Saturday, 31 October 2020

THE PROMISED LAND:. UMNO TAK SEPATUTNYA BERADA DALAM KEBINET PN.

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Nampaknya UMNO.sudah sepakat.untuk meleraikan sokongan terhadap Kerajaan PN bilamana gejala Covid sudah mendatar atau terkawal. 

Dalam bahasa mudahnya pilihanraya  perlu diadakan bagi menstabilkan politik bagi menentukan siapa yang layak atau patut diberi kuasa olih rakyat untuk mentabir negara.

Kini Kerajaan Muhyiddin berada pada keadaan terumbang ambing. 

Kegoyahan dalam Perikatan Nasional yang dinaungi Muhyiddin yang berpaksikan kepada 6 Kerusi Parlimen PPBM atau Bersatu yang diasaskan Mahathir ditambah dengan beberapa kerusi lompat dari PKR yang dibawa Azmin dan Zuridah berserta beberapa lagi Kerusi UMNO yang menyeberang juga kapangkuan PPBM atau Bersatu maka dengan sokongan padu dari UMNO dan PAS yang dikenali sebagai Mufakat Nasional berserta GPS Sarawak maka terbentuklah gabungan yang "tidak setara".

Semua sedia maklum bahawa kedudukan PN sebelum timbulnya isu "darurat" serta sebelum PRN Sabah,Kerajaan Muhyiddin hanya mempunyai sebanyak 112 kerusi Parlimen.yang menyokong beliau.

Tetapi selepas PRN Sabah, dimana percakaran terhadap Kerusi KM tercetus dimana UMNO merasakan kekuatan mereka tercabar apabila Bersatu yang memiliki kurang kerusi DUN berbanding UMNO telah diberikan jawatan KM kerana ditekan Muhyiddin,maka, ketidakpuasanhati UMNO mula membuak buak.

Diburukkan lagi apabila Muhyiddin menyembahkan 'darurat" kehadapan YDP Agong tanpa berunding atau memaklumkan tindakan yang mahu dibuat dengan Ketua Ketua Gabungan iaitu UMNO, PAS, BN serta GPS ,maka  pada akhirnya isu 'darurat' telah ditolak olih YDP Agong dan Raja Raja Melayu maka meletuplah semuanya.

Demi meredakan kepanasan meluap luap Ahli UMNO, sekali lagi satu penciptaan isu terhadap UMNO dipermainkan. 

Dengan alasan mahu melantik seseorang.yang.bukan didalam hairaiki UMNO sebagai TPM maka, bergetar lagi jantung UMNO dibuatnya.

Hahahah kali ini MKT UMNO dilihat semakin matang dalam membuat keputusan. 

Tetapi kalau dibiarkan Wak Zahid untuk membuat keputusan,maka, hancurlah jadinya.

Sepatutnya UMNO membuat kesepakatan bahawa semua Ahli Parlimen UMNO yang menganggotai Kabinet Muhyiddin ditarik balik bukan dikekalkan . Ketetapan bertujuan untuk menunjukkan kepada Muhyiddin.bahawa UMNO tidak lapar atau gila kuasa dan pada masa yang sama tetap menyokong Kerajaan PN sampai Covid reda.

Ditambah lagi bahawa kehadiran Ahli Parlimen UMNO didalam Kabinet Muhyiddin pun tidak memberi  sebarang impak atau kesan kepada rakyat mahupun UMNO sendiri.

Sedangkan hal besar seperti "mempersembah isu darurat' kepada YDP Agong pun Ahli Parlimen UMNO tidak,"berkotak' malahan menyokong pula cadangan Muhyiddin.

Tidak kah ini menyerlahkan lagi kelemahan berpolitik Ahli Parlimen UMNO yang menganggotai Kerajaan Muhyiddin.?.atau sememangnya Ahli Parlimen.UMNO.ni bersifat talam dua muka yang bertindak sebagai"gunting dalam lipatan"?

Kegusaran Muhyiddin dan kemnya kini bertambah gundah gulana.

Hilang sokongan dari Ku Li mahupun Najib adalah pasti. 

Tetapi tidak dapat dipastikan masih adakah lagi lagi Ahli Parlimen dipihak Kerajaan yang berbolak hatinya dalam menyokong' Muhyiddin?

Atau adakah.pasti bahawa Pembentangan Belanjawan kali ini bakal tidak disokong olih majoriti Ahli Parlimen.

Sentiment yang membungkam :-

Sentiment marahkah Muhyiddin masih lagi tebal

Sentiment marahkah Azmin masih membara.

Sentiment kedudukan UMNO yang diperlekehkan olih Bersatu masih lagi segar bugar.

Adakah sentiment 'isu darurat' bakal menyatukan semua musuh Muhyiddin dan PN akan diterjemahkan secara berjemaah dalam Persidangan nanti??

Inshaallah, masanya pasti tiba..

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment