Sunday 26 February 2017

THE PROMISED LAND : LAYAK KE PERBANDINGAN DENGAN ARAB SAUDI??

Bismillahirrahmanirrahim.

    ".  ZAHIR SAJA KAYA
        BATINNYA .. NAZAK"

Kenapa tak dibuat perbandingan yang setara, kalau  merpati dengan merpatilah dan bukan antara merbah dengan helang. Pasti lah jauh bezanya antara keupayaan dan sizenya.

Ini tidak , perbandingan dibuat antara negara yang telah lama kaya dengan negara yang baru nak naik. ( Tetapi sekarang dan nak nazak balik ) Memang taklah.

Samakah diantara kerajaan pilihan keturunan berbanding kerajaan pilihan rakyat yang dibuat melalui pengundian???

Arab Saudi diperintah oleh Raja dan keturunan nya tetapi Malaysia ni walaupun pada Perlembagaan ,peringkat Pemerintah semua nya berkiblat kan kepada Yang Di Pertuan Agong tetapi kuasa mutlak memerintah adalah dibawah Perdana Menteri.

Hala tuju Arab Saudi ditentukan oleh Rajanya berserta keluarganya tetapi negara kita di tentukan oleh Parti Pemerintah.

Arab Saudi tiada pilihan raya atau pilihan dari suara rakyat tetapi kita Parti Rakyat yang berkuasa.

Oleh itu janganlah.buat perbandingan yang dangkal ini.

Sebenarnya memang wajarlah Arab Saudi sekira mahu memberikan wang kepada rakyatnya seperti yang di dakwa  Najib macam BRIM. Tetapi tahukah kita bahawa 10 juta dari ,25 Juta rakyatnya yang hidup dibawah paras kemiskinan,???

Adilkah mereka? Baik kah mereka,,? Bertanggungjawab kah mereka,? Ikut sunnah ke mereka?

Kerajaam Beraja Arab Saudi telah terlebih dahulu kaya raya dari Malaysia dan kiblat keseronokan nikmat dunia mereka adalah negara Barat , sehingga kan seluruh warga Barat mengetahui baik dan buruk luar dan dalam kain mereka,  dan kenapa baru sekarang baru sedar?

Ataupun pemimpin dan rakyat negara Barat dah mula fedup dengan perangai buruk mereka??

Adakah kita ingin mencontohi mereka?

Najib perlu sedar bahawa wajib bagi Kerajaan Arab Saudi memberi ,'BRIM' kepada rakyatnya, kerana telah berkurun kekayaan yang dimiliki keluarganya tidak diagihkan kepada rakyat nya. Semuanya disebat untuk kepentingan keluarga mereka saja.

Dan kini Arab Saudi tengah kegawatan ekonomi kerana harga minyak merudum dan hasil kekayaan telah mula merosot.

Semua ini adalah bala yang didatangkan ALLAH SWT kepada pemerintah yang menzalimi kaum hawa dan menafikan hak rakyat serta  tidak mengikut Al Quran .

Waktu senang lenang lupa rakyat tetapi bila bala datang , poket' rakyat lah.yang diintai nya. ( Saling tak tumpah macam Malaysia)

Alasannya ,Kerajaan Najib cuba menghalalkan cukai GST terhadap rakyat melalui contohan
pengenaan GST oleh Arab Saudi terhadap rakyat nya .

Maksud nya kalau Arab Saudi kenakan GST terhadap rakyat nya maka secara automatik apa yang dibuat Kerajaan Najib juga halal lah ya. ( Kitab mana yang diikuti ini, ajaran siapa ni)

Pernahkah anda fikir kan kenapa negara negara Arab bertukar,," kiblat"? dan tidak lagi kepada Barat dan jiran jiran mereka?

Kalau nak tahu belajarlah " makrifat,," baru tahu erti "hakikat'.

Wahai Arab Saudi sedar lah bahawa
Nabi kamu dah mengajar ,

" makmur kan lah jiran kamu,,dan inshaallah Allah SWT akan makmurkan kamu'

ini tidak jiran kamu pun kamu perangi..Tanda kemurkaan Allah SWT pasti tertimpa keatas kamu.

Keberkatan "Mekah dan Madinah' dibumi Arab Saudi  bukan jaminan bahawa bala Allah SWT tidak akan sampai.

"Bumi Nuh di banjiri Allah SWT secukupnya"

'Bumi Lut juga dihujani api panas dari langit"

"Kebenaran ALLAH SWT yang mana mahu kamu nafikan"

" Kerosakan adalah diatas perbuatan tangan kamu sendiri"

           
                   Cahaya Al Majid













No comments:

Post a Comment