Thursday 28 November 2013

THE PROMISED LAND : BINTANG BEREKOR ATAU ISON MEMBAWA 'PETAKA'??

BENARKAN MALAPETAKA AKAN MENGINSAFKAN MANUSIA?

Sabda Rasulullah SAW “..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan meyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”
Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),
"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Surah Taha :- Juzuk 20 Ayat 
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
(Taha 20:14) |

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kebenaran kata-kata baginda Rasullulah s.a.w berhubung 'bintang berekor' yang dikenali sebagai ISON olih para-para saintis atau pengkaji ''bintang' amat bertepatan . Sifat serta 
bentuk 'bintang' yang diperkatakan olih Baginda Rasullulah amat tepat keadaanya. Hanya apa yang perlu dinantikan ialah, samada 'bintang itu akan hancur dan lebur' apabila mendekati matahari atau 'bintang' tersebut akan 'tersiah' dan kembali keorbitnya, hanya akan diketahui sedikit masa lagi. Kalau mengikut kata 'hadith' , 'bintang' tersebut sepatutnya kembali ke'orbit'nya. Walauapapun ' semuanya' adalah ketentuan Allah SWT.

Apa yang perlu dititikberatkan disini ialah' signal' atau' tanda' yang diberikan kepada seluruh warga manusia samaada yang beriman mahupun sebaliknya akan 'kebenaran' yang bakal kunjung tiba. Sejarah membuktikan bahawa setiap watak besar yang akan hadir akan berlaku 'malapetaka' atau 'petunjuk' besar dari Allah SWT seperti berikut:-

       Ketiga, peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran.

        Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh.

       Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Bersandarkan dari pengalaman lalu, maka, dengan 'terzahir'nya 'bintang berekor atau ISON" ini bererti 'kemunculan' watak besar yang disebut akan 'mengulangi' kejadian-kejadian besar yang bakal menghantui kehidupan warga dunia. Kegelisahan manusia terhadap 'apa bakal menimpa' akan menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah negara.

Kalau disingkap sepanjang 12b bulan ini, bermacam-macam musibah besar melanda dunia.  Dari sekecil-kecil negara sehingalah kesebesar-besar negara. Enjin 'kemusnahan'  'telah' mula aktif . Gempa,taufan,tsunami dan bermacam-macam lagi kemusnahan silih berganti 'membantai' dunia dan yang paling pelik ialah 'timbul' nya dua kepulauan baru di muka bumi iaitu diPakistan dan di Jepun. Apakah 'tanda-tanda' ini. Tidakkah manusia memikirkannya?

Inshaallah didalam waktu yang terdekat ini, banyak kejadian besar bakal menjadi 'tajuk utama' berita diseluruh dunia.Bukan saja dibumi bukan Islam malah dibumi negara yang 'ramai' umat Islam juga tidak terkecuali.
                     Comet Ison hours before the close encounter (pic: ESA&NASA/SOHO/SDO)
Walau apapun melalui 'kata hadith' yang disebut :- 
 Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Olih itu disarankan kepada yang 'meyakini' akan Tuhan Yang di Esakan, bermulalah  dengan 'bermuhasabah hati" dengan 'mensyukuri' kerana diberikan kesedaran untuk 'berubah'.Fahamilah sedalam-dalamnya ,maksud 'ungkapan diatas.

                                                    Surah Taha :- Juzuk 20 Ayat 
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
                                                            (Taha 20:14) |

                                           sekadar mengingati :- Cahaya Al Majid

4 comments:

  1. KOMET ISON telah datang dan pergi bawa petanda2 mahulah direnungi.
    Mula dikesan hujong 2013 kehadirannya telah kejutkan penduduk bumi.
    Tanggal 14 Januari 2014 menghampiri bumi hampir2 menghentam bumi.
    Bumi hanya melanggar bedu2 laluan ISON lantas hilang kemana ia pergi.
    Kebetulan 14 Januari 2014 penduduk bumi sedang meraikan Maulidur Nabi.
    Bersamaan 12 Rabbiul Awwal itulah sambutan ulang tahun Keputeraan Nabi.
    Sudah ketentuan Ilahi 12 Rabbiul Awwal juga bersamaan kelahiran AlMahdi.
    Kehadiran ISON kebumi bagei meraikan kelahiran 2 Mukjizat Nabi dan Wali.
    Baginda Nabi SAW telah berpulang keHadrat Ilahi tidak akan bertugas lagi.
    Kini Ahlulbait Nabi dialah Imam Mahdi Asli aka Raja Wali mahulah dicari...

    Musim Haji Tahun xxxx sudahkah kalian dengar berita kedatangan AlMahdi..??

    Selamat Mengakhiri Ramadhan Bulan Ibadah Puasa.
    ..Selamat Hari Raya 'AidilFitri - Maaf Zahir dan Batin..

    ReplyDelete
  2. Coming soon!!! Begitu juga dng kemusnahan seluruh Indonesia n Malaysia akibat GEGARAN n LETUPAN BERTURUTAN lingkaran gempa n beratus-ratus gunung berapi aktif...air setinggi gunung, asap beracun n karam. Diikuti dng meletusnya Yellowstone Supervolcano!!! Habislah Melayu!!! Sbb semakin leka, lalai, lupa...dok asyik menatap wjah dajjal hnd phone!!!

    ReplyDelete
  3. Kami dari WTS Semelenggang mengalu-alukan kedatangan bintang berekor. Wassalam.

    ReplyDelete
  4. " Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?"
    (Taha 20:09)

    "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan".
    (Taha 20:15)

    "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa".
    (Taha 20:16)

    ReplyDelete