Saturday 23 April 2016

THE PROMISED LAND : ANGAN ANGAN 1MDB DAN TPPA

Bismillahhirrahmannirrahim.

ANTARA ANGANAN DAN KEMAHUAN

Anganan dua perkara ini dicuba untuk direalisasikan Najib .Kedua dua anganan itu adalah 1MDB dan TPPA.

1MDB ditubuh untuk menjana dana dan melalui dana pinjaman tersebut pembelian harta , pembelian syarikat penyedia tenaga (IPP) serta melabur ala ala skim pak man didalam Aabar BVI.

Mengharapkan pulangan berbillion ringgit terjana dari pelaburan itu tetapi sebaliknya pulangan yang dinanti hanya lah "tipuan" saja.

Syarikat Tenaga yang dibeli terpaksa dijual. Tanah yang "dibeli "dari kerajaan dengan harga murah, diracik dan dijual juga dan hasil jualanya  diguna untuk membayar hutang bank.
RM14billion atau USD 3.5 billion dilabur kepada Aabar BVI . Tetapi hasil pulangan tidak nampak. Apa yang nampak hanyalah hutang sudah terkumpul berjumlah Rm50 bilion.

Apa yang ketara dimata rakyat :-

Ada kemasukkan dana RM2.6 billion dan RM 42 juta keakaun Najib
Ada kemasukkan dana USD 700 juta dan USD300 juta ke Good Star milik Jho Low
Pelaburan untuk filem  serta pembelian kondo mewah ratusan juta oleh anak tiri Najib di US.

Satu lagi keinginan Najib yang di usaha nya dengan bersungguh sungguh walaupun ditentang rakyat adalah untuk direalisasikan impiannya untuk menyertai TPPA.

TPPA telah ditandatangani dan apakah kesudahan dan implikasinya terhadap negara , kita tunggulah...

Kini anganan Najib tentang 1MDB telah menjadi mimpi buruk buat Malaysia kerana hutang dan skandalnya , tetapi adakah TPPA juga bakal menjadi mimpi ngeri buat negara ini??

                Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment