Thursday 5 August 2021

THE PROMISED LAND: LANGIT MALAYSIA BAKAL MENURUNKAN BALA!!!

Bismillahhirrahmannirrahim

Semuanya sudah terlambat!!!

Angka jangkitan Covid bakal mencanak lagi untuk minggu minggu mendatang.

Angka kematian harian juga bakal melepasi angka 200 sehari.

Samaada hospital Kerajaan mahupun swasta, mangsa dijangkiti semakin tiada katil untuk diberikan.

Container mayat juga bakal menjadi keperluaan mendesak.

Tak kira apa jua unjuran yang bakal diberi atau dibentangkan KKM atau Kerajaan tentang kesesakan dihospital, semua tindakan Kerajaan jauh dari sasaran.

Darurat,PKP,PKPD,PKPB semuanya kelaut.

Rakyat dikuarantin tetapi Dewa Kayangan jalan sana jalan sini, Mesyuarat sana Mesyuarat sini. Kepong sana kepong sini semua nya kerana takut hilang kuasa, imbuhan dan jawatan.

Nasib rakyat marhean semakin terpinggir .

Rakyat kelaparan, tiada duit, tiada Kerja, tiada makanan , ada yang mengemis, ada yang tak makan dan yang paling trajis adalah ada rakyat membunuh diri.

Kerajaan gagal dalam menentukan keselamatan kesihatan rakyat.

Yang paling win bagi Kerajaan adalah 'mencari sokongan" untuk mengekalkan kuasa.

Umum di TV ,dakwa miliki sokongan majoriti tetapi pada hakikatnya..sokongan terhadap Kerajaan PN dan Mahiaddin  semakin mengelunsur.

Berita terpanas ..MP Umno hilang arah..

Dalam PAU kata hidup dan mati tetap bersama UMNO tetapi kini semuanya terkucil  dan bila diuji kesetiaan kebanyakkan kecundang waima nain President UMNO iaitu Ismail Sabri juga kecundang dalam ujian tentang kesetiaan terhadap UMNO dan parti.

Benar!!! Kuasa, pangkat dan imbuhan harta sememangnya 'membutakan' mereka.

Hahahah 😂😂😂😂

Dengan kata Zahid nak pecat mereka yang ingkar tentang arahan Perlembagaan parti..

Sejauh mana Presiden UMNO bolih menguatkuasakan kuasa UMNO terhadap pengkhianatan yang dilakukan olih beberapa MP mereka, kita lihatlah sehari dua ini.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment