Friday 6 August 2021

THE PROMISED LAND: KLUSTER PENGKHIANAT PERLEMBAGAAN!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kemelut menentukan keabsahan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri menjadi pertikaian sekarang.

Mahiaddin mengaku dan mendakwa bahawa beliau masih lagi Perdana Menteri dan beliau mendakwa bahawa memaklumkan beliau masih lagi mempunyai sokongan majoriti dari Ahli Dewan Rakyat telah dimaklumkan kepada YDPA

Namun samaada angka sebenar atau bilangan sebenar yang didakwa masih dimiliki beliau dipertikai.

Pihak pembangkang atau penentang Mahiaddin merasakan apa yang didakwa Mahiaddin adalah pembohongan semata.

Kemungkinan "peristiwa" Ismail Sabri bersama sama MP Umno di Wisma Putra tersebut membuatkan Mahiaddin yakin.bahawa 40 MP Umno masih menyokong beliau seperti yang diperkatakan

Melalui sidang media Zahid aka Presiden UMNO, Zahid mengumumkan bahawa 11.MP UMNO telah menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan Kerajaan PN dan meminta Mahiaddin meletak jawatan Perdana Menteri. 

Mahiaddin bertindak dan menghadap YDPA.

Sebelum ini Mahiaddin tidak pernah mengabsahkan jawatan Perdana Menteri nya di Parlimen.

Perlantikan dan pemilihan beliau adalah melalui SD yang dipersembahkan kehadapan YDPA dan beliau dipilieh melalui kepercayaan YDPA bahawa beliau memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen ketika itu.

Sepekara lagi jawatan yang dimiliki Mahiaddin bukanlah melalui kemenangan pilihan raya tetapi melalui penjajaran Ahli Parlimen dari beberapa buah parti politik yang kecundang pada PRU 14 .

Kehilangan majority telah terserlah!!!

Mahiaddin dan Kerajaan PN telah hilang sokongan dari Ahli Parlimen terutama dari Blok UMNO yang mempunyai 40 kerusi MP.

Walaupun bukan semua MP UMNO yang menarik sokongan tetapi memadai dengan 11 orang yang telah menarik sokongan, maka, Mahiaddin telah hilang cengkaman.

YDPA perlu memanggil Mahiaddin untuk membuktikan bahawa beliau masih lagi mempunyai sokongan. 

Pembuktian melalui SD perlu diserahkan kepada YDP Agong, memadai bagi Baginda YDPA untuk membuat keputusan segera.

Tiada perlu untuk melakukan undi percaya atau tidak percaya didalam Parlimen kerana selama 17 bulan Mahiaddin yang telah diperkenankan dan dilantik sebagai Perdana Menteri namun jawatan Perdana Menteri yang disandangnya tidak pernah diabsahkan olih Ahli Dewan Rakyat atau Parlimen.

Olih itu tiada keperluaan untuk Parlimen melakukan pengundian lagi kerana sekarang telah terbukti  bahawa Mahiaddin telah tiada majority sokongan dari Ahli Parlimen. Untuk itu YDPA perlu menegakkan apa yang terpatri didalam Perlembagaan.

Berdasarkan  :

Mahiaddin.bukan dipilieh atau dipersadakan untuk jawatan PM melalui Pilihan raya.

Mahiaddin diperkenankan jawatan PM melalui surat sokongan atau SD dari Ahli Parlimen yang majoriti parti yang diwakili kalah dalam PRU14.yang dibuat diluar Parlimen.

Keabsahan jawatan PM Mahiaddin tidak pernah dibuat olih Parlimen dan jawatan PM Mahiaddin hanya sekadar mendapat perkenan dari YDPA saja.

Kalau ketika Mahiaddin dilantik dahulu memiliki simple majoriti atau 114 maka.sehingga semalam dengan pengumuman TPM Ismail Sabri bahawa hanya 31 orang MP UMNO dan BN masih menyokong Mahiaddin maka Mahiaddin kini telah kehilangan 11 MP.

Secara Perlembagaanya.jawatan PM Mahiaddin terbatal dan tidak sah.

Baginda YDPA perlu  bertindak seawal minggu depan untuk menyelesaikan kemelut Perlembagaan ini dan keabsahan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri perlu dijelaskan secara tuntas.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment