Thursday, 19 December 2013

THE PROMISED LAND : 'LEBIH BAIK KORBANKAN NAJIB DARIPADA KORBAN UMNO !!

DEMOKRASI BUKAN SEGALANYA.
KECURANGAN PEMERINTAH PERLU DIHENTIKAN
RAKYAT PERLU TUNJUKKAN JALAN PULANG
NAJIB KE PEKAN

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sekiranya sesebuah Kerajaan itu memakmurkan rakyat serta memudahkan penghidupan rakyat serta mengambil peduli kesusahan rakyat maka sesutu Kerajaan itu perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun tetapi apabila sesebuah Kerajaan itu dilihat banyak menyusahkan penghidupan rakyat dan mengutamakan kemakmuran segelintir pihak saja sehingga 'menyusahkan' kehidupan rakyat maka sesebuah Kerajaan itu perlu di'tukar'.

Memandangkan Kerajaan yang sedia memerintah kini didapati gagal menyempurnakan serta memberikan kegembiraan kepada rakyat maka Ketua yang mengepalai Kumpulan itu perlu digantikan dengan orang lain.

UMNO adalah ketua kumpulan didalam gagasan Barisan Nasional yang memerintah negara ini, maka secara automatik ketuanya adalah  'Najib Razak' , olih itu beliau harus digantikan dengan 'tokoh' yang lain sebagai Ketua. Menggantikan Ketua yang sedia perlu dilakukan kerana rakyat telah melihat kegagalan 'kepala'nya didalam mengemudikan negara. Sebelum 'perkara' menjadi lebih buruk dan 'menjerumuskan' ketidaktentuan ekonomi yang dilihat 'menyesakkan' rakyat  dalam negara maka Najib wajib menerima ketentuan ,  bahawa 'hala tuju'nya dilihat gagal 'memakmurkan' kesejahteraan rakyat. Segala tindak tanduknya yang 'menaikkan' segala'  'caj'caj' yang menyusahkan poket rakyat menyebabkan rakyat berada didalam tidak ketentuan dan mula berura-ura serta bercadang menolak kepimpinannya melalui 'jalanan'

Kepada gerombolan UMNO terutama dipihak tertinggi, tindakan drastik perlu  dilakukan segera demi menyelamatkan 'karam'nya kapal UMNO semuanya. Sebelum 'behtera itu karam dan tenggelam semuanya eloklah UMNO mengambil pendekatan untuk 'memecat' atau'mengusulkan' undi tidak percaya terhadap Najib bagi menyelamatkan UMNO semuanya.  Dengan menurunkan Najib akan meredakan 'kepanasan rakyat' masa kini dan sekali gus kepimpinan baru bolih 'mengambil masa' untuk menuteralkan' 'tuba yang Najib tabur' dalam ekonomi negara ini.

Sebelum perkara ini menjadi 'gawat' sebelum 31 Dis seperti yang diwar-warkan olih Pakatan Rakyat berlaku eloklah rasanya Najib mengundurkan diri secara terhormat sebelum kehinaan yang lebih besar 'menjenguk' diri. 

UMNO perlu berfikiran 'lebih baik korbankan yang satu daripada 'terkorban semuanya.

p/s : lepas ni bolihlah Rosmah menyanyi sepuas-puasnya siang dan malam mungkin sampai pagi
        sebab itu kesukaannya dengan 'band' yang selalu mengekorinya dimerata pelosok dunia
        atas duit rakyat.

                                               ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

2 comments: