Thursday 3 March 2016

WAJIB BACA DEMI KESIHATAN :DARI MIMBAR MAYA THE PROMISED LAND

Bismillahhirrahmannirrahim.

  KENAPA MAKANAN MENJADI MUSUH
                    BUAT MANUSIA

Segala pujian untuk Allah swt. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Nabi Muhammad saw. Dan kerahmatan jua dipohon semoga para pelawat blog ini dirahmati Allah swt selalu.

Salam.

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan semua pelawat diblog ini. Walaupun isu yang ingin diketengahkan ini merupakan amalan kita setiap hari namun kenapa dan mengapa ianya tetap memudaratkan diri kita.

Makan. Setiap manusia perlu makan . Dari sarapan pagi hinggalah kemakan malam dan kekadang juga ketika tengah malam  , sekiranya lapar, pasti kita makan, samaada makanan ringan ataupun berat , tetapi apa yang pasti perut wajib diisi.

Semua sedar dan tahu bahawa makanan yang kita makan itulah penyebab dan punca segala penyakit. Masin, manis, masam , pedas dan bermacam macam lagi perisa dan rasa yang kita makan setiap hari demi memenuhi nafsu atau salera makan kita namun untuk menahan kemahuan makan itu sangatlah susah lebih lebih lagi kalau kita tengah lapar.  Dapat jer ..terus ngap.

Yang alhamdullilahnya, kita umat Islam diajar untuk membaca doa ketika hendak makan tetapi umat Kristian juga ada yang berdoa ketika hendak makan , samaada berdoa itu dijadikan rutin harian atau sebaliknya cuma mereka saja yang tahu.

Pernahkan kita menyoal diri kita sendiri, kenapa kita jatuh sakit, adakah kerana kita tidak mengambil makanan yang seimbang ataupun kita tidak mengamalkan makanan yang baik baik?

Ada juga yang berpendapat bahawa sekiranya setiap hari kita makan makanan yang berkhasiat atau berimbang juga tidak akan menjamin bahawa penyakit tak akan datang.. Tetapi saintis tetap mengatakan bahawa untuk hidup sihat dan tidak berpenyakit, maka, makanan sihat adalah keperluan.

Cuba renung dalam diri kita, setiap hari sebelum makan pasti kita membaca doa. Begitu juga halnya dengan orang lain, pasti mereka baca doa sebelum makan tetapi kenapa makanan yang kita makan itu memudaratkan diri kita.

Adakah kerana doa kita tidak dimakbulkan Allah swt sehingga ramai dikalangan kita hidup dalam berpenyakit.

Makanan semuanya baik , suci dan halal tetapi tetap memudaratkan pemakanya. Kenapa?

Mari kita tengok pengertian bacaan doa makan.

DOA MAKAN

"Ya Allah Engkau berkatilah apa yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhi kami dari azab api neraka."

DOA LEPAS MAKAN

"Segala pujian bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum serta jadikan kami diantara orang Muslim"

Adakah doa makan itu bertepatan dengan perbuatan?

Doa lepas makan ini lebih tepat tetapi melafas minta dijadikan antara orang muslim dilihat janggal.

Namun dari analisa didapati doa makan diatas tidak bertepatan dan longgar dalam pengertian.

 Lafas doa makan :

"Ya Allah kami/saya bersyukur diatas makanan halal ini dan kami/saya berdoa agar makanan ini menjadi penawar dan penyembuh bagi penyakit dalam diri ini samaada zahir mahupun  bathin ".Amin.

Dan sesudah makan memadai dengan lafas : Alhamdullilah.

Kalau nak menghindarkan diri dari penyakit samaada kecil atau besar atau tidak mahu menjadikan  makanan yang kita makan sebagai punca kepada segala penyakit..amalkan doa tersebut.


Kongsikanlah ilmu ini dengan orang lain..inshsallah..Allah swt akan melindungi dan menjauhkan penyakit dari diri kita.

               Cahaya  Al Majid




No comments:

Post a Comment