Bismillahirrahmanirrahim.
Hari berganti hari ,jam demi jam dan saat berdetik laju. Itulah sifatnya alam yang ditentukan Allah SWT yang dalam ketentuan Nya.
Sifatnya manusia ada yang tajam fikiran ada yang lemah ada yang cergas dan ada yang lembam, semua ini " anugerah" yang perlu dijagai dengan lepasan lepasan nafas yang bertasbih memuji dan mengagungkan Allah SWT yang tanpa disedari olih manusia yang tidak mengenal "Tuhan" nya.
Berbalik kita diperjalanan yang dititipkan untuk kita lalui seharian dimana hati, otak yang berfikir, yang selalunya tidak sehaluan, namun, dalam perselangkahan menusia dalam menegakkan kebenaran, tetapi, hati dan fikiran selalu bersengketa dan tidak sehaluan.
Tetapi akal, hati dan nafsu manusia selalu tergadai kerana lemahnya " iman" dan " tergugatnya pegangan dan kepercayaan yang sanggup di gadai samaada kerana kuasa, harta mahupun wanita. Itulah manusia.
Contoh :
Dalam kes Najib dan 1MDB yang berhutang berbilion ringgit tanpa diketahui samada olih Timbalanya mahupun Ahli kabinetnya serta kemasukkan berbillion ringgit keakaunnya juga tanpa diketahui olih Timbalan dan anggota kabinetnya juga, namun kerana kuasa dan imbuhan imbuhan berupa "wang" , maka, segala salahlah, bukan lagi halangan.
Namun apabila.dipertikai kesalahan dan perbuatan tersebut, ada saja yang menghalalkan malahan menambah dan menokok dan diputar , tetapi, yang hebatnya, semua nya "halal'.
Tetapi apabila Dr Mahathir dituduh tidak mengetahui dan terlibat dalam kerugian FOREX diera pemerintahannya, dan dituduh pula cuba untuk melindungi kebenaran, namun, dipihak yang menuduh pula tidak dapat menerima hakikat, bila mana Nor Yaakob mengakui pula bahawa kesalahan tersebut terpikul dibahunya. Namun untuk menerima kata kata kebenaran dari " yang melakukan' ada saja yang berbunyi dan berbalah.
Inilah sifatnya , dua jenisnya manusia , apabila seseorang beriya iya mengejar kuasa dan berimankan kemungkaran, maka , hati, kepercayaan mahupun pegangan selalu saja tergelincir.
Selam dalam hati anda..Lihatlah..Cerminan hati sendiri.
Dimana letaknya kesucian dan ketelusan hati anda.
Salam Jumaat dari Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment