Friday 28 August 2015

THE PROMISED LAND : RAKYAT LWN NAJIB ATAU NAJIB TIPU RAKYAT???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari ini bermulalah satu episod baru dalam sejarah Malaysia dimana dijangka ribuan rakyat yang menyampah dengan kepimpinan Najib yang mana skandal RM42BILLION hutang yang gagal dijawap Najib dan kuncu kuncunya dengan secara telus, ditambah burukkan lagi dengan cukai GST yang dikenakan terhadap rakyat dan isu yang paling hangat yang tertonjjol diperut Najib dan Rosmah ialah tentang gaya hidup mereka berdua yang bermewah mewah melebihi pendapatan sebagai Perdana Menteri , membuatkan rakyat lagi mengesyaki bahawa "rasuah" adakah didakapan Najib.

Begitu juga isu RM2.6 BILLION serta berpuluh juta  lagi yang masuk keakaun peribadi NAJIB masih lagi belum terjawap secara terangan olih Najib cuma wang yang berjumlah Rm2.6billion @ USD700 juta telah dikata sebagai derma politik olih penjilat Najib. Ketidak jujuran Najib didalam menjelaskan isu ini telah menghangatkan lagi sisi politik negara. Bukan ahlu UMNO saja yang mencurigai "derma" ini malahan seluruh rakyat juga meraguinya. Begitulah dramatiknya episod "duit free" yang masuk keakaun peribadi Najib ini.

Ketidak puasan hati rakyat serta alasan alasan "standard longkang" ahli kabinetnya membuatkan rakyat serta pemimpin parti pembangkang dan disertai  beberapa NGO bergabung didalam satu perhimpunan yang dikenali sebagai BERSIH 4.  Walaupun kerajaan melabelkan pergerakan ini sebagai "haram" namun itu semua adalah presepsi Kerajaan Najib saja , apa yang dilihat dan dirasakan ini adalah satu  ancaman kepada Kabinet Najib sebenarnya.

Ketidak tentuan arah ekonomi , nilai ringgit yang merudum, pasaran saham yang lemah serta pengeluaran dana dana asing telah mula dirasai kini. Peningkatan kos sara hidup, kenaikkan harga barang, basah atau kering, telah mula menghimpit kehidupan rakyat. Kelemahah kos pembeli mula dirasai olih peniaga dan ini memberi impak besar kepada golongan peniaga, samaada melayu mahupun bangsa lain.

Kegagalan Najib mentadbir negara amat ketara. Kebimbangan rakyat diatas kebolihan Najib sememangnya berasas.
Perlucutan jawatan beberapa orang menteti serta Tpm serta penamatan kontrak AG secara tetiba serta pembubaran team penyiasat kes 1MDB menguatkan lagi andaian rakyat bahawa terdapat lagi "isu terbesar" yang disorokkan dari pengetahuan rakyat dan juga negara.

Yang sedihnya DYMM YDPA dan Raja Raja Melayu semuanya "hilang suara" terhadap kebimbangan rakyat kecuali Sultan Johor. Apakah "tuanku tuanku" ini juga telah tergadai "MAHKOTA" nya dari memayungi rakyat?

Walauapapun semoga apa yang berlaku hari ini bakal tercatit dalam sejarah moden negara ini.
Suara siapa lebih lantang, kuasa siapa lebih besar.

                                               Cahaya Al Majid








No comments:

Post a Comment