Monday 16 March 2020

THE PROMISED LAND : RM6000 NILAI MARUAH YDPA DIMAHKAMAH?

Bismillahhirrahmannirrahim.

BILA HAKIM TIDAK TAHU
MELETAKKAN INSTITUSI
RAJA RAJA MELAYU DAN
INSTITUSI YDP AGONG
DIKEDUDUKAN TERTINGGI NEGARA.

RM6000 adalah nilai yang dikenakan terhadap penghina YDP Agong yang didapati bersalah olih Mahkamah.

2 orang warganegara seorang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina, didakwa dan dituduh dibawah kesalahan MCMC.

Adakah memadai dengan denda tersebut memandangkan YDP Agong atau Raja Raja Melayu adalah lambang dan Institusi yang tertinggi dinegara ini.

Sepatutnya nilai yang dikenakan adalah lebih tinggi atau hukuman penjara dikenakan bagi memberi pengajaran kepada rakyat agar tidak seweneng wenangnya menghembur perkataan tidak sepatutnya terhadap Institusi yang tertinggi ini.

Hakim yang menjatuhkan hukuman yang tidak setimpal itu juga sepatutnya dikenakan tindakan menghina Institusi YDP Agong juga,kerana , memandang rendah terhadap penghinaan kepada YDP Agong.dan Raja Raja Melayu.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment