Saturday, 4 June 2022

THE PROMISED LAND: DALAM UMNO SIAPAKAH TROJAN HORSE 🐎🐎 BERSATU???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Bercemperanya politik Malaysia bukanlah kerana kuatnya pembangkang mahupun Mahathir tetapi kerana Perdana Menterinya bukan dari pilihan UMNO. 

Itulah masaalah yang didepani Malaysia sekarang. 

Bukan saja masaalah ekonomi yang dildepani malahan penarikan diri pelabur luar juga masih berlaku tetapi yang sedihnya matawang turut menjunam dibawah kepimpinan tiga PM terakhir iaitu Mahathir, Mahiaddin dan Ismai Sabri.

Waktu Ismail Sabri dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri, iaitu ketika Mahiaddin sedang gahat diasak agar melepaskan jawatan PMnya, ketika itulah Mahiaddin telah menamakan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan tujuan untuk "mengurangkan asakan" dari pemimpin UMNO waktu itu.

Dan ketika Ismail Sabri serta kluster Menteri UMNO gagal menuruti kehendak Parti dari menarik sokongan terhadap Kerajaan Pilihan Ahli Parliament yang berperdana Menteri Mahiaddin, maka, ketika itulah detik permulaan UMNO terbelah dua.

Kini terserlah sudah "wajah wajah' Menteri UMNO yang tidak "bermakmumkan" kepada UMNO.

Segala janji setia terhadap parti dilihat luput apabila mereka diangkat sebagai Menteri mahupun sebagai Timbalan Menteri. Waima Ismai Sabri juga telah hanyut pendirian apabila dilantik sebagai Perdana Menteri.

Selain Ismail Sabri  antara mereka yang tidak sealiran dengan pengorbanan kepimpinan tertinggi  UMNO, adalah,Annuar Musa, KJ, Mahadzir Khalid, Shahidan, Tajuddin Rahman serta Nazri Aziz .Mereka mereka ini dicop sebagai 'sesat" dalam perjalanan UMNO untuk mengapai kejayaan pada PRU15. 

Dan mereka ini diibaratkan seperti "Trojan horse 🐎🐎 kepada musuh UMNO terutama PPBM mahupun PH ketika ini.

Kepimpinan UMNO perlu sedar bahawa keberadaan "mangkuk hayun",ini sedang merobohkan kubu UMNO dari dalam.  Kalau sekiranya tiada apa dilakukan untuk melupuskan "mangkuk hayun ' ini, kemudharatan lebih besar bakal berlaku kepada UMNO.

Yakinlah Ismail Sabri and the Geng yang sedang kemaruk kuasa sekarang ini, bakal menjunamkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pemimpin utama dalam Barisan Nasional dan UMNO untuk kembali dominant dalam Kerajaan.

Istilah kerana telah selesa bersama pemimpin Bersatu dan PAS, telah menghanyutkan hati Kluster Menteri UMNO ketika ini dan dapat dilihat seolah olah mereka ini sedang berusaha untuk mengekalkan Kerajaan yang ada ketika ini agar dapat terus berkuasa.

Strategy mereka adalah untuk BN dan UMNO untuk terus menang beberapa kerusi Parlimen saja dalam PRU15 ini. 

Kini "alur" itu dilihat sebagai ajenda agar mereka terus dapat membentuk Kerajaan campuran bersama Bersatu dan PAS dan melalui ketentuan Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan selepas PRU 15 dapat diteruskan.

Ketidaktegasan President UMNO.dan Timbalan President serta Ahli MKT dalam menangani "masaalah peribadi" kluster Menteri termasuk Ismail Sabri yang sedang menyimpang dari jajaran dan kehendak UMNO sedang ditonjolkan.

Kini mereka tidak lagi "menghormati suara Ahli Akar umbi" yang berkemundang ketika PAU baru baru ini. 

Ini menyebabkan "mangkuk hayun" ini mula besar kepala dan tidak menghormati perlembagaan parti dan sering mengeluarkan statement yang bercanggah dengan kemahuan parti.

Menafikan kehendak akar umbi agar diadakan PRU 15 sekarang dijadikan "alasan" sebagai "Parti belum bersedia." seperti yang diucapkan olih puak puak ini termasuk Ismail Sabri.

Walauapapun alasan yang ingin disajikan olih Ismail Sabri and The Gang kepada Ahli UMNO, inshaallah, dengan "aturan' yang dilihat, tanpa rela dari pihak Ismail Sabri dan The Geng, "pembubaran Parlimen " tetap akan berlaku selewat lewatnya selepas Raya Haji.

Masa dan situasi bakal menyebelahi "blok' bukan Menteri dari UMNO.

Inshaallah kerana kedegilan puak puak Ismail Sabri berserta kelompok kelompok UMNO yang sewaktunya', akhirnya, kehendak "bumi meem" ini, Mohammad Bin Hasan bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada PRU15 ini.

Inshallah, semuanya pasti terjadi.

Alhamdullilah.

Cahaya Al Majid 






Wednesday, 30 March 2022

THE PROMISED LAND : ADAKAH RAKYAT PUAS HATI SEBAB GENG PAKATAN BERJAYA TAMBAH HUTANG RM614 BILLION DLM MASA 40 BULAN BERBANDING 61 TAHUN BN?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdullilah.. nampaknya kepimpinan Pakatan Harapan diterajui PPBM atau Bersatu Mahathir selama 22 bulan dan 17 bulan dibawah lambang Bersatu juga yang dikemudi Mahiaddin telah berjaya mengangkat hutang negara keparas RM1.3 Trillion.

Syabas!!! "Atok" dan  tahniah  "Abah Kau".

Kedua dua watak  yang berperanan sebagai Perdana Menteri ini telah berjaya mengumpul lebih kurang RM614 billion hutang dalam jangka masa 39.bulan saja. 

Ini merupakan pencapaian terbaik mengalahkan 61 tahun Kerajaan BN memerintah. 

Syabas..team.Pakatan Harapan yang dibarisi olih :-

PPBM @ Bersatu .. tahniah buat Mahathir yang dibantu Mahiaddin sebagai Timbalan PPBM.

PKR ..tahniah buat Anwar Ibrahim yang mendengar dan menurut kata 'pakar strategy"yang " mempunyai "formula ajaib' iaitu  Rafizi Ramli serta gerombolannya. Idea Rafizi untuk menggantikan GST dengan SST nampaknya berjaya melompongkan pendapatan tetap negara..tahniah Rafizi.

Kerana kelompongan pendapatan dari GST telah menyebabkan Kerajaan PH pimpinan Mahathir terpaksa meminjam Wang samaada dari dalam negara mahupun dari luar negara dan dalam waktu yang sama harta berharga milik negara mula dijual semahunya termasuklah harta Tabung Haji.

DAP.. tahniah buat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kerana sanggup " menjilat Mahathir ' demi kelangsungan kuasa buat keluarga sendiri yang akhirnya DAP juga menjadi penyumbang aktif dalam melaksanakan ajenda Mahathir dalam menjatuhkan Najib dan BN dengan harga paling mahal dalam sejarah iaitu RM 614.billion.  

Kredit juga harus dipanjangkan kepada Tony Pua kerana menjadi Penasihat terhebat dalam pelupusan harta dan peningkatan hutang kerana menjadi penasihat terhebat Lim Guan Eng  alaf ini.

PAN atau Amanah..sekalung tahniah.juga.buat Mat Sabu dan Saf kepimpinanya yang juga menjadi penyumbang kepada pertambahan hutang negara dari RM686 billion dibawah BN kepada RM 1.3 Trillion dibawah Geng Kerajaan Pakatan Harapan yang berlaku dalam tempoh 39 bulan saja 

Hebat, hebat hebat...

Kepada rakyat jangan lupa berterima kasih kepada Geng Pakatan Harapan terutama :-

Mahathir, Mahiaddin dan kepimpinan Bersatu atau PPBM nya,

 Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan seluruh kepimpinan DAP,

Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Rafizi dan seluruh kelompok PKR serta  

Mat Sabu dan Geng Labu Labinya dalam Amanah.

Terima kasih !!!! Kerana anda semua yang telah menyumbang secara aktif kepada bertambahnya hutang negara keparas tertinggi iaitu Rm1,300,000,000,000.

Hanya kerana marahkan Najib yang dituduh buat hutang RM50 billion dalam 1 MDB ..yang akhirnya hutang 1 MDB hanya  setakat RM31 billion saja,.

Adakah berbaloi negara dibebankan dengan penambahan hutang sebanyak RM614.billion dalam tempoh 39 bulan semata mata hendak memuaskan hati Geng Pakatan Harapan terutama mereka mereka yang disebutkan diatas???

Cahaya Al Majid.









Monday, 21 March 2022

THE PROMISED LAND: SIAPA PALING KECUT DENGAN MOU? ISMAIL SABRI KAH ATAU PH KAH?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sejak kebelakangan ini kecoh isu MOU yang telah ditandatangani diantara Ismail Sabri yang mewakili Keluarga Malaysianya dengan Geng Pakatan Harapan yang diterajui olih Anwar Ibrahim dengan sekutu rapatnya iaitu DAP.

Setiap hari kita dihidangkan dengan gimik untuk 'membatalkan MOU" olih DAP terhadap Ismail Sabri tetapi disebelah pihak Anwar Ibrahim mewakili PKR mahupun Mat Sabu disebelah Amanah, langsung tidak berbunyi.

Hahahah 🤣🤣🤣.

Lim.Guan Eng Cuba menggunakan isu "MOU" untuk menekan Ismail Sabri seolah olah dengan ketiadaan "persefahaman" ini maka Kerajaan Ismail Sabri bolih tumbang, kerana tiada sokongan dari puak pembangkang.

Mimpi kot Lim Guan Eng atau DAP.ni..

Sebenarnya tiada apa pun yang perlu digusarkan olih pihak Kerajaan sekiranya Geng Pakatan Harapan tidak menyokong usul Kerajaan.

Tiada keraguan langsung.  Kerajaan Ismail Sabri sememangnya ada majoriti mudah di Parlimen untuk meluluskan apa apa rang undang undang mahupun perbekalan. Maka tiada perlupun undi pembangkang tu.

Yang cuba dilindungi pembangkang sebenarnya adalah "peruntukan untuk kawasan Parlimen" dimana kini semua kawasan Parlimen telah diberikan peruntukan sama rata dari Kerajaan Ismail Sabri.

Ketakutan Pakatan Harapan adalah sekiranya "Parlimen dibubarkan" maka terhentilah peruntukan tersebut dan tidak dapatlah  mereka membeli jiwa jiwa pengundi untuk persiapan mereka menjelang PRU 15 nanti.

Namun sebenarnya Ismail Sabri pun mengambil kesempatan juga terhadap isu MOU ini .Ibarat kata perpatah Melayu,"sambil menyelam minum air'.S

Sebenarnya itupun yang dilakukan olih Ismail Sabri sekarang ni, menggunakan MOU.untuk menyelamatkan Jawatan PM nya juga.

Apa yang ditakuti Ismail Sabri adalah "penarikan sokongan" terhadap jawatan PM beliau samaada olih Kem Mahiaddin dari Bersatu mahupun dari Kem bukan Kluster  Menteri dari UMNO, itu saja. 

Jadi sebagai helah untuk memaniskan cerita dari Ismail Sabri ,maka 'isu MOU" dengan Pakatan Harapan lah dijadikan 'asbab" untuk terus memegang jawatan PM.

Walauapapun helah atau strategy Ismail Sabri mahu digunakan, inshallah, lepas Raya, akan meletuplah episode baru. 

Nanti kan!!!!

Bergebang gebang seruan dibuat olih perwakilan UMNO untuk Kerajaan Ismail Sabri membubarkan Parlimen, namun, melalui kelompok Kluster Menteri UMNO serta kelompok yang dapat banyak menafaat dari Ismail Sabri, maka, berbagai alasan dari Kem Kluster Menteri UMNO diberikan untuk "menunda' pembubaran seperti yang dijuangkan olih perwakilan.

Walauapapun... inshallah, apa yang dijanjikan' pasti berlaku dan inshallah, Ismail Sabri tetap menjadi Perdana Menteri pertama UMNO yang memegang jawatan PM yang paling singkat.

Cahaya Al Majid.




Tuesday, 15 March 2022

THE PROMISED LAND: "PERJALANAN" TANAH MELAYU SEMAKIN TERANG!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Pada posting 13 hb telah saya nyatakan perkataan "mendebarkan" selepas UMNO/BN berolih kemenangan pada PRN Johor.

Sesiapa yang nampak dan faham apa yang ditulis, alhamdullilah, dipanjatkan kehadrat Allah SWT.

Itulah rentetan kejadian yang dituliskan. 

Watak Menteri Besar yang dicanang.namun watak yang terlantik sebagai  MB Johor adalah watak yang tidak bersebut.

Silang kata dalam story board "perjalanan" Tanah Melayu, nampaknya semakin jelas walaupun ramai manusia yang tidak menjangkakan.

Raja yang memerintah tidak bersalah malahan MB Baru pun tidak merasai keanehanya. 

Begitu juga dengan Presiden UMNO, dia juga tidak bersalah dalam 'percaturan" perjalanan ini. Beliau hanyalah 'asbab' bagi mereka yang mengetahui.

Apa yang berlaku kini adalah rencah rencah untuk Tanah Melayu beralih keprasa yang lebih mencabar lagi  terutama Institusi Beraja.

Ingat !!! Peristiwa telah berlaku dan ICERD adalah buah caturnya. Selagi pemain caturnya ditangan orang Politik maka macam macam perkara bolih direncanakan.

Kepada parti politik mahupun terhadap Instutusi Beraja maka, bersiap sedialah untuk perubahan yang ditentukan.

Tetapi sebagai peringatan untuk jangkawaktu mendatang ini, maaflah, Negeri Johor tidak akan berjaya membaiki keadaan ekonomi nya seperti dahulu kala.

Kestabilan yang didendang olih UMNO/BN tidak akan terlakar walaupun Menteri Besar nya dari UMNO .

Walaupun tubuh badan MB nya mengalir darah dari keturunan Onn Jaafar namun rintangan dan kekangan yang bakal dihadapi beliau sangat mencabar walaupun beliau dipayungi olih Istana mahupun dari bantuan keturunan Onn Jaafar sendiri.

Beringatlah salah silah keturunan bukan ketentuan kejayaan.

Maka Johor terpaksa menempuh satu prasa paling pahit dan getir dalam sejarah Johor moden dimana jurang perbezaan antara pihak Istana dan parti politik telah berlaku.

"Kealpaan" yang disengaja kepada semua pihak adalah ketentuan yang tidak dapat dielakkan.

Inilah susur galur  'perjalanan " yang perlu dilalui olih Tanah Melayu menuju ketahun 2025.

Cahaya Al Majid.




Sunday, 13 March 2022

THE PROMISED LAND: GENG PAKATAN HARAPAN MEROYAN!!43%MENANG 40 KERUSI DUN 57% DAPAT 16 KERUSI. SIAPA PANDAI SIAPA BODOH*??

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kebodohan apakah Geng Pakatan ni!!!

Tak habis habis Geng Pakatan meroyan.

Kini Geng Pakatan mula meratip mengatakan bahawa UMNO/BN cuma menang 43 peratus undi berbanding 57 peratus yang menolak , dakwa mereka.

Adakah Geng Pakatan masih tidak bolih menerima hakikat kekalahan?

Woi!!! sedarlah!!! 

Yang dipertandingkan adalah kerusi kerusi DUN. Siapa dapat undi banyak maka dia lah yang menang. Bukanya dikira dari penjumlahan undi yang menentang sipemenang.

Apa punya tuur.... hahahahaha.

Tak habis habis meratip BN menang 43 peratus undi..

Sedar atau tidak 43 peratus itulah yang dapat menawan 40 kerusi DUN dari 56 kerusi yang dipertandingkan di PRN Johor.

Kurangnya para pengundi keluar untuk membuang.undi..dijadikan alasan. Namun semua itu adalah helah untuk memujuk hati mereka mereka yang kecewa kerana kekalahan.

Adakah UMNO/BN dapat menafaat dari kurangnya para pengundi untuk keluar mengundi? 

Tidak juga... sebab..parti UMNO/BN juga mengharapkan agar ramai pengundi keluar mengundi. Olih itu jangan jadikan.ini sebagai alasan .

Ketentuan sebelum nya adalah "UMNO/BN" menang..itu yang pasti..bukan keputusan saya tulis selepas kejadian tetapi dinyatakan sebelum kejadian!!!

Saya bukanlah orang politik mahupun pemain politik. Saya tidak kepentingan politik langsung dalam diri ini.

Saya ada lah pemain 'perjalanan'..untuk itu banyak keputusan awal PRN dapat dihidu.  Siapa yang mengikut rapat blog ini pasti terkesima dengan apa yang nyatakan .

Cukup setakat ini...

Inshaallah..

Cahaya Al Majid.

 

THE PROMISED LAND: AWAL 2025 ADALAH TAHUNNYA!!!BERSEDIALAH!!?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Seperti yang telah saya tuliskan sebelum ini bahawa UMNO dan BN akan menang selesa di PRN Johor dan begitu juga kemenangan bergaya UMNO/BN di PRN Melaka. Cuma jumlah kemenangan yang saya.tuliskan adalah 42 kerusi  DUN di Johor tetapi ketepatan sebenar adalah 40 Kerusi DUN. 

Namun kekalahan memalukan buat parti Mahathir atau Pejuang telah saya nyatakan. Hajat terlalu melangit. Bertanding 42 kerusi kesudahanya"wang deposit" pun hangus. PRN Johor adalah nokhtah kepada kerier politik Mahathir.

Begitu juga dengan DAP, mereka kehilangan beberapa kerusi DUN di Johor dan ini juga telah saya tuliskan.

PN,Amanah, PKR, Muda, Warisan serta PAS juga mengalami nasib yang sama. 

Cakap berdegar degar alih alih dapatlah kerusi saguhati iaitu PN atau Bersatu 3, PKR 1, Muda 1, PAS satu dan Amanah 1.

Apa yang saya tuliskan ternyata benar belaka. 

Seperti yang telah saya tuliskan bahawa perjalanan yang dilalui Malaysia bukanlah seperti yang tuan tuan mahukan. 

Perjalanan ini ada matlamatnya.

Berlanjutan dari kemenangan UMNO/BN di Johor, kini, akan tersingkap satu lagi lembaran atau prasa yang lebih mendebarkan.

Inshaallah, seperti yang saya tuliskan banyak kali, Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri yang paling singkat buat Malaysia.

Ketentuan ini bukanlah kehendak beliau walaupun beliau amat mengharapkan agar PRU 15 akan diadakan pada 2023. Namun, inshallah, harapan beliau hanya akan tinggal harapan yang mengharapkan.

Inshaallah, jangkahayat kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri semakin kepenghujungnya.

"Gegeran besar" politik negara bakal meletup selepas hari Raya , nantikan!!!

Pejalanan Malaysia  kedestinasi "yang dijanjikan' semakin menghampiri iaitu seawal 2025. 

Dan seperti yang saya nyatakan sebelum ini, inshaallah, Mohamed Bin Hassan bakal diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia pada PRU15 nanti.

Untuk seketika ini, peganglah apa yang diamalkan dan kuatkanlah iman. 

Prasa seterusnya agak mencabar buat Umat Islam.sehingga matangnya tahun 2024 dan tibanya tahun 2025, maka,.perkara besar bakal berlaku dinegara ini dan buat Umat Islam.

Inshaallah...

Cahaya Al Majid.




Wednesday, 9 March 2022

THE PROMISED LAND : "TAK DA MASA DAH" KATA MAHATHIR!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Tak da masa dah" kata Mahathir. 

Itu kata kata Mahathir yang dilayangkan kepada semua pengundi diJohor pada PRN Johor yang bakal diadakan  dalam beberapa hari ini.

Tujuannya tidak lain dan tidak.bukan hanyalah mahu "melekatkan stigma' dalam minda rakyat agar menolak pemimpin Pusat UMNO yang telah labelkan sendiri olih Mahathir sebagai "kluster Mahkamah". 

Pelabelan.ini sekarang telah diguna pakai olih seluruh kepimpinan pihak yang melawan UMNO.

Sedar atau tidak, kluster Mahkamah yang didendang olih Mahathir ini tiada seorang pun dari mereka ini akan bertanding pada PRN Johor.

Bolih ke ADUN BN/ ADUN UMNO yang menang nanti bolih merubah keputusan Mahkamah atau keputusan Hakim terhadap kluster Mahkamah ini?

Kini Ismail Sabri yang berjawatan Perdana Menteri pun tidak mampu merubah keputusan bersalah terhadap Najib dan merubah keputusan pendakwaan terhadap Presiden UMNO. 

Olih itu bagaimana.mungkin secara logik akal bahawa keputusan Mahkamah bolih dipengaruhi olih Pemimpin UMNO yang berjawatan didalam Kerajaan?

Kini hanya tinggal beberapa hari saja untuk pengundian bagi memileh Wakil Rakyat atau Parti mana  satu yang berjaya membentuk Kerajaan akan diadakan . 

Tarikh 12 haribulan Mac adalah penentu kepada segala ketidaktentuan politik yang berlaku selepas PRU 14.

Dengan segala carca marba politik  yang diberlaku selepas PRU 14, inshaallah, pada 12 haribulan ini semuanya bakal berakhir.

Kini semua Ahli gabungan Pakatan Harapan yang terdiri dari Bersatu, PKR, DAP dan Amanah semuanya telah terpecah.

Blog Bersatu telah berpecah 3 bahagian iaitu Mahathir menubuhkan Pejuang, Syed Sadik menubuhkan MUDA manakala Mahiaddin tetap bersama PPBM atau Bersatu setelah Mahathir diketepikan.

Blog Pakatan Harapan tetap sama cuma PKR tidak lagi menggunakan lambang Pakatan Harapan seperti di PRN Melaka. 

PKR akan menggunakan logo sendiri manakala DAP dan Amanah atau PAN saja yang masih menggunakan lambang Pakatan Harapan. 

Manakala MUDA difahamkan akan menggunakan lambang sendiri juga tetapi "persepakatan" yang dikata terjalin antara MUDA dan PH mahupun PKR kini menjadi perbalahan.

Seperti yang saya tuliskan terdahulu, BN akan menang bergaya kali ini di PRN Johor. Ini adalah ketentuan 'perjalanan".

Mahathir sengaja menuduh Najib mahu jadi PM buat.keli kedua. 

Ini hanyalah "mainan sentiment" saja bagi "memecahkan hati" rakyat. Dan kini keberadaan Najib di kempen PRN Johor telah meninggalkan pihak lawan ditahap yang paling memalukan. 

Walaupun Najib bukan lagi Perdana Menteri mahupun seorang Menteri Kabinet tetapi setiap kali Najib turun padang untuk berkempen, alhamdullilah, rakyat menerima beliau seadanya berbanding pemimpin pihak lawan.

Dari mata hari pihak lawan, samaada Mahathir ke, Mahiaddin.ke, Anwar Ibrahim ke mahupun pemimpin dari DAP , keterujaan rakyat untuk bersama Najib amat luar biasa sekali. Ini yang dikatakan bahawa "darjat' seseorang hanya Allah SWT saja yang mengetuai.

Dengan berbagai penghinaan, cacian, makian serta sumpah seranah yang dilontarkan terhadap diri Najib, namun dilihat dari perwatakanya, Najib amat cool dan tidak melatah malah mematahkan serangan terhadap dirinya dengan fakta nyata.

Itulah ketakutkan terbesar Mahathir, Mahiaddin, Anwar Ibrahim, Mat Sabu mahupun DAP terhadap Najib , UMNO mahupun BN..

Inshallah BN bakal meraih 42 Kerusi DUN di PRN Johor, dimana parti Mahathir bakal menerima kemaluan terbesar dalam sejarah politik negara. 

Begitu juga dengan PN dimana PAS berteduh mereka juga bakal menerima nasib yang sama seperti Pejuang. 

MUDA akan tetap menjadi Muda dan tidak akan masak sampai bila bila.

Nasib malang buat DAP, kerusi mereka juga bakal menyusut pada PRN kali ini.

Kemenangan UMNO dan BN.kali ini adalah "jalan jalan" rintis untuk satu prasa yang lebih besar pada PRU 15.

Walaupun Ismail Sabri hanyalah penyambung mandat Mahiaddin dan Kerajaan PN dalam rupa Keluarga Malaysia, namun, semuanya berakhir sedikit masa lagi.

Nantikan... inshallah...

Cahaya Al Majid.