Friday, 19 October 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : BAHAGIAN III : SIAPA KEN PEDDLER? ADAKAH DIA DUGAAN BAGI AKU?

PULAU DAYANG BUNTING : KEBESARAN ALLAH SWT : WALAUPUN TERPISAH  1 KAKI  DARI AIR MASIH  DAN DI KELILINGI AIR LAUT NAMUN AIR DI   DAYANG BUNTING TETAP TAWAR. BEGITU JUGA LAH KEHENDAK ALLAH


                                                          SAMBUNGAN BAHAGIAN  III

Bismillah-h-r-rahman-nir-rahim

" Sesungguhnya apa yang aku tuliskan adalah benar dan sesungguhnya Allah SWT sebagai saksi"

Pada keesokkan harinya seperti biasa aku menjalankan rutin harian aku sebagai bapa kepada anak anak dan isteri, seawal pagi  selepas solat subuh aku sudahpun bersiap untuk  kesekolah dan seperti biasa aku akan terus ke pasar basah untuk mencari sayur sayuran dan lain lain.  Setelah selesai aku akan terus balik kerumah. Perjalanan kehidupan adalah sangat relax bagi aku, cuma ada waktu dan ketika terasa bosan pula, tak tahu kenapa, mungkin masa lapang terlalu banyak, maklumlah “penganggur”.Pada sebelah petang pula sebelum jam 6.30 petang aku akan ke Burau Bay dan perjalanan kesana hanya mengambil masa selama 35-40 minit bergantung kepada kelancaran perjalanan, adakalanya perjalanan lancar dan ada ketikanya pula lambat kerana banyak bas, van-van membawa pelancung melalui jalan tersebut. Pada petang tersebut kami agak lambat sampai , kami tiba disana lebih kurang jam 7.30 malam, maka kelam kabut lah isteri aku dan Alice menyiapkan diri masing masing kerana persembahan mereka akan bermula pada pukul 7.45 setiap hari dan berahkir jam 12.00 malam. Waktu yang singkat  tertingal aku gunakan secepat mungkin untuk menghadirkan diri di hadapan Tuhan Ku. Amin, Amin Yarabulalamin. Tuhan Maha Esa, Tuhan Pengatur Masa. Masa KetentuanNya.
Selepas “temujanji” tersebut, aku terus ke Awana Porto Malai. Perjalanan dari Burau Bay ke Awana hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Setibanya aku diperkarangan Hotel Awana, aku terus berjalan menuju ke Boardwalk ditempat aku biasa melepak . Aku terus duduk sambil merenung jauh, nun disebelah sana terdamar pulau  yang dikatakan mempunyai mistik sendiri, Pulau Dayang Bunting. Dipulau tersebut terdapat sebuah kolam besar seakan seperti sebuah tasik yang dipanggil Tasik Dayang Bunting, walaupun sekelilingnya digenangi air laut namun tasik tersebut airnya tidak masih walaupun dihujung tasik tersebut hanya selebar satu kaki benteng terhalang antara air laut dan air tasik tetapi air tasik tersebut tidak bercampur, itulah yang dinamakan Keagungan Tuhan, Manakan boleh bercampur antara baik dan buruk melainkan semuanya  dengan KehendakNya. Termenung jauh aku dibuatnya, sungguh damai aku rasakan, ibaratkan seperti orang kaya duduk di resorts diluar Negara dengan terdapat banyak labuhan yatch-yatch kepunyaan golongan berada berlabuh disitu. Deruan ombak  sekali sekali kedengaran memukul tepian tebing Boardwalk, makin sayu hati dibuatnya, tambahan pula dibuai oleh desiran angin laut yang  sepoi sepoi bahasa menyentuh seluruh batang tubuh aku. Alhamdullilah, sungguh syahdu sekali perasaan yang aku alami apabila berada di Boardwalk Awana Porto Malai, seakan-akan kami mempunyai chemistry bersama. Sebenarnya kedudukan Hotel Awana Porto Malai  adalah diatas tapak tanah yang telah ditambak, kalau diikutkan, sebenarnya hotel  terletak ditengah laut, itu yang membuatkan Hotel Awana itu lain dari yang lain, sungguh istemewa bagi mereka yang mengerti. Ibarat seperti sicelik menghafal huruf tetapi sibuta pula mengenal huruf. Maksudnya, pokoknya sama tetapi cara mengenal berbeza, itulah hakikat.

DISINILAH TEMPAT AKU  DAN PARA SAHABAT BERKUMPUL SERTA MERAPATKAN SILARATULRAHIM. BANYAK KEBESARAN ALLAH SWT KAMI SAKSIKAN  DAN TEMPAT INI MENJADI SAKSI. IKUTI SEPENUHNYA KISAH BENAR  CAHAYA AL MAJID
                                                                     
                                               
Tiba-tiba salah seorang dari waiter menghampiri aku, “Hai abang Izan, seorang je, mana yang lain”. “O..Ronnie, apa kabar, lama juga abang tak nampak kau?, tanya aku kepada beliau. “Ada, tetapi kena jaga Yatchman pula, Bos suruh” kata Ronnie lagi. (Perkataan “Bos” itu merujuk kepada Hj Kamaruddin”, “Iya ke!, patutlah lama tak nampak”. “Ni bos suruh tanya abang Izan nak makan apa?”, tanya Ronnie. “Abang tak nak makan la Ronnie, tapi boleh tak bawakan abang “bun” dan coffee”, kata aku lagi. “jawap Ronnie “itu je, lain tak nak ke?”, “Dah kenyangla Ronnie”,” Ok”, jawab Ronnie.”Bos cakap kejap lagi dia datang, sebab Bos  kena siapkan keja sikit”,”Ok, tak pa”, kata aku lagi. Ronnie pun berlalu dari situ berjalan menuju kitchen. Ronnie merupakan pembantu Hj Kamaruddin yang paling kanan di Awana. Dia berasal dari Sabah dan berugama Kristian. Memandangkan Ronnie sebatang kara di Langkawi, maka, beliau menganggap Hj Kamaruddin sebagai saudara sendiri.
Teringat aku tentang Hj Kamaruddin. Beliau merupakan anak kelahiran Singapura tetapi mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur apabila ibubapanya berpindah ke Malaysia.Beliau sudah berumah tangga dan mempunyai 4 orang cahayamata. 3 perempuan dan seorang lelaki.Hj Kamaruddin merupakan anak yatim, beliau kehilangan bapanya ketika beliau berumur duapuluhan lagi dan semejak itu beliau tinggal bersama ibu dan adik beradik yang lain sehinggalah beliau mendirikan rumahtangga. Ketika hayat bapanya masih ada, beliau merupakan seorang Guru Agama dan mempunyai ramai anak murid di Kuala Lumpur dan ada diantara terdiri dari Dato’ Dato’ dan juga ada yang bergelar Tan Sri, itulah latarbelakang bapa beliau Hj Halim, sementara ibunya pula merupakan seorang Qariah Singapura. Beliau merupakan salah seorang Qariah yang mewakili Singapura yang berjaya memperdengarkan bacaan surah Al Quran di pertandingan Membaca Al Quran anjuran Malaysia yang diadakan pada setiap tahun di Kuala Lumpur. Mengikut dari genatic saintifik, Hj Kamaruddin tergolong dari ahli keluarga yang berpendidikan Agama. Alhamdullilah, sekurang kurang aku dapat menumpang sejuk dari keturunan keluarga sebegini. Seperkara mengenai Hj Kamaruddin beliau mengalami komplikasi penyakit ‘lelah’ yang akut dan kini beliau menggunakan ‘inhaler, apabila diserang dan ‘penyakit kencing manis’beliau juga agak meruncing keadaannya, bagi aku hanya Allah SWT saja yang bolih merawatnya.
 Biarpun baru bebarapa bulan kami tinggal di pulau ini namun ikatan persaudaraan diantara kami sekeluarga semakin hari semakin erat dengan family Hj Kamaruddin ,ditambah pula kami tinggal ditaman perumahan yang sama hanya berbeza blok saja.Setelah lebih kurang setengah jam aku keseorangan disitu barulah Hj Kamaruddin datang. Seperti biasa kami akan bersembang  dan minum bersama. Didalam kerancakan bersembang tiba tiba talipon aku berbunyi. Aku lihat dipapan paparan talipon ,aku sudah mengagak bahawa panggilan itu datangnya dari Simon. “Maaf Din, Simon call la”. Aku pun menjawap panggilan itu. “Assalammualaikum” perkataan pertama yang keluar dari mulut aku. Walaupun aku tahu bahawa Simon bukan penganut Islam, tetapi sudah menjadi kebiasaan aku menjawap begitu.” Hai, izan, where are you now”, tanya Simon.”I’m at Awana with Kamaruddin ”, aku jawap.”What’s up” tanya aku lagi. “”Izan, Ken Peddler  want”s to speak to you, he said very important ”,kata Simon lagi “ “Ok” jawap aku pendek. Lalu  kedengaran suara Ken Peddler ditalian.” Good day Izan”kata Ken Peddler.”Good day to you too” kata aku. Sambung Ken Peddler lagi, “I wonder, how do you know the guys that i met today, his name, his look, his face,  hair and his height?”, tanya Ken Pedler, “I never know you, the distance between Switzerland and your place is thousand of kilometres, who are you actually”,pertanyaan Ken kepada aku dengan penuh kecurigaan.’ Ken, i’m nobody, just a normal man, just like you” kata aku lagi. “No, you are somebody, you are so different, i can feel it”.”Aku terdiam seketika, I’m just like any ordinary people, nothing special”.kata aku lagi. “I want to know, is there anything for me here, i mean in  Switzerland or shall i go to San Francisco” tanya Ken lagi. Lalu aku jawap “ There is nothing for you there or even in San Francisco, you are wasting u’re money, It’s better for you to go back”, kata aku lagi.Talian panggilan senyap seketika, mungkin beliau terganggu dengan jawapan aku,agaknya. Tiba tiba kedengaran suara Ken lagi, “ Izan, can I’ii come to Langkawi to see you?’, tanya Ken Peddler.”Ok, you’re most welcome but there is nothing much I can help you”, kata aku lagi “ Thank you”,itulah ucapan beliau.Selepas aku bercakap dengan beliau, talian itu diberikan semula kepada Simon, dan aku katakan perkara yang serupa kepada Simon, dan alhamdullilah, Simon mengerti. Perbualan kami terhenti disitu.

                                                                      Bersambung

Ikhlas dari ":-Cahaya Al Majid

Renungan :-

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ . بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ .
“Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.”(Surah al-Rahman , 55:19-20)


وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا
“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.” [Surah al-Furqaan : 53]




No comments:

Post a Comment