Saturday, 14 March 2020

THE PROMISED LAND : AKHIR ZAMAN. SIAPA YANG DINANTI.

Bismillahhirrahmannirrahim.

KINI TANDA TANDA TAK.MASUK
AKAL SUDAH MULA ALLAH SWT
SERLAHKAN.
TERPULANG KEPADA ANDA MENILAINYA.

Dalam Al Qur'an Allah SWT firmankan bahawa Isa Putera Mariam tidak disalib seperti yang didakwa olih Pendita Yahudi mahupun olih Pendita Kristian.

Mengikut Firman Allah SWT, Baginda Isa Putera Mariam telah diserupakan wajahnya dengan Salah seorang, orang yang mendatangi beliau,.Dan Allah SWT mengangkat Baginda Isa Putera Mariam kesisinya .
Itulah yang Allah SWT firmankan didalam Al Qur'an .

Ada sesetengah ulama berselisih faham tentang kisah ini. Ada yang mengatakan bahawa Baginda Isa Putera Mariam telah diwafatkan dan diangkat kelangit dan ada juga berpendapat mengatakan bahawa Baginda Isa Putera Mariam tidak wafat ketika diangkat kelangit
Banyak perselisihan pandangan mahupun pandapat tentang isu ini.

Melihatkan kepada Firman Allah SWT, yang nyata dan yang tidak perlu diperdebatkan iaitu "Allah SWT menyerupakan wajah Isa Al Masih dengan seseorang dan diangkat kelangit", cukup membuktikan bahawa Allah SWT membawa beliau secara 'nyata' naik kelangit.

Dikuatkan lagi dengan Hadith Hadith Rasullullah saw yang mengatakan bahawa Baginda Isa Putera Mariam lah.yang akan membunuh Al Dajjal.

Tetapi adakah kedatangan Baginda Isa Putera Mariam semata mata untuk membunuh Al Dajjal?

Bukan kah baginda dahulu merupakan seorang Nabi Dan Rasul yang mempunyai bermacam macam mukhjizat.
sehingga bolih menghidupkan orang mati?

Kisah penyaliban Isa Putera Mariam Hanya terdapat didalam kitab Injil itupun dituliskan selepas 300 tahun ketiadaan Baginda.

Berpaksikan kepada Mukhjizat yang Baginda Putera Mariam, miliki, sebagai seorang yang berfikiran waras, tidak akan yakin bahawa Baginda akan berjaya ditangkap malahan disalib.

Berpandukan kepada kehidupan Baginda yang berupaya melakukan  apa yang tidak bolih dilakukan olih manusia biasa, namun, kerana, kedengkian Rabai Rabai Yahudi yang dikuatkan dengan keupayaan Maharaja Herod yang bengis dan.zalim maka, segala, mereka karya penceritaan tentang Isa Putera Mariam disalib di viralkan keseluruh pelusuk negeri yang dikuasai.

Segala bentuk penentangan terhadap dekree Penyaliban terhadap Isa Putera Mariam tidak bolih dibantah mahupun di pertikai. Maka segala bentuk kisah pengajaran sebenar yang dibawa Dan diajarkan olih Baginda Isa Putera Mariam
telah diubah semuanya. Itulah yang berlaku terhadap isi sebenar kandungan didalam Injil.

Apabila Al Qur'an diturunkan kepada Baginda Rasullullah Muhammad saw, diterangkan segala kekusutan dan kekhilafan yang terdapat didalam Injil. Namun puak Nasrani dan Yahudi tetap menafikan kebenaran yang Allah SWT firmankan.

Doa atau permintaan Baginda Isa Putera Mariam tiada Hijab. Kelangsungan doa Baginda Isa Putera Mariam terus kehadapan Allah SWT .
Salah satunya adalah ketika Baginda meminta hidangan untuk menjamu para sahabat nya. Terus didatang hidangan tersebut tanpa kelengahan.
Kisah ini pun Allah SWT firmankan didalam Al Quran.

Kenapa Allah SWT datangkan Baginda kepada Bani Israel?
Kedatangan Baginda adalah untuk membenarkan Agama,Kitab dan ajaran Nabi Musa a.s. dan bukan membawa Agama baru.

Pentaksub Dan penjual agama serta Rabai Rabai dan pendeta Agamalah yang telah bersengkokol dengan Institusi Raja dalam isu penyaliban Isa Putera Mariam.

Kristian hanya tertubuh selepas peristiwa "penyaliban" bagi mengingati Baginda Isa Putera Mariam yang mereka yakini "mati" dipenyaliban,maka, tertubuh lah perkumpulan agama yang berlawanan dengan kepercayaan agama Yahudi acuan Agama Musa.

Sifat kasih dan sayang terhadap manusia yang Baginda Isa Putera Mariam miliki dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian membuatkan Bani Israeli terpesona dan kagum.

Memandangkan Rabai Rabai dari Institusi Agama Musa dirasakan telah tercabar dengan kesantunan dan kemuliaan sikap Baginda Isa Putera Mariam yang berlawanan dengan perangai Rabai Rabai Yahudi , ini membuatkan keyakinan masyarakat terhadap Institusi Agama bertambah parah,maka, pembunuhan kareter, telah dilakukan terhadap Baginda Isa Putera Mariam.

Untuk kedatangan kali ini, sifat dan kemuliaan diri Baginda tetap sama seperti dahulu. Kalau dahulu kata kata dan doanya diangkat secepat kilat, kali.inipun, akan tetap sama.

Itulah sebab Baginda Isa Putera Mariam tidak memerlukan sebarang senjata untuk mengalahkan Al Dajjal.

Untuk pengetahuan umum, hanya Isa Putera Mariam saja yang mengenali siapa Al Dajjal sebenar.
Dan..
Adakah Al Dajjal  akan terbunuh diKota Israel?
Dan
kenapa Al Dajjal Al Masih berkubu di.Israel?

Inshaallah...akan disambung.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment