Wednesday, 18 December 2013

THE PROMISED LAND : NAJIB DAH LELONG MELAYU !!!

NAJIB DAN UMNO DAH LELONG  MELAYU!!!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Gendang rakyat dah menderam . Semboyan rakyat dan menyumpit. Tulisan rakyat dah berkajang. Hanya menunggu rakyat saja yang belum masuk gelanggang

Sebelum pilihanraya segala janji ditabur. Rakyat dijanjikan dengan seribu satu macam 'anganan' hinggakan langit juga bolih dicapai tanpa 'menjengkit' tumit. Begitulah manisnya mulut yang sebenarnya 'berbau longkang' yang dijaja keserata pelusuk demi keinginan untuk ;memeluk kuasa' dari rakyat. Bukan pembangkang saja yang berjanji tetapi parti yang mendemonasi teraju kepimpinan juga menabur 'gula' untuk rakyat

Selepas rakyat terutama orang Melayu 'memadukan' undi sepenuhnya kepada UMNO dan mengakibatkan rakan 'sedulang;nya iaitu MCA, Gerakan dan MIC menang tipis telah mengakibatkan Pembangkang sekali lagi gagal 'menawan' Putrajaya, maka sepatutnya 'membalas budi' rakyat adalah keutamaan tetapi sebaliknya pula berlaku. 

Amat malang buat Melayu yang menyokong UMNO dan BN apabila kemenangan yang diperolehi itu telah mengakibatkan 'rakyat' dilelong' secara senyap olih kepimpinan UMNO dan BN 
Kini rakyat mula bersuara, membentak, mencemuh, mencaci dan tidak kurang juga yang "menyumpah' terutama kepada ketua barisan kabinet serta gerombolannya. Rakyat mula hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang memerintah.

Kepimpinan kabinet yang membarisi kepimpinan UMNO juga bertanggung sekali diatas 'lelongan' kepercayaan orang Melayu ini Kini bermacam-macam bala yang terpaksa orang Melayu gendong diatas kebodohon pemimpin yang dipileh.Bermula dari kenaikan barangan hinggalah ke bil elektrik dan difahamkan bahawa kenaikan 'tambang' kemudahan awan' juga akan dinaikkan dimana majoriti penggunanya adalah Melayu belaka yang mana kumpulan ini merupakan golongan 'miskin bandar' yang terpaksa menggunakan kemudahan. Memburukkan lagi setahun dari sekarang cukai GST akan dilaksanakan kepada setiap 'ringgit' yang diperolehi rakyat. Semuanya berpunca dari 'keborosan' perbelanjaan Kerajaan yang dibuat tanpa memikirkan 'kesusahan' rakyat.

Untuk itu rakyat perlu fikir sejenak, apakah, tuan puan akan bertahan dengan segala kenaikanini? Berapakah perbelanjaan tambahan yang perlu dibuat untuk menampung 'kenaikan' ini? Bolihkah rakyat 'menabung' seperti sebelumnya? Atau apakah rakyat tidak akan terkesan dengan kenaikan ini seperti yang diucapkan olih Pak Menteri yang bertaraf ' Pak Turut", dengan ungkapan ' rakyat tidak akan menghadapai kesan atas kenaikan ini'


Demi untuk menyelamatkan 'poket' segelintir pemimpin yang mempunyai kepentingan didalam 'syarikat' milik Kerajaan atau GLC, pemimpin UMNO sanggup 'menggadaikan' maruah diri Melayunya demi untuk mengayakan 'kapitalis' ini. Begitulah 'nilai'nya bangsa Melayu dimata pemimpin UMNO. Perlu diingat kesemua GLC adalah hakmilik Kerajaan dan dana permulaan perniagaan mereka juga dari 'dana rakyat' tetapi apabila keuntungan diperolehi 'kelompok elitis' berkroni juga yang kaya raya..rakyat tetap macam itu juga.

Kini kehidupan rakyat terutama orang Melayu dibandar dan pinggir bandar akan mula merasa 'bahang'nya hanya sebelum ini subsidi petrol ditarik, harga gula dinaikkan dan pasti selepas 31 Dec ini 'bil letrik pasti menjerat kantung rakyat ditambah pula dengan kenaikan tambang kemudahan awam dan toll. Semuanya terkesan sekali. Melihatkan scenario ini, konfirmlah bahawa 'kewangan' Kerajaan berada didalam 'zone' bahaya

Sejauh mana kebenaran yang mengatakan bahawa ekonomi kita berkembang dan memberikan pulangan yang besar kepada 'poket' Kerajaan, semua itu hanyalah 'angan-angan mat jinin' saja.Apa yang dilaporkan hanya untuk menyedapkan hati rakyat demi 'menyelimutkan' kesalahan pemimpin.

Dan yang terkini dari Bank Negara Malaysia Kadar Pinjaman Asas atau BLR juga akan dikaji semula kemingkinan BLR naik adalah pasti dan ini akan 'menazak'kan lagi kos pinjaman olih pemimjam. Hebat Najib!!!!
                                              ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment: