Friday 8 July 2022

THE PROMISED LAND : WATAK SIAPAKAH YANG DIYAKINI RAKYAT UNTUK MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Siapakah pemimpin politik yang diyakini rakyat yang dapat MEMULIHKAN ekonomi dan melepaskan negara dari cengkaman kemelesetan.

Adakah :-Mahathir 

Adakah.:- Anwar Ibrahim

Adakah :- Mahiaddin.  ... atau

Adakah :- Ismail Sabri 

Hahaha 😂😂😂😂

Tiada seorang pun penama diatas yang berkaliber yang diterima dan diyakini rakyat serta berkeboloehan untuk melakukan misi terpenting ini.

Malahan kepercayaan rakyat terhadap kemampuan watak watak diatas juga telah ditolak secara total olih rakyat majoriti.

Mahathir. 

Bukan saja masa tidak memihak kepada beliau tetapi yang terpenting beliau hanya dikelilingi olih makhluk makhluk perosak yang selama ini memayungi perjalanan politik beliau saja.

Beliau hanya berjaya melahirkan taikun taikun bertaraf AAA semasa era beliau tidak termasuk anak anak beliau sendiri.

Selama 22 Tahun beliau sebagai PM  kelompok Taikun AAA inilah yang dijaga dan yang membajai beliau.

Anwar Ibrahim.

Watak yang hanya pandai berkata kata namun tiada pembuktian nyata kehebatan ekonomi yang terpacul yang dapat disorotkan kepada rakyat melainkan hanya menghidangkan suntikan kata kata 'membakar' untuk menegakkan "kebenaran diri beliau" yang dituduh 'terfitnah'.

Sementara ketika "berkesempatan" iaitu ketika PH memenangi PRU 14 dengan menggunakan logo parti PKR , beliau tidak menggunakan strategi yang betul untuk menggapai kuasa dari Mahathir dan itulah kelemahan beliau. Yang dilakukan beliau hanyalah "menyerlahkan diri sendiri" berbanding kepentingan rakyat.

Mahiaddin.

Ketentuan bagi beliau hanya setakat 17 bukan sebagai Perdana Menteri. Perlantikan beliau bukan bersandar dari ketokohan atau kehebatan tetapi "peluang" digapai melalui persetujuan beberapa orang Ahli Parlimen samaada yang melompat parti mahupun dari Ahli Parlimen yang ditawarkan 'ganjaran" yang dipanggil "scheme of things'. dan  beliau diangkat dari gerakan tersebut. Kerana "Pengkhianatan" yang dikenali sebagai "Langkah Sheraton" telah membolihkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri. Kemeruduman ekonomi negara tampak jelas ketika beliau berkuasa.

Ismail Sabri.

Beliau merupakan watak dari Kluster Menteri UMNO yang menduduki tahta Timbalan Perdana Menteri diera Mahiaddin. Disebabkan Mahiaddin telah kehilangan kepercayaan dari Blok' UMNO PWTC yang tidak sealiran dengan Kluster UMNO yang berada  di dalam kabinet , segala tindak tanduk beliau menyerlah lagi akan kecondongan beliau terhadap Bersatu.  Maka itu, untung nasib Ismail Sabri ketika ini berada ditangan Bersatu atau Mahiaddin. Kesinbungan kuasa yang diungkap dimiliki Ismail Sabri kini sebenarnya bukan lagi milik UMNO. Yang terjaja dimata masyarakat kini hanyalah wayangan semata mata. Untuk beliau memulihkan ekonomi negara tidak akan pernah berjaya kerana beliau bukanlah seorang yang hebat atau berwawasan berbanding Najib mahupun Mat Hasaan. Dari segi pengaruh pun beliau tidak setanding dengan tokoh tokoh yang disebut diatas.

Walauapapun untung nasib dan masa hadapan negara ini bergantung kepada parti mana yang berjaya membentuk Kerajaan selepas ini dan siapa pula pilihan YDP Agong untuk menggalas jawatan Perdana Menteri.

Untung nasib negara ini juga terletak diatas pilihan kita samaada untuk memberikan kuasa kepada Barisan Nasional atau kepada Pakatan Harapan ataupun Perikataan Nasional.

Cahaya Al Majid.









No comments:

Post a Comment