Friday 4 March 2016

THE PROMISED LAND : MUHYIDDIN SALAH CATUR

Bismillahhirrahmannirrahim.

      DIRI YANG TERCATUR

Adakah kerana sayangkan UMNO? Atau adakah kerana takutkan kisah kisah silam akan diangkat atau adakah kerana masih mengharap simpati dari ahli ahli parti?

Atau adakah kerana mengimpikan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup menerima cacian dan makian dari geng MKT Umno yang mengumpamakan diri awak bagai "anjing yang suka menggigit kaki".

Apakah begitu rendahnya nilai diri, harga diri serta maruah diri awak? Apakah awak merasakan bahawa dalam platform UMNO saja kebenaran itu dapat diperjuangkan?

Sedarlah..semenjak dihumban oleh Najib dan kengkawannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri..apa platform yang awak ada untuk melaungkan perjuangan itu.

Ingatlah, semua lorong lorong dan jalan belakang semuanya tertutup buat awak. Sehinggakan awak terpaksa menggunakan Padang Stadium Kg Baru untuk meluahkan isi hati dan matlamat anda.
Imbau kembali..apakata kengkawan anda yang berada di MKT, semuanya menolak anda. Apa lagi yang ada untuk ditunggu? Apa yang nenunggu anda adalah sindiran belaka. Tiada siapa lagi yang akan menghargai jasa anda.

Kalau baginda Rasullulah saw sanggup berhijrah demi sebuah kebenaran kenapa anda tidak melakukan perkara yang serupa. Pernahke Rasullulah saw bercampur atau bergaul dengan musuhnya semata mata untuk menjatuhkan musuhnya? Jawapannya adalah "tidak".

Untuk mengalahkan musuh demi menegakkan sebuah kebenaran maka pendekatan menceraikan diri dari kelompok tersebut adalah yang jalan terbaik. Selagi anda masih sekawah dengan mereka, yakinlah, kaki dan tangan anda pasti diikat dan suara anda pasti dibisukan dan sekiranya anda masih lagi menongkah arus maka kuasa pemecatan pasti tertimpa pada diri anda.

Anda pun turut merasakan bahawa kepercayaan rakyat terhadap parti pemerintah dan ketuanya telah terhakis dengan drastik. Imbau kembali keputusan PRU13, tidakkah 53% undi popular dimenangi oleh pembangkang?

Dengan segala kekalutan politik Umno serta skandal Perdana Menteri yang tak terjawap tu , tak mustahil kemerosotan kepercayaan pengundi terutama pengundi atas pagar serta penyokong Umno yang terkesan dengan pembohongan serta kata kata kesat Menteri UMNO bakal memberi impak besar pada Pru 14.

Kalau anda masih menaruh harapan untuk bertanding pada PAU 2018 untuk menentang Presiden anda, saya jangka anda sudah hilang peluang tetapi sekiranya PAU berlangsung tahun depan, mungkin ada peluang.

Tetapi dengan segala kekangan yang anda hadapi saya rasa peluang untuk berjumpa dan melobi bahagian amatlah sukar dan pasti menghadapi halangan dari Pusat dan konco konconya.

Tiada jalan lain selain dari meninggalkan UMNO. Janganlah menaruh harapan lagi, samaada tinggalkan UMNO dan istiharkan Parlimen anda sebagai Bebas atau ucapkan selamat tinggal kepada diri anda.

Sekiranya anda berjuang atas landasan Bebas untuk menegakkan kebenaran yakinlah anda akan lebih dihormati oleh rakyat .










1 comment:

  1. 2.6bil itu isunya...bukan UMNO yg salah..

    ReplyDelete