Sunday 26 February 2017

THE PROMISED LAND : KESEDARAN YANG TINGGI TETAPI TIDAK DIPEDULI

Bismillahirrahmanirrahim.

   'PERBUATAN MELALUI TAULADAN"

Kehilangan nyawa pada skala 8 orang sekali gus amat dalam impaknya, samaada terhadap ibubapa, masyarakat mahupun umum sememangnya , semua amat terkesan,.Inikan.pula terhadap remaja remaja yang sedang membesar, pasti terkesan.

Terngiang ngiang di telinga akan jeritan kesakitan rakan rakan serta tidak berupaya untuk memberi pertolongan pasti akan terukir dihati dan sanubari serta perasaan yang menyaksikan.

Benar, ajal maut ketentuan ALLAH SWT namun kematian yang trajis seperti yang berlaku di Johor itu sebenar boleh dielak kan sekiranya memasing mempunyai kesedaran terhadap kemaslahatan masyarakat yang berbilang kaum terutama buat ibubapa dan keluarga juga orang ramai.

Apa yang hendak diutarakan bukanlah untuk mengolah trajidi tersebut tetapi terkejut dengan kesedaran budak budak bawah umur ini terhadap kepercayaan dan kebergantungan harap mereka terhadap institusi Beraja Johor untuk mengadu nasib.

Hebat dan teruja perasaan ini apabila mendengar bahawa remaja remaja ini berusaha untuk berkumpul dan mengadap Raja mereka bagi meluahkan perasaan marah terhadap Penguasa iaitu Polis dalam menangani kes rakan rakan mereka yang terkorban dalam insiden tersebut.

Begitu tinggi pandangan dan harapan remaja ini terhadap institusi Raja mereka namun pandangan dan keinginan remaja remaja itu di halang oleh Penguasa. Alangkah sedih nya.

Sepatutnya remaja ini dibenar kan untuk menghadap Raja  dan disitu lah sepatutnya segala salah laku mahupun keraguan remaja remaja ini ditangani.

 Sebenarnya apa yang diingini didengari oleh remaja ini adalah titah titah Raja saja dalam membelai hati mereka yang sedang bergelora kerana beranggapan mereka dipihak yang benar.

Tetapi kehendak itu tidak dipenuhi. Sayang sekali.

Kemeruduman kepercayaan remaja remaja terhadap institusi Raja  pasti memberi kesan dan akan mengambil masa yang lama untuk di stabil kan.

Walau apa pun pelajaran berkumpul beramai-ramai ala demo ini sebenar nya telah mereka pelajari dan contohi melalui gerakan politik yang mereka saksikan di TV mahupun media massa.

Kealpaan dan kerakusan Ahli Politik falam usaha untuk mencapai tujuan dan pengaruh politik tanpa sempadan , adap dan budaya liar ini telah mempengaruhi jiwa anak anak ini dan kesan nya seperti apa yang sedang berlaku.

Itulah sebab nya Raja Raja Melayu perlu menegur budaya yang dibawa oleh pemimpin politik ini samaada Kerajaan mahupun Pembangkang agar perangai tak beradab ini tidak diangkat sebagai kebenaran oleh remaja remaja.

Kalau tidak masa depan dan keharmonian negara ini bakal tergugat dan hancur.

Oleh itu jangan salahkan mereka tetapi salahkan pemimpin politik yang telah memberi kan inspirasi berdemo kepada remaja.

Olih itu berhenti menuding jari tetapi sebaliknya berusaha lah untuk merubah selagi belum terlambat.

Pepatah Melayu dah mengatakan:-

"Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya,"

                  Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment