Thursday, 10 October 2013

THE PROMISED LAND : BILA MELAYU MENGAMAL 'MANTERA' MELAYU KUNO

TANAH MISTIK BUMI MELAYU
                                                     'KELEBIHAN MENTERA MELAYU"

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Untuk ruangan 'The Promised Land' kali ini, post yang ingin dipaparkan agak berbeza pengisiannya. Penulisan kisah The Promised Land telah di- 'interframe' dengan persoalan dari seorang pembaca yang berbunyi :-

Assalam bro... apa komen tentang nie?

"Cuba jawab soalan ini,mengapa empayar China yang besar itu tidak mengusik pun negeri-negeri Melayu?Mungkin bukan sukar untuk askar-askar China yang ramai itu menakluk kerajaan-kerajaan Melayu yang terpecah-pecah itu.Mengapa?Adakah Maharaja China gerun dengan negeri-negeri Melayu?Apa rahsianya?INI ADALAH MISTERI TERBESAR DALAM HUBUNGAN KLASIK ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA.
Padahal raja Chola dari India bersusah payah berusaha menakluk negeri-negeri Melayu manakala tentera Monggol telah berjaya sampai di Jawa dan menjatuhkan kerajaan Singhasari di sana, sebelum dikhianati oleh rakan kongsi mereka dari kalangan orang Jawa yang sebenarnya mempergunakan kuasa Monggol untuk memusnahkan musuhnya dan selepas menghalau Monggol keluar dari Jawa,lahirlah Majapahit.

APAKAH RAHSIA DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA SEJAK BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU?
MENGAPA DALAM SEJARAH HUBUNGAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DAN EMPAYAR CHINA,TIADA PUN PENCEROBOHAN ATAU PENAKLUKAN DARI EMPAYAR CHINA KE ATAS NEGERI-NEGERI MELAYU?"

Sebenarnya permasaalahan ini telah saya huraikan terdahulu kenapa 'bumi bertuah' ini terlalu 'barokah' dan 'mistik' berbanding negara-negara lain didunia. Kalau ramai orang mengatakan Indonesia teramat 'mistik' disegi keilmuan' keduniaanya namun 'ibu segala ibu kemistikkan' adalah Tanah Melayu.

Mengimbau kembali Tanah Melayu sebelum 'kewujudan' Kesultanan Melaka. Penduduk asal tanah ini dihuni olih kaum peribumi atau yang kita panggil 'orang asli'. Siapakah orang asli dan apakah kehebatannya? Pernahkah kita dengar 'mentera' atau ' spiritual spell' yang dikenakan terhadap seseorang akan terkesan dengan 'cepat'?. Kenapa 'spell' yang dikenakan amat 'mujarab"dan 'mengena' 'musuh' yang dikenal pasti dengan mudah.  Inilah 'kelebihan'  dan keanehan yang tidak dapat  dijawap mahupun dibuktikan olih sesiapa mahupun  kaedah 'saintifik' masakini tentang 'kehebatan'nya. jika dibanding  dengan 'spell' kaum peribumi yang lain yang melata dimerata dunia.

Benar Kerajaan China amat luas pemerintahannya sehinggakan Laksmana Cheng Ho dan rombongannya dihantar Melaka untuk merisik 'negara Melaka' yang kecil  tetapi amat rancak perekonomianya.  Sebelum Melaka dibuka terdapat ramaikan penduduk tempatan disitu? Atau  adakah Sultan nya membawa   rakyat dari  Kerajaan asalnya  untuk membangunkan  Melaka? Atau sudah terdapatkah  'penempatan orang tempatan' ketika itu.?

Ketika Melaka dibuka kependudukan awal orang tempatan telah bermula di Kuala Linggi dan Sungai Ujong. Disinilah awalanya kepedudukan orang asli dan orang laut sudah bermula. Namun disebabkan kedudukan Sungai Melaka dan Sungai Linggi tidak berapa jauh mungkin sehari pelayaran dengan sampan  maka sudah  memadai untuk berhubungan. Olih itu perhubungan awal diantara  mereka mudah terjalin.

Berbalik kepada Melaka, Kerajaan China telah menghantar bala tenteranya ke Melaka untuk tujuan 'perisikan' namun disebabkan kehebatan ilmu 'batin serta sihir' yang amat luas dipraktikan  olih rakyat tempatan telah 'membantutkan' keberanian Armada Cheng Ho untuk 'meneruskan' hasrat..Pernah kah kita terfikir cara manakah Laksmana Cheng Ho untuk 'memperkenalkan' Armadanya ketika berlabuh diperairan Melaka dan  'bahasa apakah atau sign language apakah' yang digunakan olih Armada China?

Sejak berzaman Maharaja  China apabila tenteranya keluar untuk meluaskan Kerajaannya atau 'cubaan' untuk memasuki sesebuah negara, bala tenteranya akan datang dengan 'Panji Panji Perang" disertakan dengan pendekar-pendekar terhebat dalam seni mempertahankan diri, dan keadaan yang sama juga dilakukan apabila mendarat di Melaka. Pernah ke tidak kita mengalami situasi apabila kita hendak bertemu dengan seseorang 'bomoh Melayu' yang genuine maka 'niat atau kecondorongan kehadiran' kita itu  diketahui tanpa kita  perlu 'meluahkan' kepada 'bomoh' tersebut. Begitu jugalah 'kehebatan' yang dimiliki olih orang Melayu dahulu  terutama 'mereka mereka yang dipanggil 'bomoh' atau 'pawang' 'yang tahu akan 'niat dan keinginan' Laksmana Cheng Ho ketika mendarat di Melaka.

Sifat  kepahlawanan  bagi setiap 'Panglima Raja' semuanya sama sifatnya , mereka akan menunjukkan 'kegagahan dan kehebatan' diri mereka sebagai 'isyarat' kepada yang menunggu kerana tiada 'bahasa' untuk dipertuturkan sebagai "bual bicara'.  Sememangnya 
kehadiran Cheng Ho dan rombongannya dinantikan didaratan olih 'orang Melayu' terutama panglima-panglima Istana. Untuk menunjukkan 'kegah'an diri pendekar Panglima Cheng Ho maka 'pertembungan kekuatan' akan diadakan. Pertembungan disini membawa maksud 'bertarung kekuatan tenaga' diantara Panglima Melayu dan pendekar -pendekar Panglima Cheng Ho. Seperti yang kita ketahui pendekar Pangima China berkelebihan dengan kehebatan menggunakan seni mempertahankan diri mengggunakan 'tulang empat kerat'  tetapi apayang berlaku adalah sebaliknya.  Panglima Melayu hanya menggunakan 'spell' atau 'mantera' Sebelum sempat  pendekar panglima kanan Cheng Ho "membuka langkah "  mereka telah rebah kebumi "terkunci kaki"  dan 'mulai gugup'  ketakutan dan tiada kekuatan untuk melangkah.

Kehebatan dan kelebihan inilah yang tidak dimiliki olih sesiapa kecuali Melayu sekiranya dipraktikkan semula. Memandangkan tiada siapa diantara pendekar Cheng Ho  yang gagah berjaya melepasi ujian 'gelanggang ini ' maka mereka 'mengakui kehebatan "Melayu  yang belum mereka saksikan dimana-mana negeri yang mereka singgahi. Pengalaman dan kehebatan inilah yang   disampaikan kepada Maharaja China dan untuk mengetahui 'rahsia' bangsa Melayu  maka 'Puteri Hang Li Po dihantar untuk dijodohkan dengan Raja Melaka  untuk 'mencungkil"' 'rahsia sebenar rahsia' yang Melayu miliki. Namun Raja yang bertahkta bukanlah 'orang asal' tanah ini maka 'kehebatan ilmuan Melayu' tidak dimiliki olih Baginda dan 'gagal'lah misi Maharaja China  untuk mempelajari  dan 'mencuri " ilmu mistik' ini.

Disebabkan 'ilmu misik' Melayu yang tinggi dan yang diwarisi turun-temurun , maka 'kehebatan' ini amat digeruni sehingga kini yang  masih lagi "dimiliki " olih 'orang-orang' tertentu. Walaupun kini terdapat beberapa usaha  tertentu dibuat untuk 'menguburkan' kelebihan tersebut tetapi yakinlah ' ilmu" ini tidak akan  terhapus malahan akan 'berkembang naik' tanpa disedari kerana orang Melayu sudah 'mengenal' diri dan asal usulnya serta Melayu adalah waris terakhir keturunan Ibrahim yang 'dilindungi'..

Disebabkan 'ilmu mistik' yang ingin dimiliki maka bermacam-macam kaedah digunakan sehinggakan ada diantara mereka telah menyalahgunakan 'amalan' tersebut bagi 'keuntungan' sedikit bagi diri sendiri yang bersalahan dengan  'adap tata susila'nya.  Sepatutnya ilmu ini digunakan untuk kepentingan  bagi melindungi bangsa Melayu untuk membenteng  kesucian agama Islam dan tidak lebih dari itu.

                                                     ikhlas dari :- Cahaya Al Majid











24 comments:

  1. slm bro,
    maaf kwn menegur dgn ilmu yg tak seberapa ini.
    istilah 'ilmu mistik,bomoh,dukun,ilmu orang asli,jampi serapah..' dsb,bagaikan kurang sesuai untuk kita gunakan disini,bagai canggung dan pelik untuk disuratkan.
    apa kata kita gunakan istilah "alter agung lagi terpelihara" ...kedengaran bunyinya bagaikan gah gitu.
    (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alter ? hahahahaha...
      Pernah dengar "Hantu Tinggi"? Org2 tua dulu pikul balak mcm pikul buluh jer..

      http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com/2013/07/070-bertunggang-di-bahu-hantu-tinggi.html

      http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com/2013/06/067-tok-awang-ngah-kepala-dipancung.html

      Nak tahu lanjut boleh explore blog mamat nie...
      Citer nie dh aku baca zaman 80an dulu....

      Delete
  2. lebih baik gunakan istilah yang mudah untuk orang faham. Sudah semestinya permainan kaum 'dahulu', kena terima hakikat "kebenaranya." perlakuan orang Melayu ..sampai kini..Bomoh,guna-guna, sihir dan sebagainya..semua masih 'terpasak' kekal.

    ReplyDelete
  3. melayu kuat berkhayal...
    itulah kekuatan dan kelemahan melayu yang paling besar, melayu berkhayal macam mana tuhan buat semua ni dan tiba-tiba...
    sebab itulah ramai yang 'jumpa' tuhan dan ramai juga yang sesat mengaku tuhan tanpa menjumpai kenyataan...
    golongan yang 1 ni la yang cakap ja jadi, kun faya kun gitu wakaka

    ReplyDelete
  4. Bukan Melayu kuat berkhayal tetapi mudah rasa selesa dengan apa yang mereka miliki. Kerana terlalu berharap kepada 'yang belum pasti' atau mengharap 'Al Mahadi' menjadi pembela dan pembebas ' kepada permasaalahan 'umat' Islam sedangkan diri sendiri berpeluk tubuh.

    ReplyDelete
  5. tepat padat dan ringkas haha
    ramai asyik dok cari mahdi,
    berkokok tak sedar diri lol sama la cam saya wakaka

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Saya subscriber email, artikel blog tuan. Saya ada respons dlm emel. Mohon cek.

    Zam

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Zam. saya tak perasan yang mana satu u respon sebab tak menggunakkan nama. yang ada anonymous.Tk

      Delete
  7. Adakah mantera yg diamalkan itu, mantera tauhid yg bersumber dari kitab lama spt Kitab Zabur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mentera yand dipakai merupakan kata kata Melayu kuno yang kekadang saya sendiri tidak tahu atau faham maksudnya. Inshaallah, unutk kebaikan selalunya 'mejarab'.kata mereka yang mengamalkannya.

      Delete
  8. china x takluk tanah melayu psl bukan polisi luar china utk menakluk negara lain,cheng ho penah smpai ke amerika n sebagainya,tp x takluk kawasan2 2,sebab itu bukan sifat mereka,x mcm barat,barat pakai polisi lain plk,2 sebabnya,as simple as dat

    ReplyDelete
  9. Tatakala Laksamana Cheng Ho beserta para bala tenteranya berupa armada lautnya singgah seketika diPulau Besar Melaka, lantas mereka berlabuh turun mendarat lama diTanah Besar Melaka. Tanpa sejarah menyedari - Bahawa para warisan Alhlulbait2 Nasab Wali 7 penyebar Islam Sejati sudah bertapak berkembang lama diPulau Besar Melaka, diTanah Besar Melaka dan disempadan dgnnya yaitu Negeri Sembilan. Ilmu2 Pusaka Muqaddam berupa Kitab 44 Mukjizat2 Nabi SAW sudah berkembang diMelaka dan dinegeri yg bersempadan dgnnya, itulah Negeri Sembilan...

    Kebetulan pula semasa Laksamana Cheng Ho yg membala delegasi Maharaja China menghadap Sultan Melaka, beliau saorang warga China Islam yg berpegang teguh kepada ajaran Wali 7 yg telah bertapak berkembang jugak diChina. Bermakna diMelaka dan diChina, 2 Negara yg sama2 miliki Koramah2 dari ajaran2 Kitab Kulit Unta Pusaka Mukjizat Nabi SAW, yg ngak bisa berbantah2an berbalah2an.. Maka kita sering terbaca kesah2 kekuatan Tanah Melayu / Kesultanan Melayu dgn Tanah China / Dinasti Islam China, yg adalah dari satu kekuatan kegagahan yaitu Tok Zulqarnaen - Sang Penguasa Timur dan Barat..

    ( Sedikit dari Diary Nabi Khidir AS / Imam Mahdi AS / Zulqarnaen Prophecy... )

    ..... ALLAHU'ALEM .....

    ReplyDelete
  10. saja orang eropah tak ambik melayu jadi hamba abdi...lemah tubuh badan dan pemalas pulak tu...ngabiskan gandum je...

    ReplyDelete
  11. @ ... Thursday, 10 October 2013
    THE PROMISED LAND :

    BILA MELAYU MENGAMAL 'MANTERA' MELAYU KUNO.
    TANAH MISTIK BUMI MELAYU. 'KELEBIHAN MENTERA MELAYU"

    *** ITU BAB KELEBEHAN MANTERA2 MELAYU KUNO - YAITU BAB ILMU2
    PERANG BERJUANG MELAWAN MUSUH2 PERTAHANKAN NEGARA DARI
    DISERANG. SAMADA ILMU2 PENGGERUN, PENUNDUK DSBNYA LAGI....

    SEPERTI KESAH PERANG FISABILILLAH SG MANIK DGN CHINA KOMUNIS.
    HANYA DGN MANTRA SAORANG KOLAAN KHALIFAH PERANG, MUSUH2
    AKAN BERBUNUH2AN SESAMA MEREKA SENDIRI....

    SEPERTI KESAH ILMU PERANG AMALAN TOK BAHAMAN. DGN LAKONAN
    MEMEGANG SONGKOKNYA DIHAYUN KEKIRI KEKANAN, ARMADA KAPAL
    PERANG BRITISH TERUMBANG AMBING DILAUT DITIUP ANGIN KENCANG....

    BANYAK LAGI ILMU2 MISTIK SECRETE MAGIC WEAPONS PARANG TERBANG
    SEPERTI DLM PERISTIWA 13 MEI DSBNYA LAGI TELAH MUSNAH HILANG....

    COMA ADA SATU LAGI ILMU MANTRA MELAYU KUNO, PALING POWER, TAPI
    HANYA DIAMALKAN DIPUSAKAI OLEH CIKSITI2 PEREMPUAN2 MINANG. ITU
    PASAL DI N9 & DIMINANGKABAU SUMATERA PEREMPUAN2 MINANG PALING
    KAYA BERKUASA BERTAHTA ATAS SEGALA2NYA DARI SUAMI2 MEREKA....

    IMAM MAHDI SEJATI & HIS 13 WARRIORS TELAH MINANGKABAU KETANAH
    PUSAKANYA TANAH MINANG & KEMAQAM LELUHURNYA AHLULBAIT RAJA
    MINANG. ADA 2 CIKSITI N9 TELAH TUNDUKKAN SUAMI2 MEREKA. SIAPA
    DIA 2 SANG SUAMI .. -_= -_* .. MEREKA ITU..?? APAKAH CARA2NYA..??

    .... ALLAHU'ALEMMM ....

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. ...i...

    DELEGASI IMAM MAHDI SEJATI WITH HIS 13 WARRIORS... ZIARAH KETANAH PUSAKA IM TANAH MINANG & KEMAQAM LELUHUR IM AHLULBAIT RADEN ABDULLAH AKA RAJA MINANG / RAJA ALIFF, SATU2NYA MAQAM BERTIRAI KUNING, DINAUGI PEPOHON BERINGIN. SERTA MELAWAT IM KEISTANA PAGARUYONG...

    BERBALIK KESAH PUSAKA MANTERA MISTIK AMALAN SITI2 POMUAN2 MINANG YG TELAH BERKEMBANG DI N9 : ADA 2 ORANG CIKSITI2 N9 YG TELAH TUNDUKKAN SUAMI2 MEREKA. SIAPAKAH MEREKA ITU 2 SANG SUAMI VVIP YG MENJADI MANGSA ISTERI2 MEREKA ITU..?? APAKAH CARA2NYA..??

    KATA ATOK SYED IM : ITULAH ILMU PUSAKA MINANG AIR PUAKA PENUNDUK SUAMI, MINUMAN SEGAR LAZAT TAPI PEDO, AIR KELAPA MUDA.. DINAMAKAN MINUMAN "AIR TEMPURONG"...

    ...vvivv...

    ReplyDelete
  14. 999 *** 999

    BANGSA MELAYU YANG PEMBERANI -
    PERISTIWA AMUK DI PADANG LEBAR N9

    SEBELUM TERJADINYA RUSUHAN KAUM TERBESAR SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA PADA 13 MEI 1969, BEBERAPA RUSUHAN KAUM JUGA PERNAH BERLAKU DIBEBERAPA BUAH NEGERI DITANAH MELAYU DIKETIKA ITU TERMASUKLAH NEGERI SEMBILAN. RUSUHAN KAUM YANG BERLAKU DI PADANG LEBAR NEGERI SEMBILAN, DIKATAKAN ANTARA YANG BURUK PERNAH DICERITAKAN OLEH ORANG-ORANG TERDAHULU.

    RUSUHAN KAUM YANG TERCETUS AKIBAT DARI PERISTIWA AMUK DI PADANG LEBAR (6KM DARI PEKAN BATU KIKIR) YANG TERJADI PADA 6 NOVEMBER 1946 MEMPUNYAI KAITAN DENGAN PERANG DI BATU KIKIR. PERATURAN-PERATURAN DAN LARANGAN-LARANGAN YANG DIKENAKAN OLEH AHLI BINTANG TIGA SELEPAS PERISRIWA TERSEBUT SECARA TIDAK SENGAJA TELAH MENGAKIBATKAN TERCETUSNYA PERANG BATU KIKIR.

    DALAM PRISTIWA DI PADANG LEBAR, ORANG KAMPUNG TELAH MEMBUNUH HAMPIR SEMUA PENDUDUK YANG BERKETURUNAN CHINA DI PEKAN PADANG LEBAR. PERISTIWA ITU BERLAKU AKIBAT RASA TERTEKAN OARANG MELAYU DENGAN KEZALIMAN PEMERINTAHAN BINTANG TIGA, SERTA MENGANGGAP KESEMUA ORANG CHINA YANG TERBUNUH MERUPAKAN TALI BARUT BINTANG TIGA.KEBANYAKAN AHLI BINTANG TIGA INI BERPANGKALAN DI SUATU KAWASAN HUTAN, TEMPAT MEMECAH BATU BERHAMPIRAN KAMPUNG SERTING. PADA MASA ITU, PEKAN SIMPANG PERTANG (PEKAN BATU KIKIR) ADALAH MARKAS BESAR BINTANG TIGA. MEREKA MENJADIKAN GUA-GUA DI HUTAN BERHAMPIRAN SEBAGAI TEMPAT BERSEMBUNYI.

    SELEPAS TENTERA JEPUN MENYERAH KALAH PADA TAHUN 1945, AHLI-AHLI PASUKAN BINTANG TIGA TELAH KELUAR DARI HUTAN. MEREKA BERTINDAK KEATAS ORANG MELAYU YANG MENJADI TALI BARUT TENTERA JEPUN. DIKESEMPATAN INI DIAMBIL OLEH ORANG CHINA DI PADANG LEBAR UNTUK MENGAGANIAYA ORANG MELAYU.

    DENGAN DIKETUAI OLEH AH CHOW, MEREKA BERSAMA DENGAN AHLI-AHLI BINTANG TIGAYANG LAIN TELAH MENANGKAP DAN MENGHUKUM RAMAI ORANG MELAYU WALAU PUN ATAS KESALAHAN PALING KECIL, SEPERTI MEMPERTIKAI HARGA IKAN YANG MAHAL YANG DIJUAL OLEH PENIAGA CHINA. KESALAHAN ITU DIJADIKAN ISU BAGI MEREKA SEHINGGAKAN SIPEMBELI DIKENAKAN HUKUMAN MATI.

    ADAK LAGIK ................................................
    BERSAMBONG LAGIK ..........................................

    ReplyDelete
  15. ####

    999 *** 999


    SELAIN ITU ADA JUGA DIDENDA DENGAN JUMLAH YANG TIDAK MUNASABAH. ANTARANYA DIKENAKAN DENDA DENGAN MEMBAYAR SATU PIKUL DAGING KAMBING, WANG ENAM PULUH RIBU RINGGIT, DUA TAHIL EMAS DAN SEBATANG PEN PARKER. DENDA YANG TIDAK MUNASABAH INI BERTUJUAN UNTUK MENGHUKUM ORANG TERSEBUT DENGAN LEBEH BERAT MEMANDANGKAN MEREKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR DENDA YANG DIKENAKAN. SEJAK BINTANG TIGA BERKUASA, RAMAI ORANG MELAYU TELAH DIHUKUM DAN DIBUNUH.

    DALAM MASA YANG SAMA AHLI BINTANG TIGA MENERUSKAN KEGANASAN MEREKA DENGAN PERGI DARI SATU RUMAH KESATU RUMAH UNTUK MENCARI ORANG YANG MEREKA SYAKI MELAKUKAN KESALAHAN. KEMARAHAN ORANG MELAYU MEMUNCAK APABILA TERDAPAT BERITA DARI PEKAN LEBAR DIMANA AHLI BINTANG TIGA TELAH PUN MENANGKAP 40 ORANG MELAYUDALAM MASA 2 MINGGU. DENGAN ITU ORANG MELAYU TELAH SEPAKAT MERANCANG UNTUK MENGHAPUSKAN KESEMUA ORANG CHINA DI PEKAN PADANG LEBAR. MAKA TERCETUSLAH PERISTIWA AMUKAN PADANG LEBAR YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN HINGGA KEHARI INI.

    .........
    .................

    ReplyDelete
  16. ...
    ^^^!!!^^^

    999***999

    ...... MENURUT BRITISH ANTARA ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGETUAI AMUKAN TERSEBUT ADALAH HAJI DOLLAH. BELIAU BERSAMA-SAMA ORANG KAMPUNG TELAH MELAKUKAN PERSEDIAAN YANG RAPI BAGI MENGHADAPI AMUKAN INI ANTARANYA BERTEMU DENGAN KIAL SELAMAT (SAORANG YANG ALIM DAN ARIFF DALAM ILMU PERSILATAN) DI KAMPUNG LONEK UNTUK MENUNTUT ILMU PERSILATAN.

    PADA JAM 9 PAGI HARI SELASA, HAJI DOLLAH DENGAN ORANG-ORANG KAMPUNG MULA BERHIMPUN DI PEKAN PADANG LEBAR UNTUK MEMULAKAN RANCANGAN MEREKA. MEREKA BERPECAH DAN BERKUMPUL BERASINGAN DI SEPANJANG JALAN DI PEKAN KECIL ITU. AMUKAN TERSEBUT TELAH DIMULAKAN OLEH DATUK NARA SUTIN BIN DAIM YANG MERUPAKAN SAORANG GURUDAN DIIKUTI OLEH ANAK-ANAK MURIDNYA. MAKA RAMAILAH ORANG CHINA DIBUNUH OEH ORANG MELAYU DALAM PERSITIWA BERDARAH ITU. DIKATAKAN KEBANYAKAN MEREKA YANG TERBUNUH TELAH DIPENGGAL KEPALANYA OLEH ORANG MELAYU YANG MELAKUKAN AMUKAN TERSEBUT.

    AKIBAT DENDAM KESUMAT TERHADAP MEREKA, DIKATAKAN TIDAK ADA SATU ORANG CHINA PUN HIDUP, CUMA SAORANG BERNAMA SEE KUN. BELIAU BERJAYA MELARIKAN DIRI WALAU PUN MENGALAMI KECEDERAAN DI PERUT DAN TERSELAMAT. SELEPAS MENDAPAT RAWATAN DI PEKAN KUALA PILAH, DIA MERUPAKAN SAKSI UTAMA PERISTIWA TERSEBUT. MANGSA-MANGSA YANG DIBUNUH KEBANYAKANNYA DIBUNUH OLEH MEREKA YANG BERDENDAM ATAS KEMATIAN KELUARGA.

    KEJADIAN TERSEBUT SAMPAI KE PENGETAHUAN PIHAK BINTANG TIGA. SATU PASUKANBINTANG TIGA TELAH DIHANTAR KEPEKAN PADANG LEBAR DENGAN TUJUAN MENUNTUT BELA. DALAM PERJALANAN MEREKA TELAH DIHALANG OLEH SATU PASUKAN TENTERA GURKHA YANG TELAH DIARAHKAN SUPAYA MELINDUNGI ORANG-ORANG MELAYU DISEKITAR PEKAN DADANG LEBAR. OLEH SEBAB HAMPA TIDAK DAPAT MEMASUKI KAWASA PEKAN PADANG LEBAR, MEREKA SEMPAT MEMBUNUH SEORANG MELAYU YANG KEBETULAN BERADA DISITU.

    .........
    ..................
    ...........................

    ReplyDelete
  17. EKORAN DARIPADA PERISTIWA AMUKAN ITU, PIHAK BERKUASA MENAHAN 11 ORANG PENDUDUK TEMPATAN DAN DIJATUHKAN HUKUMAN GANGUNG. WALAUBAGAIMANA PUN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU HUKUMAN GANTUNG TELAH DIGANTIKAN DENGAN HUKUMAN PENJARA. PIHAK BERKUASA PADA KETIKA ITU TELAH MENGELUARKAN PERINTAH MELARANG ORANG RAMAI MEMBAWA SENJATA TAJAM APABILA KELUAR KE PEKAN.

    PIHAK BINTANG TIGA TURUT MEMBANTU MEMASTIKAN SEMUA PENDUDUK MEMATUHI PERINTAH TERSEBUT. LARANGAN TERSEBUT TELAH MEMBAWA PADAH PADA PIHAK BERKUASA KERANA IA MENJADI ALASAN BERLAKUNYA PERTUMPAHAN DARAH BAGI KALI KEDUA. KALI INI PERTUMPAHAN DARAH BERLAKU DI PEKAN BATU KIKIR PULA. PERISTIWA INI TERJADI TIDAK SAMPAI SEMINGGU DARIPADA PERISTIWA DI PEKAN PADANG LEBAR.

    WALAUBAGAIMANA PUN PERISTIWA HITAM INI PERLU DITELITI KERANA IANYA MEMBERI PENGAJARAN TENTANG KEHIDUPAN YANG HARMONI DATANG DARI KEPERCAYAAN DARI SATU KAUM KEPADA SATU KAUM YANG LAIN UNTUK TINGGAL BERSAMA DI DALAM SATU TEMPAT.

    - SUMBER : JAMALUDDIN SAMSUDDIN

    * DIPETIK DARI BLOG ORANG NOGORI

    .. CHE'GU ROSMAN

    .. CNP

    ... TQ WASSALAM ...

    @ AVAHEEDA

    ReplyDelete
  18. 🔱WAKANDATOTO🔱
    ♠ BANDAR TOGEL TERPERCAYA DAN AMAN 💯♠
    JP BERAPAPUN DI BAYAR
    ♠BO BONAFIT♠

    🔜Di Lengkapi Aplikasi BBFS 7 DIGIT🆗
    🔜Diskon Pembelian Terbesar
    ➖2D 29%
    ➖3D 59%
    ➖4D 65%

    ➖ MINIMAL BET 100
    ➖ Minimal DEPO : 10.000
    ➖ Minimal WD : 50.000
    ➖ Minimal Betting : 100 / line
    ➖ Line Invest : 35 Line
    ➖ Bonus Referral 2% (Seumur Hidup )
    ➖ CashBack / Minggu
    ➖ BBFS 7 DIGIT

    ✳ HADIAH ✳
    4D di X 3.000✔
    3D di X 400✔
    2D di X 70✔

    https://www.facebook.com/groups/659390757776446/
    PIN BBM : WAKATOTO
    Whatsapp: +855 96 250 8220
    Line : WAKANDATOTO

    bandar togel

    Wakanda Prediksi

    Link Alternatif Wakandatoto

    Togel Pasaran Makati

    ReplyDelete
  19. Mmg la cheng ho tak jajah tanah.melayu sbb expidisi beliau bkn expidisi mjajah atau perang.beliau bawa angkatan diplomatik..cuba lihat mana negara yg cheng ho jajah? Pdhal expidisinya sampai timur tengah.kalu jk kira xkan dia tak terjajah pun pulau kapas atau tubir selatan yg cuma di pertahankan oleh ikan belacak je masa tu..

    ReplyDelete
  20. Mmg la cheng ho tak jajah tanah.melayu sbb expidisi beliau bkn expidisi mjajah atau perang.beliau bawa angkatan diplomatik..cuba lihat mana negara yg cheng ho jajah? Pdhal expidisinya sampai timur tengah.kalu jk kira xkan dia tak terjajah pun pulau kapas atau tubir selatan yg cuma di pertahankan oleh ikan belacak je masa tu..

    ReplyDelete
  21. ada lagi yang aktif sampai 10 december pon still ada komen terbaik

    ReplyDelete