Sunday 14 November 2021

THE PROMISED LAND:ADAKAH MAHATHIR DAN MAHIADDIN BERJAYA SUMBAT NAJIB KEPENJARA?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sememangnya niat Mahathir dan Mahiaddin untuk menyumbat Najib kepenjara.

Perbezaan pandangan dan pendapat disertakan dengan keingkaran Najib untuk menuruti segala kemahuan Mahathir, keadaan ini telah membarahkan lagi kebencian Mahathir terhadap kepimpinan Najib.

Berbeza dengan Mahiaddin, kerana beliau telah dipecat dari UMNO ketika menjawat Jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Najib,maka, api balas dendam telah menyemarak dihati beliau.

IMDB telah dijadikan asbab olih Mahathir dan Mahiaddin untuk menyemarakkan lagi kebencian rakyat terhadap Najib.

Walauapapun strategi telah diguna olih Mahathir dan Mahiaddin, samaada ketika memegang jawatan PM mahupun selepas hilang kuasa, namun, beberapa watak yang telah diimplan didalam kerajaan samaada didalam sector perundangan mahupun kehakiman, watak watak ini masih berkiblatkan kepada dua watak ini.

Walaupun Najib telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukum namun pertempuran Najib untuk membela dirinya dari keputusan sabitan di Mahkamah Tinggi, masih lagi berterusan diperingkat lebih tinggi . 

Terdapat dua lagi tingkatan Mahkamah yang bolih membebaskan beliau iaitu Mahkamah Rayuan mahupun Mahkamah Persekutuan.

Walaupun Najib dituduh dan didakwa dengan berbagai tuduhan namun semakin lama semakin menyinar kebenaran yang dikatakan olih Najib.

Sehingga kini Mahathir dan Mahiaddin tetap berusaha untuk menanamkan 'hasrat sakit hati mereka' dalam menguburkan "jenama Najib'. 

Mereka sedaya upaya berusaha untuk menanam kebencian ini dikepala rakyat dengan mengulang  ulang cerita yang sama walaupun kes Najib masih lagi berjalan di Mahkamah.

Adakah Mahathir dan Mahiaddin akan berjaya menyumbat dan memenjarakan Najib?

Jawapannya adalah tidak!!!

Sehari pun Najib tidak akan kepenjara atau dipenjara.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment