BANGSA MELAYU |
Assalammualaikum
Ketika umat Melayu dibumi Malaysia bercakaran sesama sendiri terutama dari ideologi yang dibawa oleh para pemimpin terutama berhubung dengan kebebasan, iaitu kebebasan bersuara, kebebasan berugama dan segala macam kebebasan yang dituntut samada ianya membawa kebaikan atau sebaliknya telah menjadi agenda utama bagi kelompok ini tanpa menghiraukan batas batas yang telah digariskan oleh agama dan syarak .Berbagai-bagai tuntutan diutarakan samaada ianya berfeadah atau tidak kepada kelangsungan Islam tidak diambil kira.Tiap-tiap kelompok yang memperjuangkan ideologi mereka dengan terangan melakukan berbagai cara dan strategi bagi menonjolkan kelebihan sendiri, samaada ianya baik untuk mereka atau sebaliknya, hanya, masa yang akan menentukan.
PENCACAI DAJJAL |
Bersidang untuk poket atau untuk Islam |
Memandangkan Islam ketika ini agak lemah berbanding puluhan tahun dahulu dimana pada masa dahulu pemimpin dan rakyat sanggup mempertaruhkan nyawa dan harta demi Islam tetapi kini senario itu tiada lagi. Islam tinggal Islam, Melayu tetap Melayu. Jati diri Melayu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam hanya terzahir dimulut tetapi tidak dengan sunnah Rasululah s.a.w.
Alhamdulilah, mungkin ini adalah perjalanan yang harus dilalui oleh Bangsa yang bergelar Melayu Islam yang hanya pandai berkata-kata.Mungkin ini merupakan perjalanan kepenghujung kepada peradaban Melayu Islam yang dipelihara sejak dari dahulu berakhir. Mungkin ini juga merupakan prasa terakhir Melayu berkuasa diTanah yang diberinama Tanah Melayu. Mungkin juga dengan kelemahan umat Melayu yang tunduk kepada 'ajaran harta duniawi' ini akan menjadikan Islam sebagai satu cabang 'ikutan' yang dipandang serong oleh masyarakat bukan Islam.
Mungkin hanya tinggal kenangan untuk Melayu |
Alhamdullilah,kita kini telah masuk kedalam bulan Rajab, iaitu Bulan Allah, mengikut 'hadith' Rasulllulah s.a.w. dan dibulan ini juga adalah hari ulangtahun kejadian Isra Mikraj dan kalau mengikut pengiraan yang saya buat, bulan ini juga merupakan bulan ulangtahun didalam kalander Islam kelahiran Putera Meriam Al Masih iaitu bersamaan Hari Isra Mikraj(sila rujuk post terdahulu) dan sehari sebelum kedatangan Rajab, seluruh Asia telah menyaksikan kejadian besar Allah SWT itu gerhana matahari. Adakah ini merupakan satu kebetulan? Hanya Allah SWT saja yang mengetahui rahsiaNya.
Sejarah |
Melalui perkabaran ghaib ini membuatkan saya takut dengan masa hadapan Bangsa Melayu dan orang Melayu, terutama di Tanah Melayu.
Ketidaktentuan kuasa orang- orang Melayu serta kelemahan pemimpin-pemimpin Melayu yang beragama Islam didalam menangani isu yang melibatkan Islam amat membimbangkan masyarakat .Rata-rata perasaan ketidakpuasan hati, sakit hati dan menyampah kepada perilaku pemimpin sudah tidak terbendung lagi dan hampir mencapai kemunchak. Kemungkinan yang terjadi ini akan memberi impak yang besar kepada pengamal politik. Perpecahan satu kelompok besar orang Melayu telah terjadi dan mungkin kali ini kesan dan bahana yang akan melanda adalah lebih besar dari yang dijangka.Sekiranya ini adalah ketentuan Allah SWT terhadap negara Tanah Melayu, maka, kami redha . Tetapi sekiranya diberi pilihan, semestinya kami ingin mengibarkan 'panji panji' hitam' berserta pemimpinnya sekali agar bersatu , bermula dan berjalan menuju tujuan yang satu, berjuang demi ' LailahaailallahMuhammadaRasullulah".
Marilah kita bersatu dan beramai-ramai menyahut pangillan " LAILAHAAILALLAH"
tajuk hang memang sempoi akai jenoh baguih2
ReplyDeletememang sempoi aku dengaq terbahak-bahak aku kuuiikuiii kuii