Wednesday, 18 December 2013

THE PROMISED LAND :- MAHKOTA MALAYSIA GUGUR JUGA AKHIRNYA!!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

"Mahkota' keamanan Malaysia bakal berderai gara-gara kesalahan Kerajaan memerintah dalam mengimbangi 'ekonomi' rakyat terutama Melayu yang 'tersihir' dengan kata-kata pemimpin Kerajaan terutama Najib. Salahlaku yang berulang serta sikap pentingkan 'puak kapitalis' dan mengenapikan kehendak rakyat yang ramai telah membuahkan perasaan 'benci yang meluap' terhadap barisan pemimpin pilihan Najib.

Berbekalkan 'kenaikan' yang berturutan yang 'menyesakan' fikiran rakyat, menjadikan 'gelanggang rakyat' sebagai medan untuk meluahkan ketidakpuasan hati dan sekali gus membolihkan pihak pembangkang 'menguasai' isu yang dilihat 'amat baik' untuk diperjuangkan dan berbekalkan perasaan ketidak puasan hati' yang melampau terhadap beberapa isu yang bersangkutan dengan perekonomian rakyat serta penjelasan beberapa pemimpin yang dilihat sangat 'memperbodohkan pemikiran rakyat' menyuburkan lagi kebencian terhadap pemerintah yang bertunjang kepada UMNO

Kegagalan parti pemerintah dalam 'mengendurkan' isu ini, dilihat sebagai satu 'malapetaka'. Mungkin  Najib beranggapan bahawa semua keputusannya akan ditelan bulat-bulat olih rakyat sebenarnya jauh tersasar.Kemungkinan Najib beranggapan bahawa rakyat tidak berani untuk berserta 'pembangkang' untuk 'masuk gelanggang' diacara yang didendangkan pada penghujung tahun 2013 juga meleset.

Kemuncak kemarahan rakyat dijangka akan diterjemahkan diacara yang didendang. Segala 'jawapan bodoh dari Pak Menteri pilihan Najib yang membodohkan rakyat juga akan diterjemahkan pada acara tersebut. Walaupun pihak berkuasa telah mula 'mendendangkan' Akta Peraturan, namun semua itu tidak mengusarkan. Kalau Bersih dan Hindraff telah berjaya 'mendebar' dan 'mencalarkan' nama negara dan juga Kepimpinan negara namun apa yang bakal berlaku adalah lebih mendebarkan dan mengetarkan jiwa kerajaan. Kalau Hindraff 'terhangat' disebabkan 'nasib bangsa India' dan Bersih di'panaskan' dengan isu 'pemilihan atau SPR" namun kali ini isunya sangat 'menyentuh semua rakyat' iaitu 'ekonomi' atau kewangan poket rakyat'.

Apa yang bakal dilakukan ini pasti mendatangkan kesan yang dalam kepada Pemerintah dan Peneraju negara iaitu Najib dan UMNO Kemungkinan 'kedudukan Najib' bakal disuarakan olih Kabinetnya untuk meletakkan jawatan adalah 'tinggi kerana  kegagalan Najib didalam  menyejukan' hati rakyat,. Ini merupakan satu kehinaan yang bakal diterimanya olih Najib sepertimana Pak Lah mernghadapainya. Tekanan yang bakal diterima amatlah 'besar' dan 'isu' yang tertumpah dan tercurah ini juga melibatkan 'perilaku' isterinya yang sememangnya tidak disenangi olih kelompok yang ramai

Apa yang dapat dirasakan , Najib terpaksa akur dengan kemahuan rakyat dan bukan 'mendabik dada' dengan 'transformasi' yang dicanang dan sehingga kini 'transformasi' nya masih lagi belum 'transform'

                                                    ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. Najib menguji kesabaran rakyat. Jika sebelum ini hanya penyokong yg turun, kali ini mungkin ramai yg pd PRU13 mengundi BN juga akan turun.

    ReplyDelete
  2. Aku risau negeri Johor jer,yang pesat dengan pembangunan menghadapi tekanan kos hidup rakyat neger tinggi berbeza dgn negeri lain.Di tambah pula acaman cuaca semasa.Kalau boleh check N balance,ok ler.Takut nanti pola pengundian terus bertukar dgn ketara PRU 14 di semua negeri.Yang untung anwar ibrahim juga.

    ReplyDelete