Bismillahhirrahmannirrahim.
TAKUT DENGAN KEBENARAN
TUN DIPENGHUJUNG NYAWA
KERAJAAN NAJIB SEMAKIN TAKUT
Hanya kerana Dr Mahathir tidak sehaluan dengan Najib serta barisan Kabinetnya , dimana Dr Mahathir sendiri tidak boleh menerima alasan alasan yang "membangangkan" yang dihujahkan oleh Panglima Najib .
Dari CEO 1MDB mahupun ke Pemimpin Tertinggi UMNO berserta AG Apandi isu 1MDB serta dana RM2.6 billion dan isu dana RM42 juta yang didapati dimasukkan keakaun peribadi Najib telah membuatkan seluruh anggota yang dilantik Najib samaada sebagai Menteri, Pengerusi Syarikat Milik Kerajaan mahupun individu yang dilantik untuk menduduki kerusi tertinggi dalam UMNO , semuanya menuding jari kepada bekas Presiden UMNO ini dan kini beliau (Dr Mahathir) mula dilabel sebagai "musuh" yang perlu dinyahkan atau dibisukan walau dengan apa cara sekali pun.
Kelantangan suara bekas Presiden UMNO yang bertali arus ini tidak disenangi oleh Najib Razak serta konco konconya samaada yang berada didalam Kerajaan mahupun yang diluar Kerajaan.
Ledakan suara beliau yang disokong oleh Rakyat samaada dari kem pemerintah ataupun pembangkang dalam menentang gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Pemimpin Kerajaan mula membibitkan keresahan kepada Kerajaan.
Kepatuhan "membuta tuli" para pemimpin UMNO serta ketakutan hilang jawatan dikalangan Ahli Parlimen serta ADUN Barisan Nasional serta Ketua Bahagian dilihat sebagai sesuatu yang membimbangkan.
Walaupun isu hutang 1MDB serta dana RM2.6 Billion serta RM42 juta SRC amat ketara kesalahannya ditambah burukkan lagi dengan GST yang membebankan rakyat namun semua ini dihalalkan juga . Ini menyebabkan seluruh rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan pimpinan Najib.
Kerajaan pada hari ini melalui IGP dah mengumumkan bahawa kertas siasatan terhadap Dr Mahathir telah dibuka. Cai Cai Najib serta pendukong pendukong salah laku ini amat teruja dengan perkembangan mutahir ini dan mengharapkan agar Dr Mahathir juga disumbat ke penjara.
Perlu diingat oleh Kerajaan ketika Anwar Ibrahim atau TPM ketika diheret kemahkamah..fikirkan..apa terjadi.
Sanggupkah Kerajaan Najib dan UMNO berdepan dengan perkara yang lebih buruk dari itu?
Jangan merendahkan sokongan rakyat terhadap Dr Mahathir. Mahathir dah banyak berjasa kepada umat Islam dinegara negara Islam didunia dan beliau juga telah diterima sebagai Pemimpin Terulung Dunia Islam terutama kes Bosnia dan Perang terhadap Zionist.
Sanggupkah Kerajaan Najib menerima tamparan ini?
Demi kuasa Najib tidak mengendahkan salahlakunya.
Cahaya Al Majid
Setuju..
ReplyDeleteMahadir patut ditangkap.
Delete0035 .. bapak ngko tu yg patut di tangkap!!
Delete