Alasan " BUDGET" TAK ADA.
Tetapi BUDGET Jabatan Perdana Menteri " berbillion billion' ringgit disediakan. Sehinggakan setiap minggu ada saja event diSeri Perdana.
Makan makan sambil berhibur dengan band residen Sri Perdana iaitu Dato' Syed Sobri dan Datin Azie dan beberapa artis jemputan.
Ini yang menjadi masaalah apabila rakyat dalam kesusahan dalam mencari rezeki maka terpaksa pula membayar GST untuk kerajaan. Apa punya gila!!
22 tahun Malaysia gah dan makmur rakyatnya dibawah MAHATHIR tetapi 9 tahun Najib memerintah bukan saja rakyat susah lebih buruk lagi subsidi untuk rakyat dipotong sebaliknya rakyat pula kena bagi subsidi kat kerajaan setiap hari dalam bentuk GST.
Mana yang lebih baik belanjawan Mahathir atau belanjawan Najib??
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment