Friday 24 February 2017

THE PROMISED LAND: SALAKAN PEMBODEKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

WALAU APA PUN YANG RUGI
                   TETAP
            MELAYU JUGA

Inilah yang di kata "bodek sampai kelangit".

Ada dua orang menteri Najib, seorang dari Sabah dan seorang lagi dari Perak, kalau nak bodek pun agak agaklah.

Faham ataupun  sengaja buat buat tak faham akan sindiran Tuanku Johor tu.

Bukan saja Tuanku menyindir Dr Mahathir tetapi pada pentas yang sama juga Tuanku memperli  Setiausaha Agong UMNO supaya tidak memandai mandai cuba mengambilnya tanah negeri lain untuk dijadikan kan Tanah Wilayah Persekutuan.

Lebih memburukkan lagi kata kata itu ditujukan kan kepada Menteri Kerajaan Najib yang masih berkuasa.

Tidak kah itu lebih memalukan bagi batang tubuh seorang yang masih berjawatan dalam Kabinet Najib?

Yang memualkan lagi dua kaki bodek ni, bukan pun dipilih melalui pertandingan di MKT pun.

Seorang diangkat  oleh Najib untuk duduk di kerusi Majlis Tertinggi dan seorang lagi di angkat menjadi Senator untuk di jadikan Menteri.

Adakah itu kreteria yang terpilih berbanding yang lain?

Tetapi mungkin kerana kelantangannya ", membodek' , maka itulah sebabnya mereka.ini diangkat.

Kalau nak membanding kan kedua dua mereka ini dengan Dr Mahathir, nak diungkapkan seperti langit dan bumi pun tak setara kedudukan nya.

Semua ini gara gara pandangan  Dr Mahathir terhadap Forest City yang sedang dibangunkan di Johor yang mana sasaran pembelinya adalah dari China dan hak milik pegangan tanah tersebut pula berstatus "free hold" ATAU pegangan selama lamanya.

Dan unjuran pemilikan ini  bakal menempatkan lebih 700,000 bangsa cina dari China.

Pemilikan.ini dirasakan akan banyak mendatangkan kemudaratan kepada negara bila mana ditakutkan nanti bangsa dari China ini akan diberikan hak kerakyatan dan mengundi apabila sampai satu masa dan ini amat merisaukan.

Dan yang menyedihkan pembangunan pulau buatan ini di kata didanai oleh syarikat milik China yang bertindak sebagai Kontraktor juga.

Setelah berbagai risalah diterbitkan oleh Bloomberg mengenai projek ini disiarkan, barulah kesedarannya itu mula menghantui masyarakat setempat.

Walauapa pun semua nya sudah terlambat, oleh itu tunggulah akibatnya. Sama ada ianya musibah atau sebaliknya, hanya, masa bakal menentukan.

Untung nya batu adalah sekira ia timbul tetapi untungnya sabut tetap tidak tenggelam .

                Cahaya Al Majid







2 comments:

  1. Yang marahkan Tun M kerana beliau punya kepentingan didalam projek bersama china itu. Tun M pula bersuara untok kepentingan negara am nya. Sudah tentu rakyat tidak akan seronok bila diperbodohkan bila dikononkan projek itu membawa imbalan ekonomi yang baik untuk rakyat. Tak kiralah siapa yang menjual negara sama ada orang politik atau orang berdarjat kita harus membongkar kepincangan ini. Yang hak dan benar senang difahami juga yang salah dan gelojoh juga senang dikenali.

    ReplyDelete
  2. Emmm.. kenapa bersusah payah nak bagi Darjah Kerabat kelas 1 kalau beria2 anggap sebagai orang luar... kalau org yang dianugerah DK pun tak boleh bagi pandangan utk kebaikan agama, bangsa, negeri dan negara tercinta... rakyat yang tak punya apa2 lagilah tak boleh berkata2.... emmmm....

    ReplyDelete