Thursday 23 February 2017

THE PROMISED LAND : SPRM SEMAKIN GALAK. YANG DULU TU MAKAN TIDO LAH YA??

Bismillahirrahmanirrahim.

"AGAKNYA ISLAM ANJURAN MEREKA
NI ADA DUA SET HUKUM KOT"


Akhir akhir ni, galak pulak SPRM jalankan kewajipan. Tangkap sana tangkap sini, seolah olah sebelum ni SPRM macam tido. Dari Sabah menjangkit sampai ke Semenanjung, semua nya penjawat awam.

Peeergh..Juta juta tu. Tetapi yang kena semua anggota Kerajaan. Patutlah kakitangan Kerajaan yang berpangkat ni hidup mengalahkan orang-orang berniaga.

Yang terbaru, yang duduk dalam Jabatan Agama pun menyonglap juga! Apa nak jadi Melayu yang beragama Islam ni????

Nampaknya agama yang dianutinya dan yang diamalkan tidak dapat menahan godaan rasuah. Mana silap nya.

Ibubapa kah? guru agamanya kah atau sekadar nak menyalahkan syaitan?

Dah berkurun kuliah agama dihadiri dah beribu kali diasak ditelinga ketika khutbah Jumaat dan bermacam macam ceramah agama mengulang topik kesalahan rasuah tetapi , semakin hari semakin banyak yang ditangkap.

Atau ada agama Islam ni hanya sekadar pelengkap kehidupan bagi mereka ni.

Nak tanya gak, duit SRC  Rm 42 juta yang masuk keakaun Najib tu tak salah jugak lah?

Atau dalih dalih alasan rm2.6 billion tu keakaun Najib pun tak salah jugak ke?

Dan apa terjadi terhadap pelaburan 1MDB USD 1 billion yang bertukar jadi unit itu ye? STPM yang baru ni tak nak korek ke??

Atau hukum Allah SWT tu berpilih pilih. Yang berkuasa tak berdosa atau yang berdosa hanya golongan biasa biasa saja.
Kitab apa ya, yang diimani mereka ini???

                 Cahaya Al Majid










No comments:

Post a Comment