Thursday 20 October 2022

THE PROMISED LAND : SIAPA BAKAL BERKUBUR PRU15 '

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari pengundian sudah pun ditetapkan . Walaupun pihak pembangkang melagukan berbagai irama tentang PRU 15 ini,namun kesiapsagaan mereka adalah melebihi dari sebenarnya.

 Tiap hari berkempen siang dan malam, namun, isu banjir yang dilagukan sebelum Parlimen dibubar pun tenggelam bersama sama malaon tersebut.

Hahahah 🤣🤣🤣🤣

Yakinlah pada kali ini iaitu PRU 15, keadaan tidak akan sama seperti PRU14.

Kalau dahulu rata rata rakyat telah termakan dengan pembohongan terutama dari Mahathir, Mahiaddin Yassin, Anwar Ibrahim, Mat Sabu,  Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Rafizi Ramli, Tony Pua, Tian Chua mahupun dari Grup Bersih dan Majlis Peguam, tetapi kini, rakyat semuanya sudah tersedar.

Penipuan.yang telah dihidangkan kepada rakyat dahulu kini bakal "memakan diri' mereka.

Kaum Cina yang paling ramai bersorak kegembiraan akan kekalahan Parti BN pada PRU 14 dahulu, tak kurang juga, kaum Tamil pun tumpang sekali. Mereka menganggarkan bahawa kegembiraan mereka akan selamanya. 

Hahahah 😂😂😂

Harapkan.panas.hingga kepetang rupanya hujan ribut ditengahari.

Tak sampai 2 tahun Kerajaan yang dibina diatas persepakatan antara parti minoriti  yang memiliki Kerusi paling sikit bersama parti yang memiliki Kerusi Parlimen tu yang lebih banyak, pemimpin Bersatu atau PPBM yang hanya memiliki 13 Kerusi telah diangkat untuk menduduki Kerusi PM sekali gus menerajui Kerajaan.

Persepakatan ini roboh dalam masa 22 bulan. Semuanya kerana merebutkan jawatan Perdana Menteri.

Sepanjang 22 bulan negara diperintah olih Sang saka 22 Tahun kelahiran dari UMNO, kemeruduman ekonomi terjadi dengan dashatnya. KLSE merudum.300.mata.dari.1896 jatuh keparas 1600 mata dan diera PN pula KLSE.merudum juga keparas 1400 mata. Disini masyarakat Tiong Hwa terkesan,sebab majoriti pemain bursa adalah kaum mereka.

Peergh...ramai yang mampus dan gulung tikar dan berhutang sana sini dengan Along.

Kaum India juga ramai yang terkesan juga tetapi impak terhadap mereka hanya tidaklah sebesar mana tetapi mereka tetap terkesan.

Yang mengharapakan bantuan yang dahulunya dinikmati diera Kerajaan BN, semuanya telah terhenti dan ini menyebabkan ramai yang marah.

Pakatan Harapan menjadikan Pentadbiran Kerajaan Puterajaya sebagai agen bagi Parti mereka. Mereka melakukan Pentadbiran mengikut acuan mereka yang pada akhirnya ekonomi terjejas teruk.

Pelabur asing lari meninggalkan negara dan melabur dinegara jiran. Syarikat bertaraf Dunia pun lari lintang pukang sebab terlihat ketidakstabian politik atau pertelagahan antara Mahathir Dan Anwar dan diburukkan lagi ada segelintir pemimpin DAP yang lantang menolak Mahathir.

Kegembiraan mereka terubat juga bilamana Mahathir sendiri merobohkan Kerajaan Pakatan Harapan.

Ingatkan malapetaka hanya setakat itu.Rupa rupanya apabila Kerajaan Mahathir diganti dengan Kerajaan Mahiaddin melalui Langkah Sheraton yang mana Kerajaan yang baru ini didukong olih PAS dan BN, rakyat jangkakan banyaklah perubahan dilakukan. Tetapi akhirnya merudum juga dan Mahiaddin digantikan olih Ismail Sabri dengan syarat Ismail Sabri mengekalkan semua anggota Kabinet Mahiaddin yang telah dinamakan sebagai Kerajaan PN.

Alhamdullilah semua itu telah berlalu dan menjadi sejarah apabila Parlimen dibubarkan Ismail Sabri kerana isu ketidakstabilan Politik.

Alhamdullilah.

Inshaallah seperti dulu dulu dan yang pernah saya tuliskan disini.. alhamdullilah.. keputusan nya alhamdullilah.. benar belaka. Syukur kehadrat Allah SWT yang membenarkan cerita menjadi kenyataan.

Allahhuakbar.

Pada PRU 15 ini, inshallah, tiada lagi parti minoriti yang layak dan cuba untuk memulas kuasa. Zaman puak minority telah berlalu.

Inshaallah GTA atau Pejuang bakal berkubur dan inshallah orang Langkawi sendiri akan mentalkinkan Mahathir.

Pengabungan antara PPBM atau Bersatu bersama PAS yang dikenali sebagai Perikataan Nasional bakal membawa petaka kepada PAS.

Inshallah BN bakal memenangi banyak Kerusi Parlimen di Kelantan.

DiTerengganu BN bakal memenangi balik Kerusi Parlimen yang lepas dan lebih 3/4;Kerusi Parlimen bakal dimiliki UMNO dan BN.

UMNO dan BN Pahang bakal raya sakan pada PRU 15 ini. 

Sementara di Perlis,.buat pertama kalinya Sahidan Kassim bakal ditolak olih pengundinya dan DUN Perlis bakal dimonopoli olih BN dan UMNO.

Sementara Parlimen Kedah bakal diterajui olih UMNO dan BN sementara Amanah akan menang satu atau dua Kerusi Parlimen saja. Pas akan kehilangan banyak Kerusi Parlimen.

Sementara di.Johor, Melaka dan Negeri Sembilan majority Kerusi Parlimen bakal milik BN dan UMNO.  

Nama besar seperti Mahiaddin, Salehuddin Ayub, President Muda serta beberapa tokoh besar DAP akan kecundang pada PRN 15.ini.

Semua nama besar Bersatu diMelaka bakal kecundang dan.ini termasuklah Mas Emiryanti dan Pak Wan.

Sementara di Selangor kedudukan Ahli Parlimen BN/UMNO dan Pakatan Harapan adalah seimbang. Calon baru dan muka baru dari UMNO bakal menonjol dan menang pada PRU 15 ini. Sementara calon Bersatu iaitu Rina Harun kecundang kali ini.

Sementara Azmin Ali serta Zuraida Kamaruddin juga bakal kecundang dikerusi Parlimen yang ditandingi.

Untuk Wilayah Persekutuan UMNO/.BN bakal memenangi beberapa Kerusi Parlimen semula. Untuk pertama kalinya Parlimen Lembah Pantai akan dirampas semula olih BN/UMNO. 

Hamzah Zainuddin serta beberapa Ahli UMNO yang melompat parti bakal kecundang pada PRU 15 ini.

Purata kemenangan.kali ini, semuanya berpusat kepada Barisan Nasional dan UMNO. 

Dan BN dan UMNO tidak perlu parti lain untuk membentuk Kerajaan.

Dan inshallah, Malaysia bakal menerima seorang Perdana Menteri yang bolih diterima olih semua lapisan masyarakat.

Nanti kan.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment