Bismillahhirrahmannirrahim.
JANGAN SAMPAI MASYARAKAT
MELABEL ANDA SEBAGAI
MANUSIA HIPOKRIT.
Kepada kelompok Tabligh jangan mementingkan diri.
Agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw, tidak sedikit pun memudharatkan orang lain waima orang bukan Islam sekali pun.
Kerahmatan yang bawa bawa Nabi Muhammad saw.adalah untuk sekalian alam.
Kalau kerahmatan Nabi Muhammad saw yang mahu kamu panjangkan dalam kehidupan orang lain, maka, terjemahkanlah sifat sifat itu, kasih dan sayang serta menghormati orang lain.
Kalau dalam hal kemaslahatan orang lain pun tidak mampu kamu utamakan atau kamu dahulukan , ajaran siapa yang
bawa?
Adakah perbuatan yang kamu tunjukkan hanya untuk kemaslahatan diri kamu sendiri?
Kamu menyakini' bahawa perjuangan untuk keluar "bermusafir selama 40hari "berdakwah" adalah demi kelangsungan sunnah Rasullullah' seperti yang kamu yakini.
Sedarkah kamu,semua itu bakal "jatuh dengan sendiri' bila mana kamu tergolong dalam kalangan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri berbanding keselamatan orang lain?
Ada lebih 4000 rakan rakan kamu yang sepatutnya memudahkan kehidupan orang lain dari terjangkit akan "Covid China virus" ini, dimana 3 kematian telah direkodkan,
Sedarkah kamu bahawa 2 dari 3 mangsa yang terkorban adalah dari kalangan anggota kamu sendiri.
Kalau kamu redo dan mementingkan kehidupan orang lain seperti yang kamu war warkan, sepatutnya kamulah yang menolong dan memudahkan serta meringankan beban dan kehidupan orang lain dan bukan menyusahkan orang lain dengan menyorokkan diri kamu.
Jangan kerana sikap kamu yang "degil" dan mementingkan diri sendiri, maka, pada akhirnya orang akan melabel kelompok anda sebagai "ajen kepada kematian" orang yang tidak berdosa.
Akhirkalam.. jangan menyusahkan kehidupan orang lain.
Manusia PERLUKAN ketenangan demi sebuah kebaikkan.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment