Tuesday 26 April 2016

THE PROMISED LAND :KEGEMILANGAN NAJIB SONGSANG

Bismillahhirrahmannirrahim.

         "SATU DEMI SATU BALA"
     TUHAN MENDUGA KEIMANAN??
                SIAPA BERSUBAHAT
                    SIAPA KHIANAT
Kerana nila setitek rosak susu sebelanga. Harapkan pagar tetapi pagar yang makan padi, takut takut siluncai akan terjun laut bersama labu labunya.

Semboyan telah berbunyi kalau melodinya indah sedap juga didengar tapi disebabkan semua note key nya sumbang , tergeliat telinga mendengarnya.

Begitulah alunan irama Najib dan 1MDB. Konglomerat yang diidam  setara istana perbendaharaan "korun" yang diidamkan idamkan agar dapat mengimpikan apa saja yang dihajati yang hanya bermodalkan RM1juta tetapi disebabkan "jin iblis" telah meniupkan janji manisnya dimana "harta korun" dijadikan piala idamanya maka RM50 billion terbeban diatas batu jemala rakyat.

Bukan hanya terhutang berbillion ringgit namun fee yang terpaksa ditangggung untuk mendapatkan pinjaman "perjanjian syaitan" itu juga bernilai ratusan juta dollar. Adakah fee yang dibayar itu tidak terbeban diatas kepala rakyat?

Perjanjian dengan IPIC telah temetri namun "silap mata" rahsia yang dihidangkan kepada rakyat terbongkar juga akhirnya. Namun Syarikat "silap mata" yang didakwa telah didihantar dengan berkarung karung dana "harta korun" tidak sampai ketangan IPIC dan sehingga kehari ini Najib selaku Penasihat tidak berbunyi langsung walau sepatah.

Cerita "harta korun" ini telah mula diteropong oleh 7 negara yang terlibat dan siasatan sedang giat dijalankan . Ketakutan dan kegabraan Penasihat mula terserlah.

Berselindung atas alasan tidak pernah menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, gerombolan kaki kaki ampu dan kaki kaki kipas, sekonyong konyong menghalalkan ketua mereka walaupun mereka menyedari bahawa RM50 Billion hutang telah terhimpun.

Ahli Kabinet , Ahli Parlimen, wakil Rakyat (Adun) serta Ketua Bahagian dan AJK Bahagian samaada UMNO mahupun Ahli Barisan Nasional, semuanya perlu bertanggung diatas diatas kenazakan syarikat 1MDB kerana sehingga kini mereka masih "bisu" terhadap kes 1MDB.

Walau satu dunia mengumpat mereka setiap hari didada dada akhbar mereka namun tiada penafian telah dibuat melainkan mengatakan berita itu semuanya fitnah dengan alasan cubaan untuk mengulingkan kerajaan dan menjatuhkan Najib.

Dengan berita kegagalan IPIC /1MDB menyempurnakan "aku janji" terhadap fee USD50 juta terhadap Bon Jaminan yang sepatutnya dilunaskan pada tarikhnya iaitu hari Isnin, maka, kedudukan mata wang dan sentimen pasaran saham mula terjejas.

Walaupun Kerajaan Najib mengata semuanya ok dan terkawal dan tidak perlu dibimbangi, tetapi pada hakikatnya apa yang digambarkan itu sebenarnya bukanlah hakikat sebenar.

Gambaran kebenaran akan terpapar sedikit masa lagi...

              Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment