Friday 24 February 2017

THE PROMISED LAND : ADAKAH IANYA ANTARA KACA DAN PERMATA??

Bismillahirrahmanirrahim.

   BAHAYA "API DALAM SEKAM"

Setiap negeri dinegara ini dinaungi oleh Raja atau Sultan , hanya Melaka Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak saja dinaungi oleh  Gabenor dimana mereka ini tertakluk kepada Kuasa Yang di Pertuan Agong.

Ketua Negara adalah Yang di Pertuan Agong dan Ketua Negeri adalah dibawah Sultan Sultan ataupun Raja.

Tetapi Ketua Pentadbiran bagi negara ini adalah dibawah kuasa Perdana Menteri yang dipilih rakyat melalui sistem kepartian iaitu melalui Pilihanraya.

Dan ketua Pentadbiran atau Perdana Menteri bertindak sebagai Penasihat kepada Yang Di Pertuan Agong dan bagi negeri kuasa itu terletak pada Menteri Besar.

Segala hala tuju dan perjalanan sistem dalam negara ini di landas ataupun berpaksikan kepada Perlembagaan yang telah di persetujui iaitu antara Raja Raja dan Kuasa Rakyat.

Raja atau Sultan tetap berada diatas tiang Perlembagaan dimana rakyat tiada hak langsung untuk mencampuri segala urusan perjalanan Institusi Beraja dan rakyat akan akur siapa saja diantara mereka yang dipilih dari kalangan mereka untuk diangkat atau mahu dinobatkan sebagai samaada Yang Di Pertuan Agong mahupun Sultan.

Begitu juga dengan perjalanan hak berpolitik .

Bagi rakyat  hak mereka juga ada termaktub didalam Perlembagaan , hak sebagai pengundi atau memilih , siapa atau parti mana yang mereka condong untuk diberikan kuasa bagi mewakili suara mereka, itu ada lah hak peribadi.

Kebebasan dan hak rakyat dalam menentukan siapakah diantara calon calon parti yang perlu diberikan kuasa bagi menerajui atau mewakili suara mereka adalah hak mutlak rakyat sepenuh nya tanpa paksaan oleh sesiapa jua.

Oleh itu persempadanan kuasa diantara Raja atau Sultan Sultan dengan Pemimpin Rakyat amatlah jelas.

Ketidakterlibatan Institusi Beraja dalam urusan siapa yang rakyat mahukan bagi mewakilinya suara mereka dalam memilih siapa atau parti mana yang berhak untuk menerajui serta hala tuju dan pentadbiran negara amatlah disenangi rakyat .

Selagi mana pilihan rakyat itu tidak memudaratkan masa depan negara dan tidak menyusahkan kehidupan dan masa depan rakyat selagi itulah perdebatan salah atau benar, pasti bertembung.

Dr Mahathir adalah bekas Perdana Menteri negara ini selama 22 tahun dan mengetuai 25 Juta rakyat dan telah terbukti keberkesanan pemerintaanya sehingga hari ini dan pemerintahan nya diiktiraf oleh kerajaaan negara negara Islam dan juga bukan Islam.

Adakah menjadi kesalahan buat Dr Mahathir  menegur tindak tanduk Pemimpin Pusat sekiranya ;-

 menegur atau meluahkan rasa kegusaran tentang penjualan hartanah berstatus pegangan bebas atau selamanya kepada pembeli warga luar terutama dari China atau China yang berideologi komunis??

Atau hanya bergantung kepada pelabur China saja dalam membangunkan projek mega negara??

Atau

Kenapa tiada keseimbangan dalam memilih pelabur atau hanya kerajaan atau pelabur China saja kah yang mempunyai kepakaran?

Atau hanya China saja kah yang ada duit??

Dan

gusar dengan  apa yang berlaku kini kerana ketirisan, salah guna kuasa, rasuah serta kegusaran rakyat terhadap situasi ekonomi yang menghimpit nyawa rakyat ketika ini.

Dan

Keluhan dan rintihan rakyat dengan berbagai kenaikan kos barangan dan sara hidup masa kini sedang melambung

Dan

Tidak wajar kah beliau mempertikaikan kemasukkan wang RM,2.6 billion ke akaun peribadi Perdana Menteri? Serta bermacam macam lagi

Dan

Apakah  kewajaran bagi mereka untuk mencemuh usaha yang sedang dilakukan oleh seorang bekas Perdana Menteri ataupun Penasihat bagi sebuah Parti dalam menjuarai suara rakyat yang ingin diwakili nya dalam percubaan untuk menukar kerajaan pemerintah sedia ada.

Adakah itu menjadi kesalahan??
dalam mempertikai tindak tanduk serta ketidak upayaan kerajaan memerintah dalam menangani keresahan dan kesusahan rakyat?

Tidakkah perbezaan dan perbedaan pendapat dan pandangan dibenar kan dalam Islam?

Tidakkah Allah SWT juga mahukan hambanya menggunakan akal fikiran dalam menilai sesuatu.

Tidak kah ajaran Islam mahukan agar kebenaran dijunjung dan salah laku di cegah?

Atau sedarkah mereka bahawa kemudaratan yang berlaku ini telah menjadi "api dalam sekam' dan akan membakar seluruh nya?


                   Cahaya Al Majid





No comments:

Post a Comment