Sunday 13 October 2013

EDISI KHAS : PERJALANAN KEBUMI MEKAH: DIANTARA KAABAH DIRI DAN KAABAH ALLAH

MAMPUKAH KITA MENCAPAI HAJI MABRUR DISISI ALLAH

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Memandangkan sehari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban maka hari ini saya akan memaparkan pandangan saya berhubung  melengkapkan rukun yang kelima yang berkisar tentang Haji, Kaabah dan juga Kiblat. Terima kasih juga kepada 'pembaca' yang inginkan saya menghuraikan  perhal  'perjalanan menuju melengkapkan' rukun yang ke lima ini.

 Dibawah ini saya paparkan apa yang ingin di'ulangkaji' untuk peringatan semua umat, samaada 'bertepatan' kah apa  yang kita lakukan atau sebaliknya sila bersabar didalam membaca setiap perkataan yang dituliskan bagi menggambarkan 'scenario' atau  kefahamanan berhubung 'rukun ke lima ini".

Apa itu Kiblat, Apa itu Kaabah dan Apa itu  Haji. 

Jawapan standard  mengikut kefahaman umum:-
Apa itu Kiblat ?
Kiblat  ialah satu arah yang ditentukan, untuk orang Islam menghadap ketika mereka melakukan sembahyang (solat). Orang Islam yang ingin melakukan sembahyang ,wajib menghadap diri ke arah kiblat samaada dibumi mahupun diudara. Kiblat  ditentukan berdasarkan kedudukan di mana terletaknya Kaabah Al Mukarammah.
Apa itu Kaabah ?:- 
 Kaabah merupakan sebuah binaan yang dibangunkan olih Nabi Ibrahim a.s  disebuah kawasan yang dinamakan Mekah dan dijadikan rumah ibadat pertama untuk umat manusia didunia.
Apa itu Haji ? :-
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekkah dibulan yang ditentukan dan hendaklah disempurnakan mengikut rukun dan syarat yang telah  disunnahkan .

                                     Firman Allah berhubung ibadat Haji

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis- jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
                       
 Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
(Al-Hajj 22:26) |

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
(Al-Hajj 22:28) |

"Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu".
(Al-Hajj 22:29)    

 Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta, -
(Al-Hajj 22:30) |    

 (Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).
(Al-Hajj 22:31)

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
(A-li'Imraan 3:96) |

          "adakah kehadiran anda hanya  sebagai tetamu ATAU pilihan hadir sebagai tuan rumah" 

Sifatnya sebagai tetamu :- tidak bolih komplain, kena terima seadanya- pergerakan terhad
tetapi sifatnya tuan rumah , bebas bergerak dan bebas melakukan apa yang diinginkan.

Sekiranya menghadirkan diri kerana menganggap diri adalah tetamu maka 'jangan banyak komplain tetapi sekiranya menghadirikan diri kerana mendekatkan 'Kaabah Allah dan Kaabah diri' serta 'mendekatkan 'kiblat hati' dengan ' kiblat pilihan Allah SWT, inshaallah kehadiran anda lebih bermakna seumpama  'balik kampung atau balik rumah sendiri ' yang penuh dengan keceriaan.
                      
Kehidupan ini dijadikan Allah SWT berpasang-pasang, ada lelaki ada perempuan, ada malam ada siang, ada baik ada buruk dan begitulah seterusnya. Apa kaitan diantara berpasang-pasang antara perkara yang melibatkan Ka'abah, Kiblat dan ibadat Haji? 

Apa yang dilakukan olih umat Islam kini sama ada Haji atau Umrah adalah perjalanan nyata untuk menyempurnakan sunnah yang syariatkan seperti yang terkandung didalam Al Quran. Apabila terlaksana semua rukun dan sunnah yang diwajibkan , maka sempurnalah 'rutin' ibadat tersebut.Tetapi sedarkah kita apa yang dilakukan itu sebenarnya merupakan 'sebahagian' dari apa yang dituntut' yang bersifat zahir tetapi bagaimana perjalanan 'bhatin'nya pula?. 

Sesungguhnya  'Kaabah' itu merupakan 'Rumah Allah" yang nyata dibumi  yang dapat kita lawati sekerap yang mungkin sekiranya berkemampuan tetapi sedarkah kita bahawa 'Kaabah' yang kita 'miliki' lebih bermakna . Pernah kah kita 'lawati' atau kita 'bersihkan' sekerap atau sedalam  yang mungkin? Kaabah yang saya maksudkah ialah ' Hati" dimana 'bersemayamnya' kerinduan, kereasahan, kegembiraan,kemarahan serta apa saja yang bersangkutan dengan kehidupan dengan 'Pencipta"?

Kita lihat  Kaabah itu tetap tersergam ditempatnya tetapi kenapa 'Kaabah' didalam hati kita sentiasa 'berbalik-balik didalam pendirian dan pegangan".. Sebenarnya kehadiran Ka'abah itu merupakan satu 'simbol' kepada manusia yang sudi 'berfikir' tentang 'sang pencipta' . 

Setiap manusia mempunyai hati tetapi kebanyaknya hati manusia telah bertukar menjadi "berhala" yang terlebih 'sesat' dari manusia yang menyembah berhala. Kenapa? Sebab hati manusia kebanyakan telah menjadi 'batu' kerana batu sifatnya bolih diukir untuk dibentukkan  mengikut 'citarasa' dan 'kehendak'.  "Berhala"  inilah yang septutnya dirobohkan dan dijadikan pemisah antara kebenaran dan kesesatan yang bermaharajalela . Berkehendak untuk dunia serta berkehendak untuk ganjaran 'melebihi segalanya itulah 'impian pencipta berhala'..

Kalau dahulu yang "reda" mengerjakan haji adalah kerana 'sifat' berendah diri dan riak diri' tidak terserlah tetapi zaman berubah, pegangan semakin longgar serta sifat riak dan sifat menunjuk-nujuk teramat terserlah dihati dan diri manusia. Kurangnya 'pengamatan' tentang ibadah sebenar 'Haji' bukan lagi keutamaan sebaliknya 'perasaan' yang berkobar hanyalah ingin 'melihat' kesergaman Ka'abah"  dan ingin mendapat keredaan dan  keampunan Allah " tanpa memikir kenapa Ka'abah ujudkan dan untuk apa bukan lagi keutamaan.

Sifar sebenar-benar diri kenapa perlu ke Mekah juga tidak dapat dijawap atau digambarkan dengan 'kebenaran' yang sebenar . Sepatutnya Kaabah itu adalah 'kampung halaman' yang paling rapat dan berhampiran dengan diri kita walaupun kita bukan 'rakyat Arab' tetapi kita dari keturunan yang serupa iaitu anak cucu Nabi Adam dan sepatutnya apabila kita hendak balik kekampung halaman , maka sifatnya kita adalah 'fitrah' iaitu 'merendahkan diri dan tidak sombong, tidak banyak komplain', dan tidak mempunyai 'ajenda' lain dan matlamatnya hanya satu iaitu 'bertemu yang dikasihi atau yang dicintai' atau 'bahagia' dan 'kegembiraan' akan sifatnmya..

Disebabkan kita tidak meletakkan "Kaabah dalam diri" di"makam"  sepatutnya maka 'arah kiblat' yang kita sangka menghadap secara 'nyata'  juga sebenarnya 'teralih'. 

Kaabah ini ibarat pusat. Iaitu pusat bagi makhluk Allah SWT yang sudi beriman dengan Allah SWT dan juga bagi mereka yang bersifat  sudi untuk 'menerima' dan 'memberi' tanpa sebarang 'karenah'.Dalam erti kata sebenar ' berserah" diatas ketentuanNya. Tetapi berapa ramaikah yang sebenar-benar 'berserah' dan 'menerima ketentuan' apabila berada dibumi ini?

Sedarkah kita, telah  banyak manusia menjejakkan  kaki untuk menunaikan ibadah Haji mahupun Umrah di bumi ini tetapi sedarkah kita berapa banyak pula dari kalangan mereka ini benar-benar sudah berubah? Adakala juga kita dengar bahawa ada juga yang bertukar menjadi lagi buruk 'sifat'nya, Kanapa? Tidak 'berokah' kah 'pemergian' mereka? atau ' 'ditolakkah' ibadah mereka? Sebenarnya, kejadian 'pembalikan' ini berlaku kerana 'tiada pengisian diri' atau ' Kaabah diri telah menjadi ' berhala'"Berhala yang tidak mendatangkan kebaikan kepada empunya diri.

Olih itu setiap diri perlu menentukan 'Kaabah' yang 'tersergam didalam diri itu  agar bersifat seperti 'Rumah Allah"  yang sentiasa berkeadaan 'bersih' dan bersifat 'haram' kepada yang tidak beriman kepadaNya untuk menghadirikan diri dan begitu juga sifatnya  'hati yang sentiasa mengingati Allah SWT' diwaktu susah mahupun senang. Dan "Kaabah " itu jugalah yang kita 'kiblat'kan ke pusatnya  makhluk Allah yang sudi beriman dengan Nya dengan 'tanpa paksaan' dan disertakan dengan keikhlasan tanpa 'mengharap' apa apa balasan. Itulah sebaik-baik 'sifat' yang sepatutnya 'dimiliki' olih mereka yang berkesempatan kebumi Mekah ini..

Olih itu perbaiki diri, bersihkan hati serta ikhlaskan  beribadat kepada Nya.

                                               Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid                     

1 comment:

  1. BERMULANYA KIBLAT UMMAT ISLAM TERSIRAT DLM PERISTIWA
    ISRAK & MIKRAJ NYA RASULULLAH SAW, PADA SATU MALAM DARI
    MASJIDIL HARAM DIMEKAH, HINGGA KEMASJIDIL AQSA DIPALESTINA..

    ReplyDelete