Friday 4 March 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH "N" PENGAKHIRANYA : BHG 1

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dah lama rasanya tidak menyentuh tentang "perjalanan" lebih lebih lagi tentang konsep "RAHMAN" yang dipakaikan kepada "batang tubuh" yang bernama Malaysia ini.

Mungkin juga ada yang tidak tahu bahawa nama Malaysia ini telah ujud sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi. Pada era kemerdekaan negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Malaya.

Itulah serba sedikit mengenai kisah lampau yang perlu kita ketahui sebagai anak bangsa.

Hari ini politik dalam negara kita tengah bercelaru. Semua parti politik samaada parti pemerintah mahupun parti pembangkang semuanya bercelaru dan menjurus kepada kerosakan.

Kalau dulu pemimpin pembangkang selalunya sentiasa tidak sehaluan dengan parti pemerintah tetapi kini dalam parti pemerintah sendiri terdapat pembangkang didalamnya dan begitu juga sebaliknya terhadap pembangkang.

Punca dan sebabnya adalah penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh pemimpin tertinggi parti. Samaada dilakukan demi kepentingan parti atau peribadi hanya mereka saja yang tahu. Tetapi masaalahnya Penjawat Awam atau Kaki Tangan Kerajaan yang bukan dilantik oleh politik juga terjebak dengan rasuah malah kehidupan mereka melebihi kemampuan gaji dan gejala ini amat membimbangkan.

Disebabkan kecurangan dan ketirisan ini telah melonjakkan index penyalahan gunaan kuasa dan rasuah pada skala yang tidak terkawal dan ini meletakkan negara ini pada skala antara 10 negara yang paling korup.

Hari ini  tercatit dalam sejarah moden negara ini, Dr Mahathir yang telah menerajui negara ini selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dari UMNO, dengan lantang menyuarakan kekhawatiranya terhadap corak pemerintahan UMNO yang diterajui oleh anak kepada mantan Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein iaitu Najib Razak.

Perdana Menteri atau Presiden UMNO iaitu Najib Razak kini sedang bergelut dengan berbagai skandal. Dari skandal Pembunuhan model Mongolia sehinggalah kepada skandal "dana 2.6 b dan Rm42 juta" yang masuk keakaun peribadinya telah menghambat intrigriti dan maruah dirinya.

Segala skandal ini bukan saja diadili oleh rakyat negara ini malahan seluruh dunia sedang memerhatikan tindak tanduknya. Belum pernah terjadi dalam sejarah negara ini ,seorang Perdana Menteri dipalit dengan berbagai bagai skandal sehinggakan didakwa beberapa Penjawat Awam dalam Pentadbiran Kerajaan bersengkokol demi untuk menyelamatkan seorang Perdana Menteri.

Pemecatan, penahanan individu, penyekatan media ekectronik, sosial media serta ugutan ditahan dengan akta yang tidak setara serta tuduhan mencabul dan menguggat keamanan dijadikan alasan penahanan seseorang.

Walauapapun, apa yang berlaku semalam iaitu gerakan menyelamatkan Malaysia yang digerakkan oleh mantan mantan Menteri dari Umno serta Pemimpin Pembangkang dan disertai NGO NGO telah memecahkan tembok perseteruan demi sebuah perjuangan.

Apa yang terjadi semalam adalah bibit bibit pengakhiran kepada konsep RAHMAN.

RAHMAN bukanlah satu kebetulan tetapi merupakan satu ketentuan yang tertakdir untuk negara ini. Walaupun ramai yang mengatakan ini hanya sekadar kebetulan, namun, biarlah mereka berfikir begitu.

Imbas kembali tulisan diatas, nama Malaysia telah ujud terlebih dahulu sebelum terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan nama Malaysia hanya sah digunapakai hanya apabila Sabah dan Sarawak menyertainya dan apabila Singapura diceraikan.

                    - bersambung-

                   Cahaya Al Majid









1 comment:

  1. Semoga 'pertembungan' / 'perpecahan' sengit yang akan terjadi nanti akan merubah negara ini 100% ke arah yang lebih baik sementara menunggu bangkitnya kesatuan nusantara mendepani cabaran NWO zionist.
    Mereka telah berusaha dan memulakan gerak saraf sekian lama di kawasan ini, cuma harijadi belum tiba. Tunggu seluruh timur tengah menjadi jajahan NWO mereka secara total barulah rantau ini dikocaknya sehabisnya.

    Makanya perkembangan syria dan turki serta penyerangan nekad Iran adalah katakunci perang yang dinanti-nanti zionist untuk mengubah konserp dunia, 1 world 1 govermnent.

    Namun, ALLAH sebaik-baik perancang bumi Tanah Melayu ini. Sya masih kekal pendapat saya, tanah melayu ini akan berubah kepada satu peta lain (.)

    Semoga yang tinggal nanti ialah baka-baka (anak-anak) yang pemberani menjaga agamaNya (taat kepada ALLAH dan RasulNya) bukan baka-baka (ex ex pemimpin) keluaran produk jajaan British yahudi selama ini.

    Maka, usahlah kesali si polan dan sipolan kenapa itu dan begini, kenapa tidak itu dan tidak ini, semuanya takdir dan destinasi yang semakin pasti.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete