Friday 25 June 2021

THE PROMISED LAND: PEGUAM NEGARA MEMUTUSKAN KERAJAAN PN BERKUASA MENGATASI KUASA YDP AGONG !

Bismillahhirrahmannirrahim.

KRISIS BERPANJANGAN!!!

KERAJAAN MINORITY BERKUASA PENUH???

Sah!!! 

Kuasa Kerajaan mengatasi kuasa YDP Agong?

Kuasa mamanggil  Persidangan Parlimen memang kuasa YDP Agong tetapi membuka dan memulakan Persidangan Parlimen adalah diatas kuasa mutlak Kerajaan Pemerintah dan bukan kuasa YDPA dan perkara ini telah disahkan olih Peguam Negara.

Woooo!!!

Kuasa memulakan Persidangan Parlimen yang dirasakan dimiliki olih Baginda YDP Agong ,sebenarnya bukan Hak Baginda. Maka sahlah..apa yang dilaungkan selama ini olih penganalisa politik semuanya tidak bertepatan dengan Perlembagaan Negara,hanya keputusan dan pendapat Peguam Negara terpakai.

Seperti yang saya katakan selama ini ,prasa. Kuasa YDP Agong dan Raja Raja Melayu terbatas ,kini terserlah.

Hanya Kuasa YDP Agong yang masih terpakai hanyalah ketika perlantikan Perdana Menteri.

Dan keistemewaan Baginda YDPA hanyalah dalam soal memilih sesiapa saja sebagai Perdana Menteri yang terdiri dari kalangan Ahli Parlimen yang dirasakan olih Baginda mempunyai sokongan majoriti. Itu saja.

Maka lafas janji bahawa Pemimpin Kerajaan Pemerintah yang mengaku akan menjunjung Perintah Titah Tuanku YDPA juga bukanlah sepenuhnya tetapi dibatasi mengikut Perlembagaan juga.

Jadi apa yang bolih difahami, kedudukan YDPA hanya berfungsi diatas nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.saja dan tak lebih dari itu.

Seperkara yang perlu diingat olih Kerajaan Pemerintah mahupun Peguam Negara, adakah Kerajaan PN kini mempunyai cukup majority di Parlimen?  

Kini 3 orang Ahli Parlimen UMNO sudah menarik sokongan terhadap Kerajaan PN, itu tidak termasuk lagi Ahli Parlimen yang secara terangan yang tidak sealiran dengan Kerajaan PN kini, seperti Najib Razak, Zahid Hamidi dan beberapa kerat lagi ?

Namun adakah valid untuk YDPA untuk "menerima pakai nasihat" Perdana Menteri yang didakwa pembangkang telah hilang majoriti'?

Atau 

Mahiaddin perlu membuktikan terlebih dahulu dihadapan YDPA bahawa beliau memiliki cukup majoriti sebagai Perdana Menteri ?

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment