Saturday, 10 August 2024

THE PROMISED LAND : ANWAR ADA 60 HARI.

 Bismillahirahmannirrahim.

Allahahuakbar, setelah sekian lama blog ini sunyi sepi baru hari ini tergerak untuk menulis. Alhamdullilah.

Memandangkan situasi negata Dan dunia sedang  tidak menentu, rasa nya amat sesuai.untuk meluahkan.apa.yang tersirat dan.yang tersurst didalam hati nurani ini.

Saya menjangkakan bahawa usia Kerajaan yang memeintah ketika ini tidak akan bertahan lama. Paling lama pun 90 hari.

Ketidaktentuan Hala tuju Kerajaan disertakan kegelisahan Rakyat serta.suhu panas Ahli Politik, membuatkan keadaan dalam negara tidak tentu arah.

Ketidak mampuan Kerajaan dalam meredakan hati Rakyat tentang kos Sara hidup yang meningkat peningkatan kos minyak diesel, peningkatan kos kos lain seperti letrik, air , serta cukai baru yang diperkenankan Kerajaan membuatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kemampuan Kerajaan dalam meringankan rakyat terbawah terutama M40 Dan B40.

Segala janji manis yang ditaburkan sewaktu sebelum menjadi Kerajaan langsung tidak ditunaikan malahan dikesampingkan.

Bermacam macam rungutan, rakyat dari golongan atas hingga kebawah semuanya terkesan dengan kegelojohan Kerajaan sekarang . Bermacam macam akta dikenakan terhadap mereka yang lantang bersuara terhadap Kerajaan.

Cukup.cukup lah. ..kebebalan Kerajaan ini.

Inshallah, sekiranya  perang meletus di Timur Tengah dalam masa terdekat ini, inshallah dalam masa 60 hari, semuanya perkara  bakal berubah dan semuanya bakal di"reset" .

Semua yang diyakini sebelum ini semuanya bakal berubah.. jadi bersedialah untuk menghadapi kenyatan yang baru. 

Siapa faham ...baik

Siapa Tak faham..carilah..

Allahahuakbar.

Cahaya Al Majid.

Thursday, 10 August 2023

THE PROMISED LAND: PERJALANAN KEPARAS RM5.00

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalah jadi abu menang jadi arang, itu lah pepatah Melayu yang sedang mengulit langit dibumi pusaka orang Melayu ketika ini.

Orang Melayu berantakan sesama sendiri demi kuasa. Apa yang dilakukan puak puak ini adalah demi menyelamatkan diri masing masing dari ancaman tergolong sebagai kluster mahkamah.

Asal.usul mereka adalah dari perut UMNO.  Samaada Mahathir, Mahiaddin mahupun Anwar Ibrahim semuanya berbintikan UMNO.

Namun demi kuasa, mereka sanggup menggadaikan.prinsip diri kepada kaum minoriti yang bukan Melayu demi kelangsungan politik dalam mencapai klimax nafsu masing masing.

Katahuilah bahawa sesiapa saja yang bakal memenangi PRN 6 buah ini, ianya tidak akan merubah nasib dan masa depan bangsa Melayu itu sendiri .

Yang tetap dapat meneafaat dan laba lebih akibat dari kecelaruan politik orang Melayu ini adalah orang bukan Melayu terutama bangsa Cina dan India.

Sifat dua.bangsa ini adalah makan kiri dan kanan. Apa pun keputusan dari PRN.ini mereka tetapi akan untung tetapi kerugian tetapi kepada Bangsa Melayu.

Apa.yang nyata selepas keputusan PRU 15 lalu, tidak banyak perubahan dilàkukan olih kerajaan pemerintah. Tetapi apa yang pasti nilai.matawang negara merudum setiap hari. Kini matawang negara semakim melemah dan berada pada 4.50 - 4.65 berbanding 1USD.

Tetapi ada juga Ahli Parliamen Kerajaan mengatakan ini adalah sesuatu yang positif atau baik.buat negara. Hahahah 🤣🤣🤣.adalah ini lawak terhebat kurun ini?

Apa yang terlihat kini ,tiada.satupun watak yang berada dipersada kuasa dapat memulihkan ekonomi negara yang  sedang"sakit tenat' ketika ini.

Waima Mahathir mahupun Mahiaddin dan Ismail Sabri, kesemuanya.gagal mencari kekunci mahupun 'lampu Aladdin'.ketika berkuasa untuk.mencorak dan merancak kembali kegemilangan ekonomi negara. Semuanya gagal.

Kini Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga dilihat terkial.kial.dalam mentadbir negara. Yang paling sedih,.Anwar Ibrahim telah menjadikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan PM. Ini adalah  kesilapan terbesar Anwar Ibrahim.

Yakinlah ..pemilihan Zahid Hamidi adalah semata mata demi.kelansungan nyawa politik Anwar Ibrahim dalam pakatan Kerajaan  Anwar Ibrahim dan bukan untuk pemulihan ekonomi negara. 

Yang sedih buat Bangsa Melayu,.kedai dua watak ini , iaitu Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi tidak mempunyai pengalaman langsung dalam mentadbir Kerajaan negeri. Itulah ketempangan terbesar Kerajaan Madani ketika.ini.

Anwar Ibrahim tidak mempunyai banyak masa lagi sekiranya mahu bertahan sehingga habis penggal PRU 15.

Suka atau tidak suka Anwar Ibrahim perlu menggantikan Timbalan Perdana Menterinya selepas PRN 6 buah negeri ini.

Pertama ,Mat Hassan adalah calon terbaik untuk menggantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana Mat Hassan berpengalaman luas dalam mengurus pentadbiran negeri iaitu Negeri Sembilan.

Keduanya.Najib perlu dilepaskan segera agar dapat membantu negara dalam merencanakan dan mengerakkan semula pengekonomian yang tertangguh.

Apa.yang pasti.. sekiranya tiada perubahan dilàkukan selepas PRN ini, nilai matawang bakal mencecah RM5.00.berbanding 1USD dan bursa saham juga pasti merudum sekali lagi keparas 1200 mata dalam masa 60 hari.

Kecelakaan dan.bencana ekonomi bakal melanda.

Cahaya Al Majid.






Saturday, 22 April 2023

THE PROMISED LAND : BULAN BULAN BENCANA BAKAL MENDATANG!

Terlebih dahulu diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri . kepada semua pelawat Blog ini. Walaupun telah lama tidak membuat sebarang update namun dari post yang terakhir ternyata kini umat melayu sedang berantakan merebut kuasa.

Telah dijelaskan semuanya dan kini frasa tersebut sedang berjalan mengikut scriptnya.

Alhamdullilah.

Kini umat dunia sedang melalui proses pemilehan , siapa patut hidup.dan siapa perlu mati. 

Namun kini perancang utama sedang giat melakukan olahan terhadap bangsa didunia. Bangsa mana yang lebih di utamakan dan Agama mana yang lebih terkehadapan yang perlu dinyahkan dan dimalukan.

Bangsa Yahudi yang tidak habis habis berdendam terhadap umat Islam kini semakin rakus sifatnya tetapi disebabkan Amerika semakin hilang fokus dan mereka mula hilang cengkaman.

Kini kisah dunia tertumpu pada peperangan diantara Russia dengan Ukrain dimana Amerika adalah pendukong utamanya.  Namun sekutu Amerika iaitu negara negara Barat seperti United Kingdom, Jerman, Perancis serta beberapa lagi negara sekutu tidak secara terangan menyebelahi Ukraine.

Diburukkan lagi kini, ekonomi dunia berada pada kedudukan tidak stabil atau ekonomi tengah merudum. Bukan saja negara maju yang terkesan malahan negara membangun juga terkesan semuanya.akibat kesana Covid 19 yang direncanakan.

Pencetus Covid 19 menyangkakan.bahawa ekonomi mereka tidak akan terkesan tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Rantaian dari suntikan yang diberikan kepada penduduk dunia, kini, hampir pasti kebanyakkan manusia yang telah disuntik samada dua kali atau tiga kali, kebanyakkan mereka kini terdedah kepada berbagai penyakit terutama kegagalan jantung mahupun kegagalan diri melawan penyakit yang melibatkan paru paru. 

Kejayaan mereka menyuntik penduduk dunia dengan suntikan Covid 19, menyebabkab kebanyakkan negara dilanda kemeruduman ekonomi..itulah yang terjadi kini.

Bersedialah wahai penduduk dunia, kesan sampingan dari suntikan dua atau 3 kali Covid 19 bakal dilihat implikasinya selewat lewatnya August atau sebelum akhir tahun ini. Maka wahai penduduk dunia bersedialah untuk menerima lebih banyak lagi kematian yang yang disifatkan sebagai 'kematian mengejut".

Kepada dunia "air mata darahpun tidak berguna lagi".

Cahaya Al Majid.



Sunday, 4 December 2022

THE PROMISED LAND: MAKA BERANTAKKAN LAH.UMAT MELAYU.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdullilah, walaupun sebelum sebelum ini semua.kejadian yang ditulis akan terjadi seperti semahunya tetapi kali ini ketepatan fakta yang dinukilan agak sedikit bercanggah.

Walaupun keputusan yang diterjemahkan rakyat tidak setepat seperti yang dijangkakan olih blog ini tetapi alhamdullilah sekurang kurangnya kelibat Mahathir dan anaknya Mukhris telah dikebumikan diParlimen masing masing olih anak tempatan seperti yang dituliskan sebelum PRU berlangsung.

Tetapi alhamdullilah juga , doa agar CUACA baik dan diizinka untuk tidak berlaku hujan extreme dan banjir juga diizinkan Allah SWT. Alhamdullilah.

Manusia merancang dan Allah SWT juga merancang  namun hanya perancangan Allah SWT juga yang mengatasi segalanya.

Apa yang berlaku.dinegara ini semuanya bersebab.

Allah SWT Maha Adil dan Maha Saksama timbanganNya.

Seawal PRU 14 , Mahathir yang berpatah arang dengan UMNO,.telah mengerakkan seluruh jenteranya yang ketika itu beliau menyandarkan strategy kepada Pakatan Harapan yang digagaskan melalui Parti Bersatu atau PPBM yang ditubuhkan telah berjaya menyatukan musuh UMNO.

Walaupun Lim.Kit Siang dan Anwar Ibrahim merupakan musuh tradisi peribadi Mahathir namun Mahathir sanggup menjilat ludahnya sendiri demi dendam kesumatnya, terutama terhadap Najib dan seluruh keanggotaan dalam UMNO.

Mahiaddin Yassin adalah diantara Panglima Perang Mahathir ketika itu dan skandal 1MDB dijadikan "bahan kempen', demi menjatuhkan Najib dan UMNO. 

Semua itu telah menjadi sejarah dan itulah punca kejatuhan empayar Melayu.

Hadith banyak mengatakan bahawa pada prasa akhir zaman ini,.ulama ulama arus perdana merupakan ulama ulama yang jahat  dan menyesatkan. Menjual agama demi kelangsungan kepentingan peribadi dan kumpulan adalah permainan mereka.

Ulama ulama.yang suka membuat fatwa mengikut nafsu bertebaran dibumi Meem ini..Mengkafirkan sesama.Islam amat ringan dilafaskan olih lidah mereka . Namun ramai yang  terpesona dengan penampilan dan susum atur kata kata mereka. Itulah yang kita saksikam sekarang ini.

Berbalik kepada isu negara, ternyata perancangan perancangan yang dilakukan olih manusia demi mecapai kehendak dan nafsu sendiri telah dimakbulkan Allah SWT untuk mecapai kejayaan namun kuasa yang dirasakan dapat dipeluk rupa rupanya tidak terjangkau olih tangan mereka.

Kini mereka memerlukan tangan musuh yang saban hari didifnah, dicerca dan digelar dengan bermacam macam perumpamaan, musuh ini jugalah yang didambakqn untuk memenuhi nafsu serakah mereka.

Allahhuakbar.

Kini mereka memerlukan "nyawa" dari musuh mereka untuk memeluk kuasa. Adakah ini akan diizinkan?

Musuh dalam selimut ,pemfitnah dan pembohong bermaharajalela dizaman.'fitnah' ini dan .habuan wang ringgit adalah pertaruhah.jual diri'. 

Wang ringgit,harta dunia dan kuasa adalah penentu bagi.kaum.ini. Tiada satu.kuasapun didunia  ini dapat menghalang melainkan mereka yang tunduk hatinya kepada Yang Maha Esa yang nampak masa depan.

Dikala kerancakkan fitnah memfitnah, caci mencaci dan Hina menghina, akan muncul satu "sosok" yang bakal mengegarkan sekalian alam, inshaallah, prasa itu dalam perjalanan MENUJU destinasi yang ditetapkan.

Dalam situasi.kacau bilau politik, ekonomi dan kemudaratan kemaslahatan umat,yang dijangka pasti terjadi.. masak dah masak, ranum dan semakin ranum hanya menunggu dipetik saja.

Allahhuakbar.

Maka bersedialah...

Cahaya Al Majid.











Monday, 14 November 2022

THE PROMISED LAND : SIAPA YANG SABOTAGE KEMAKMURAN NEGARA?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sebelum PRU 14, Mahathir dan gerombolan nya, yang terdiri dari Mahiaddin dan Mukhtiz serta beberapa kerat lagi termasuk Shafei Afdal telah melacarkan"gerakan sabotage" terhadap kemakmuran negara melalui "kisah kisah"pencurian Dana yang dikenali sebagai IMDB. 

Dan ketika itu Anwar Ibrahim masih lagi menghuni SG Buluh dalam melayari saki Baki tempoh pemenjaraan yang dihadapi.

Ketika itu Mahathir berserta gerombolannya sanggup "melutut" dihadapan DAP serta merayu kepada PKR agar semua parti pembangkang Bersatu hati dalam menjatuhkan Kerajaan yang dipimpin olih BN atau UMNO.

Tanpa rasa segan atau malu Mahathir Dan gerombolannya telah bersetia terutama terhadap DAP, yang satu ketika dahulu merupakan musuh utama beliau namun disebabkan 'demi masa depan anak anak dan menantu serta  kroninya yang telah mula tergugat kerana telah dicantas beberapa projek mega keatas mereka,maka, Mahathir memulakan  langkah untuk menjatuhkan Najib dan UMNO khasnya walaupun dengan cara apa sekali pun.

Itulah yang berlaku.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, itulah yang  terhampar didepan kaki DAP dan PKR serta beberapa kerat Ahli PAS yang telah tersingkir dan yang menubuhkan PAN, ketika  peluang terbesar dihidangkan olih Mahathir untuk mereka maka bermulaah episode "bujur lalu melintang  patah dan peluang menjadi Kerajaan diguna sebaik mungkin walaupun terpaksa menelan maruah terutama Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Pengkhianatan terbesar yang dilakukan terhadap Kerajaan Malaysia yang dinaungi olih Yang Di Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu adalah dengan mengatakan bahawa "hutang negara memcecah 1 Trillion" dan menuduh Najib sebagai pencuri mahupun perompak kerana 1MDB. 

Mahathir dan gerombolan dari PKR dan DAP tidak secara langsung telah mensabotaj ekonomi negara secara sedar walaupun mereka menyedari bahawa itu adalah FITNAH.

Dengan menjanjikan manifesto "bulan jatuh keriba" kepada rakyat serta data data yang dibekalkan olih Rafizi Ramli, maka, akhirnya, rakyat termakan fitnah dan akhirnya BN dan UMNO.hilang banyak Kerusi Parlimen dan pemerintahan negara bertukar tangan.

Tanpa menghiraukan ketetapan yang diguna pakai Kerajaan, Mahathir dengan rela hati menyembahkan pengampunan Di Raja kepada YDPA untuk Anwar Ibrahim. Tidak cukup dengan itu, Mahathir dengan sesuka.hati  telah melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara walaupun semua.tahu bahawa Tommy Thomas merupakan Peguambela kepada Lim Guan Eng mahupun Peguam Kepada musuh rakyat Malaysia iaitu Chin Peng tetapi Mahathir tetap menutup matanya dan yang paling utama bagi Mahathir dan Gerombolan Pakatan Harapan, dendam terhadap Najib dan UMNO akan terbalas.

Tidak cukup dengan itu, tanpa merujuk kepada JAC, , Mahathir dengan rela hati melantik Richard Melanjun sebagai Ketua Hakim Negara atas rekomen Tommy Thomas. Lepas satu satu tiang negara yang dibina atas dasar Perlembagaan Negara diruntuhkan, Mahathir melantik orang yang bukan dari jalur penjawat Awam, untuk menduduki Kerusi Persuruhjaya SPRM iaiatu Ahli Kerja Tertinggi PKR iaitu Lateefa Koya  dan Hamid Bador yang telah 2 tahun pencen sebagai Polis, diangkat sebagai Ketua Polis  Negara.

Cukup cukuplah...

Setelah 22 bulan Mahathir menerajui Kerajaan Pakatan Harapan, akhirnya semua yang dijanjikan kepada rakyat melalui memifesto yang didendang, semuanya tidak dapat ditunaikan melainkan GST saja yang dihapuskan.

Apa yang ditinggalkan olih Mahathir Dan kelompok gerombolannya hanyalah hutang yang  bertimbun timbun dan pencukupan hutang keparas RM1 Trillion telah disempurnakan olih Pakatan Harapan dan bukanlah Barisan Nasional atau UMNO atau Najib seperti yang dijaja pada PRU 14 dahulu.

Kini rakyat perlu bangkit dan berikan kemenangan  dan mandat besar kepada BN dan UMNO agar Mahathir dan kelompok Pakatan Harapan yang  telah mensabotaj Ekonomi negara dapat diheret ke Mahkamah kerana betsengkokol dalam menjahanamkan Ekonomi dan menjerat hutang terhadap negara.

Membiarkan petualang negara dari terus merosakkan adalah lebih baik untuk mereka ini dihadapkan kemuka pengadilan agar pengkhianatan yang merosakkan Sistem negara  tidak berulang lagi.

Cahaya Al Majid.





Saturday, 5 November 2022

THE PROMISED LAND:TERPALIT DAN DIPALIT

Bismillahhirrahmannirrahim.

BUMI MEEM NAIK KESATU LAVEL LAIN MENUJU PRASA AKHIR ZAMAN BERSAMA WATAK YANG DINANTI



Kaum Cina dan India bakal memilieh keuntungan.ekonomi berbanding kepentingan politik seperti yang dinikmati selama 61 tahun dizaman BN. 

Alhamdullilah, hari ini temetri sudah calon calon yang bakal kecundang dan yang bakal mengakhiri zaman politik masing masing.

Watak watak yang selama.ini mengeruhkan telaga dibumi Tahah Melayu serta yang merosakkan keutuhan institusi Raja Melayu,dan bangsa Melayu, alhamdullilah, bakal kecundang berserta aib yang tidak akan tertebus olih masa.

Di Perlis, inshaallah, kedua dua watak yang khianat perjuangan iaitu Shahidan dan Zahidi Zainol bakal tumbang dan inshallah ketiga tiga Parlimen di Perlis, pasti disapu bersih olih wakil UMNO.

Manakala diKedah, nama.besar seperti Mahathir serta anaknya Mukhtiz bakal lenyap..dan dua watak ini bakal dikebumikan sendiri olih anak anak tempatan.

BN dan UMNO bakal menang besar di Kedah.

Sementara di Perak, Anwar Ibrahim akan hilang tempat di Parlimen dan sekali gus akan melenyapkan cita cita beliau untuk jawatan Perdana Menteri. Perak bakal menaikkan kembali maruah orang Melayu melalui Ahli Parlimen UMNO.

Di Selangor seperti yang saya nyata sebelum ini kedudukan UMNO dan BN mendahului Parti Parti lain.  Buat pertama kalinya Azmin hilang Kerusi diGombak.

Sementara Isham Jalil bakal mewakili Shah Alam sebagai wakilnya di Parlimen pada penggal PRU 15 ini dan Rina Harun yang berpindah Kerusi dan bertanding di Sepang juga ditolak.olih orang tempatan.

Seperti juga Zuraida beliau juga bakal menjadi mangsa di Parlimen. Buat sekian lamanya Parlimen.ini bakal diambil olih MCA kali ini. 

Inshallah buat sekalian lamanya, BN dan UMNO menguasai lebih dari setengah Kerusi Parlimen di Selangor.

Cukup untuk setakat ini, dan seperti yang dikata Mahiaddin bakal dimangsakan olih Razali Ibrahim sementara Mazlee Malik juga juga kecundang

Satu lagi figura yang dilaung laung yang akan  hilang Kerusi adalah Syed Sadik. 

Bersatu atau PN kehilangan semua Kerusi Parlimen di Johor dan kebanyakkan Kerusi Parlimen pembangkang akan dimonopoli olih DAP dan Kerusi yang bakal dimenangi tidak lebih dari 1/4 keseluruhan dari Kerusi yang  dipertandingkan.


Kalau pada PRU 14 dahulu sentiment yang dinyanyikan Mahathir berserta seluruh koir Pakatan Harapan adalah senada dan seirama tetapi pada kali ini rakyat sudah sedar diri yang tertipu dengan janji manis.

Keserlahan kegagalan  pimpinan Mahathir selama 22 bulan dan disambung pula selama 17 olih Mahiaddin, menjadikan Kerajaan yang menaungi PRU 14 dahulu dikenali sebagai Kerajaan kegagalan yang membuatkan seluruh rakyat termasuk India dan Cina menolak Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional.

Cina dan India tidak lagi mahu memperjudikan masa depan Kewangan dan kekukuhan ekonomi mereka dengan memperjudikan masa depan kepada PH mahupun PN.

U-turn dari kaum Cina dan India banyak menyumbang akan kemenangan BN dan UMNO kali ini.

Nasib yang serupa.juga bakal diterima olih PH dan PN di Melaka mahupun N. Sembilan. Omongan kosong Rafizi yang mengatakan dapatan dari Invoke adalah sebaliknya, semuanya bertujuan untuk memujuk hati beliau sendiri yang telah merasa kekalahan yang telah berada dalam.tangan.

Dan buat pertama kalinya nasib tidak menyebelahi Wan Azizah dan Anwar Ibrahim yang bertukar Kerusi . Keduanya bakal direhatkan olih Bumi Meem demi kemaslahatan umat Melayu dan Bangsa Meem untuk diangkat keprasa yang lain..

Inshallah calon PAS original akan menang tidak lebih dari 10 Kerusi Parlimen manakala calon Bersatu yang menumpang kelebihan PAS yang memakai label PN bakal hilang tempat di Parlimen.

Alhamdullilah.

Cahaya Al Majid.







.

Tuesday, 1 November 2022

THE PROMISED LAND: PN PENYELAMAT NEGARA? DAN BUKAN. PENGKHIANAT RAKYAT?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Adakah Perikataan Nasional merupakan penyelamat negara atau sebenarnya merupakan pengkhianat rakyat?

Sebenarnya bila timbulnya Perikataan Nasional.ni? Adakah kelompok ini ditubuhkan semasa wujudnya Kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah selama 22 bulan tu? 

Tak dengar sikit pun.. walaupun sebelum runtuhnya "mahligai DAP yang berimamkan Mahathir ' ketika itu? setahu rakyat yang wujud hanyalah Kerajaan Pakatan Harapan yang ketika memenangi PRU 14 tersebut dengan menggunakan logo PKR? 

Atau rakyat yang buta mata tak nampak logo apa yang digunapakai ketika mengundi PRU 14?

Setahu rakyat gerakan Sheraton dilakukan ketikamana DAP dan PKR asik bertubi tubi menekan Mahathir agar jawatan PM yang disandangnya diserahkan kepada Anwar Ibrahim seperti yang didakwa dan telah dijanjikan hanya selepas 2 tahun Mahathir menduduki Kerusi empuk PM tersebut.

Hanya melalui Langkah Sheraton,maka, yang diketahui rakyat, hanya beberapa orang Ahli Parlimen yang bernaung dibawah Pakatan Harapan telah meninggalkan Kem Pakatan Harapan lalu membentuk Pakatan yang terdiri dari Ahli Ahli Parlimen yang "lompat parti" lalu bergabung dengan Ahli Parlimen UMNO dan PAS dalam membentuk Kerajaan campuran. Dan ketika ini juga Perikatam Nasional pun belum ujud lagi.

Jadi bila pulak Kerajaan Perikatan Nasional ini dapat mandat terus  dari rakyat untuk mentadbir negara? Ada.ke???

Mahiaddin menjual airliur dengan mengatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional adalah penyelamat negara.

Dia menyelamatkan dari apa? Satu negara Mahiaddin lock down negara ini, darurat diistiharkan dan Parlimen pun digantung.  Adakah itu menyelamat namanya?

Seluruh negata kucar kacir dibuatnya dengan arahan arahan yang tidak diendorse olih Parlimen.. diburukkan lagi dengan membelanjakan RM600.billion duit rakyat tanpa melalui Parlimen. Adakah perbelanjaan itu telah diaudit mahupun diluluskan Parlimen..

Ooh 😮😮😮 dengan alasan darurat maka perbelanjaan begitu besar tidak perlu mendapat kelulusan dari Parlimen?

Apa dan kemana duit sebanyak itu telah disalurkan?

Tetapi yang sohih...rakyat terkurung, perniagaan ditutup, peniaga kecil hilang pendapatan, kilang bukan essential terpaksa ditutup dan pergerakan rakyat dibataskan dengan alasan Covid 19.

Akibatnya.bila rakyat telah hilang punca pendapatan..maka..pengibaran bendera putih berkibaran disana sini.  Tidak cukup dengan itu, kes bunuh diri meningkat seperti gantung diri , terjun jambatan mahupun terjun bangunan sudah semakin ramai. 

Adakah itu tanda besar kekayaan Perikataan Nasional dalam mengurus dan mentadbir negara?apabila ramai rakyat hilang keyakinan? 

Semua.ini berlaku kerana Kerajaan yang berkuasa adalah sebuah Kerajaan Gagal. Kalau tidak gagal masakan Kerajaan Perikataan Nasional yang didakwa hebat' ini hanya bertahan 17 bulan saja manakala penggal PRU 14 masuh lagi berbaki 2 tahun. 

Adakah 17 bulan itu didabik dada dengan mengatakan bahawa itu merupakan tempoh kejayaan bagi Mahiaddin mahupun Perikatan Nasional.

Kalau 17 bulan itu adalah kejayaan Mahiaddin dan Perikataan Nasional, kenapa Mahiaddin terpaksa melepas jawatan? dan memohon nyawa untuk terus berkuasa dari Pakatan Harapan dengan seribu janji janji?

Sebenarnya tiada istilah "menyelamatkan negara" disini melainkan yang ada hanya 'balas dendam" untuk menyelamatkan diri.

Yang ada dan yang dapat dirasakan rakyat hanyalah PENGKHIANATAN dan.bukan penyelamatan.

Cahaya Al Majid.