BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM
Sesungguhnya apa yang aku tuliskan ini semua benar belaka dan hanya ALLAH SWT yang menjadi saksi
Semoga rohnya dirahmatai Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama insan yang mendapat hidayah dan keampunan ALLAH SWT.
Pada malam aku berkumpul dengan sahabat yang terdiri dari Peter Carlos dan juga Hj Kamaruddin sambil melawat John Paul dan Andrew James di Awana Porto Malai . Ketika itu aku baru saja habis berbual dengan Simon dan juga Ken Pedler yang berada jauh diluar negara, Switzerland.
Setalah aku kabarkan isi perbualan diantara aku dengan Simon kepada Hj Kamaruddin dan Peter Carlos maka Peter memohon diri untuk pulang kerana beliau akan bersiaran diawal pagi keesokkan harinya. Oleh itu tinggallah kami berdua menyambung perbualan sambil menunggu waktu tamat Hj Kamaruddin bertugas.
![]() |
BILEK HOTEL AWANA |
Setelah cerita Pak Hamid dikabarkan kepada aku, lalu Hj Kamaruddin mengajak aku untuk melawat Pak Hamid sekeluarga dibiliknya. Tanpa membantah aku menerima pelawaan Hj Kamaruddin. (Bagi aku ini satu ibadah kerana melawat orang sakit). Kami pun terus berlalu dari Boardwalk dan terus ke bilik Pak Hamid.

Setelah semua keadaan reda dan keadaan Pak Hamid pun nampaknya sudah selesa, maka, aku pun menunaikan 'hajat' beliau tadi..
Nota : Apa yang berlaku ini aku tuliskan secara detail didalam buku aku.
Sebelum aku meninggalkan Pak Hamid malam itu, aku menghadiahkan kepada beliau seutas tasbih yang aku gunakan setiap hari dan aku menyuruh beliau untuk melafaskan kalimah ' Lahilahaainallah" sepanjang malam. Alhamdullilah syukur kepada Allah, walaupun aku tidak mengenali beliau secara dekat tetapi setidak-tidaknya Allah SWT telah menjadi aku 'asbab' untuk Pak Hamid melafaskan 'taubat'nya malam itu. Hanya Allah Yang Mengetahui Yang Tersembunyi.

Pada keesokkan harinya lebih kurang jam dua belas tengahari aku diberitahu olih Hj Kamaruddin bahawa Pak Hamid telah meninggal dunia dan jenazahnya telah dibawa ke Hospital Langkawi. Arwah Pak Hamid tidak dibawa balik ke Singapura tetapi disemadikan di tanah perkuburan Mesjid Aishah Langkawi. Aku bergegas ke hospital dan terus mendapatkan keluarga Pak Hamid serta aku 'ziarah' jenazahnya. Tetapi yang menjadi kemuskilan , kenapa jenazah Pak Hamid tidak sesejuk mayat, kenapa badan beliau panas dan lembut walaupun setelah dua jam 'roh' berpisah dari badan dan tiada satu pun pihak berkuasa di Langkawi sanggup mengesahkan kematian beliau dan terpaksa dijemput Doktor dari Alor Star untuk mengesahkannya. Adakah kami 'menanamkan' yang masih hidup?. Semua ini tidak dapat aku 'fikirkan' hanya Allah SWT sebagai saksi diantara aku dengan mereka.
![]() |
MESJID AISHAH LANGKAWI |
Nota : Detail perjalanan kisah aku dengan Arwah Pak Hamid aku coretkan didalam buku aku. Kisah latarbelakang Pak Hamid, cerita yang terjadi setelah aku keluar dari bilik Pak Hamid malam tersebut, kisah kedatangan keluarga Pak Hamid semula ke Langkawi selepas seratus hari semua ini aku jelaskan didalam buku tersebut.
NOTA : Untuk perjalanan seterusnya , sila ikut Blog .
No comments:
Post a Comment