Saturday 25 February 2017

THE PROMISED LAND : INI BARU JANTAN!!! TERJAH SORONG KEPALA!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

       "TEBAL MUKA DEMI SELAMAT KAN                NEGARA"

Lapan belas tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat. Bagi yang telah berkahwinlah atau yang telah berumahtangga sekurang kurangnya cahaya mata pertama pasti telah bujang, 17 atau masuk 18 tahun usia nya.

Begitu lah tebal nya kemarahan atau dendam yang berselirat selama 18 tahun didada , sekira nya dapat diluahkan.

Kebencian dan kemeruapan perasaan yang mendidih  bagi setiap jiwa pasti meletup sekira nya watak yang dibenci berada didepan mata.

Begitu juga lah jantannya Dr Mahathir dalam menghadapi kumpulan Reformasi yang satu ketika dahulu sanggup mendepani Kerajaan Mahathir dalam isu penangkapan Anwar Ibrahim. Kelompok ini juga lah yang menggerakkan demonstrasi jalanan berminggu di ibukota.

Dengan menghadirkan diri dalam ceramah yang dianjurkan oleh kelompok ini di Shah Alam, seolah olah Dr Mahathir menghulurkan tengkuk nya sendiri dan bersedia untuk di malukan mahupun dicaci.

Walaupun ketika beliau berucap kedengaran suara suara sumbang seolah mencemuh namun pada hakikatnya beliau telah berjaya menyampaikan hasrat hati beliau iaitu untuk menumbangkan Kerajaan Najib dan Kabinet nya.

Belum pernah terjadi lagi  di Malaysia ada pemimpin yang sanggup masuk ke gelanggang musuh untuk memberi ucapan dan meminta tolong demi menyelamatkan negara ini dari klepetrokasi .

Yang sedih nya seorang Perdana Menteri aka Najib sendiri telah melarikan diri dalam program Nothing to Hide,ADAKAH itu sikap seorang yang berani menjunjung KEBENARAN?

 Tetapi keberanian inilah yang dilakukan dan ditunjukkan oleh DR MAHATHIR walaupun terpaksa berhadapan dengan sindiran mahupun.cemuhan.

Begitu jugalah cekalnya hati hamba Allah ini suatu ketika dahulu dalam membantu Umat Islam Bosnia walaupun terpaksa mendepani kuasa Barat.

Walau pun semua itu tidak  pernah diambil iktibar oleh umat Melayu  Islam diMalaysia, kerana keberanian dan kecekalan hati dalam membantu umat Islam yang disembelih dan dibunuh dibumi sendiri, namun watak kerdil itu berupaya untuk membuka mata dunia luar dan negara negara Islam .

Kalau George Bush Dan zionis pun beliau berani tempelak, apa ada hal dengan orang Melayu yang berhati kecil. Tiada kudis pun.

Yang penting ajenda nya .

Selamtkan Malaysia dari Kelepetrokasi.

Siapa nak sedar sedarlah, kalau tak mahu nasibla...
Jangan sampai satu hari nanti orang Melayu makan ikan kering ..Hari hari  sudah lah...

              Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment